30 May 2011

Saya rinduuuuuuu

(Source: Tumblr)

Assalammualaikum. Hello peeps.


Seriously aku taktahu kenapa secara tiba tiba je aku rindu kat adik aku yang form 4 tuhh. Sobsobsob T.T Dia baru je bertolak ke kampung dalam pukul 6 tadi kalau tak silap. Aku bukak blog dia then keluar lagu barbie favourite dia tuh. Dah lah lagu tuh slow dan agak sweet. Dia selalu dengar lagu tu sebelum dia tidur. Buat nak meleleh je air mata aku nih. Huuuu~ Weh kenapa awal sangat kau balik kampung. Sape nak teman den dekat dalam bilik nih. Tak sanggop den nak tido sorang sorang. Asal la datang mood nak tacing tacing ni. ISH tak suka tauu #Tiba tiba jeh.


Weh aku rindu kau lah, TAHU TAK. Err okay fine. Dia bukan baca pun apa yang aku tulis ni. Hukhukk. Okay sampai sini je luahan rindu aku nih. Lastly aku rindu kau la Keding


#Pstt, layan jelah entry merepek aku ni.


Toodles~

29 May 2011

Ain Suhaila's sister engagement day

(Source: Tumblr)

Assalammualaikum. Hello peeps :)


Harini tersangatlah penat dan tersangatlah happy buat diri ku ini. Hewhewhew ayat yang sangat takboleh blah di situ yeh :P Actually harini aku pergi majlis pertunangan sorang kenalan aku nih. Dia nih satu kelas jugak dengan aku. Ni pun plan last minute, ada sorang kawan aku nih dia yang ajak. katanye dia bosan untuk duduk di rumah ku syurga ku. Haha, merepek lagi. First sekali aku fikir yang plan ni takkan menjadi. Dah kata plan last minute kan. Tapi jangkaan aku tuh meleset sama sekali. Plan ini berjalan dengan lancarnyeww *cakap ala ala gedik sikit. EWW EWW xP


Masa mula mula kitorang plan tuh ingat nak gerak dalam pukul 1.30 p.m. Tapi tak menjadi pulak -.-' lepastuh plan nak gerak pukul 1.00 p.m. pulak. Haa yang nih pun tak menjadi. ERR lepastuh lagi kitorang plan gerak pukul 1.45 p.m. dan inilah yang for surenya. Tapi aku gerak jugak pukul 1.00 p.m. tuh. Harharr. Gerak rumah kawan aku jelah. Bukan gerak rumah kawan aku yang kakaknye bertunang tu. So bila dah pukul 1.45 p.m. kitorang pun gerak la ke rumah kawan yang tersebut dengan menaiki Wira Aeroback *err betul ke eja macamni?* milik mak kawan aku yang bernama Nursyahirah Amirah bt Mazlan.


So tadi kitorang pergi seramai 3 orang je. Tapi ada member aku yang dah sampai dulu kat rumah kawan yang terbabit. Hikkk, dah sampai tuh tak terus makan. Duduk duduk jap. Then baca doa dan berlangsungnya lah majlis pertunangan tersebut. After dah habes tunang semua, barulah start sesi mengisi perut. Tapi kitorang tak makan jugak. Ada keroje (kerja) sikit yang dibuat. Keroje tersebut adalah menjadi gadis buah tangan dan gula gula. Sangat sweet pulak bila baca ayat gadis tuh. Hakhakk, mende tah yang sweetnye kan :P Lepas dah habis buat keroje barulah kitorang mengisi perut masing masing.


After dah habis sesi mengisi perut. Bermulanye lah sesi mengcapture dan mengkaraoke. Agak banyak jugakla gambar yang dicapture tadi. Tapi aku tak upload kat sini. Kemalasan melanda, hoho :O Yang sesi karaoke tuh tak semua kawan aku yang join. Yang nyanyi-nya dua orang je. Tu pun yang sorang tu sekerat je dia nyanyi, yang selebihnya disambung oleh rakan yang sorang lagi tuh. Heheh kelakar je tengok korang tadi xD Apa-apa pun thanks to all my friend for making and cheer my day. Tak lupa jugak thanks pada Ain Suhaila sebab menjemput saya. Serious lauk-lauk di majlis tadi sangat delicious :) Terima kasih yeh kawan kawan. Sayang korang semua! Muahh!


So till here readers. Dah lama tak menaip sepanjang ini. Jumpe kalian semua di entry yang akan datang, insya-Allah. Ngeee.


Toodles~

25 May 2011

Hari ini hari khamis

Assalammualaikum.

Psst: Ini entry merapu. Kalau tak sudi nak baca, tak payah baca. Okay :D
Waktu entry mula ditaip: 11.39 p.m.


Hello hello lovely readers,
Yeah aku teramatlah bosan dikala malam yang tak berapa la nak sejuk ni. Kalau diikutkan sepatutnya aku dah kena tidur time-time macam ni. Tapi segar bugar pulak mata aku yang bulat ni *ERR bulat ke? ==" Haha. Bila mata tak mengantuk jadi secara automatikya aku pun berasa bosan. HARHARR, ayat yang berulang. Nampak sangat aku tengah kekurangan idea nak menaip ni :O Any idea guys? Apa yang patut aku taipkan di sini? Hurm *berfikir.


Okay, bercerita tentang sekolah. Hm actually tak ada apa yang interesting pun. Semuanya macam biasa je. Exam tinggal lagi dua paper. Paper tersebut adalah bersamaan dengan hari Jumaat. Tapi bukan subjek penting pun. Subjek yang penting semua dah lepas. Fuhh alhamdulillah. Sekarang ni agak nervous menunggu result/markah yang akan diperolehi atas usaha aku selama ni. Kau ada usaha ke Dina? HAHA lawak je kot :P Buat masa ni yang aku dah tahu markah subjek Bahasa Melayu, Tasawwur Islam dan Sains. Tapi subjek tu semua belum markah keseluruhan lagi. Insya-Allah ada rezeki kot untuk lulus *hah, kantoi result kau tak okay Dina oii xP


Hm yeah I think till here. No idea -.-' Err so buhbaii <3


Toodles~

24 May 2011

Ehem ehem. Ada sikit makluman di sini :D

(Source: Tumblr)

Assalammualaikum. Hello readers kesayangan 37


Wahh lama sungguh aku telah meninggalkan blog kesayangan ku ini. Pada hari ini blog ini telah ditukarkan bajunya. Cantik sungguh baju baru kau ye wahai blog. Haha *ada sedikit unsur perasan ye di sini 46 Ohh ye sebelum aku terlupa, aku ingin memaklumkan di sini bahawa aku telah pun bertukar email untuk blog ni *haiyoo, ayat apa yang aku guna ni. Haha. Okay okay, actually aku dah tukar email dari yahoo ke gmail. Seperti yang kau orang dah sedia maklum. Banyak khabar angin yang mengatakan blog kita akan di delete jika menggunakan selain daripada gmail account. ERR kalau tak silap macam tu la. HIKK 53


So di sini aku akan sertakan email baru aku untuk blog ni. My new email is addina94@gmail.com. Aku harap lepas ni dapat la aku menghembuskan nafas lega dan tak perlu risau pasal blog akan di delete. Seriously aku tak sanggup nak tengok blog ni kena delete. Hidup rasa macam tak lengkap je tak ada blog ni *ayat tak menahan je. HARHARR. Di sini la tempat aku meluahkan rasa hati. Di sini la aku mencari kawan-kawan baru. Di sini jugak la aku menghilangkan rasa bosan di kala aku dilanda kebosanan. PEH ayat memang skema habis. Haha64Konklusinya aku memang tak boleh hidup tanpa blog ni la.


Lepas ni aku nak kemaskini blog ni. Nak ubah apa-apa yang patut dan yang paling penting aku nak bagi colourful sikit blog ni. Baru ada semangat nak update dan semangat nak membaca *tu pun kalau ada orang nak baca la. So aku celoteh sampai sini je dulu. Kalau aku ada story lain dan kalau aku ada masa, aku update la ye. Till here lovely readers 31 Buhbaii.


Toodles~

17 May 2011

I'm sorry readers

Sebab dah lama tak update blog. Saya dah kehabisan idea dan saya teramatlah busy dengan persekolahan. Apa-apa pun take care ya readers semua. Miss you all! <3


Toodles~

07 May 2011

Doodle percubaan kali kedua


Yes still tak lawa mana pun. Haha *actually sedih. But it's okay. Boleh cuba lagi :)


Toodles~

My first doodling C=


Yeah! Sangat puas hati even tak lawa mana pun. Tehee


P/s: Saya akan berlatih dengan lebih lagi untuk baiki doodle saya :)


Toodles~

03 May 2011

Saya busy =="

So maaf pada semua readers blog ni. Maybe saya akan jarang update. Tak ada masa la. Huhu, sorry ye kawan-kawan sekalian. See you next time guys. Tu pun kalau ada kesempatan la D:


Toodles~