02 March 2011

Al-Kisah Mohd Haris b. Johari

Salam, heyy readers 60


First off all aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog. Memang tak ada masa langsung nak bercerita dekat blog ni. Ni pun aku curi-curi update sebab tadi buat kerja sikit untuk hiasan kelas. Hehe. Sejak dilantik jadi AJK Keceriaan ni memang banyak tekanan yang perlu aku hadapi. Dengan homework yang bertimbun-timbunnya. Haihh 03 Sabar jelah. Okay okay, now kita back to the topic yang asal. Bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya, heh. So let's get started the entry 14

( Dari kiri: Dayang, Hajar dan Haris )


Actually semua yang ada dekat dalam gambar tu adalah member-member aku. Tapi kali ni aku nak bercerita tentang jejaka yang ada dekat belah kanan gambar tu. Dia sorang je lelaki yang ada dekat gambar tu. Jangan cakap kau orang tak nampak sudah. Kalau tak nampak tu memang dah dekat la tu. HAHA * gurau-gurau je okay. Nama jejaka tersebut ialah Mohd Haris b. Johari. Dia ni dah macam reporter artis-artis luar negara. Kau orang tanya jelah apa-apa pasal artis barat, confirm semua dia tahu. Hakhak. Dia jugak tersangat la obses dengan lady gaga. Walaupun dia tahu yang lady gaga tu memang dah terpesong agamanya. Aku pun tak faham dengan perangai dia yang ni 05


Dia ni jugak punya la pandai gila subjek mathematic. Kalau cikgu ajar semua dia tahu. Mulut dia la yang paling bising dekat dalam kelas. Walaupun dekat kelas aku tu ada 38 orang murid tapi masih tak boleh nak kalahkan suara dia sorang. Bayangkan la macam mana kuatnya. Kerja dia jugak suka membahan orang. Ni la yang aku paling tak tahan. BAHAN kuat doe. HAHA * sorry Haris 46 Tapi dia jugak seorang yang baik hati. Suka tolong orang lain. Pagi-pagi kalau aku masuk je kelas dia la orang yang pertama tegur aku. Tak dia tegur aku, aku yang tegur dia dulu.


Lepas tu nanti start la dia bercerita pasal berita-berita artis barat dia tu. Nak naik bernanah telinga aku dengar. HAHA. Mana entah dia dapat semua informasi semua tu. Tak cerita pasal artis barat dia akan cerita pasal lagu pulak. Tak pun pasal lady gaga dia tu. Jenuh dah mulut aku bagi nasihat. Haiyoo 52 Dia jugak sangat la friendly. Boleh dikatakan satu sekolah kut kenal dia. Kalau jalan-jalan dekat satu sekolah tu semua orang dia tegur. Tak kira la dari form berapa pun. Top betul kawan aku yang sorang ni. Heheh.


Apa-apa pun Haris thanks sangat-sangat sebab tulis pasal aku dekat blog kau. Aku nak mintak maaf jugak kalau ada kata-kata aku dekat entry ni ada yang menyinggung perasaan kau. Mungkin aku tak sengaja. Ni kira macam luahan hati aku la ye 45 Aku rasa kau seorang kawan yang susah nak dicari ganti. Mungkin susah aku nak jumpa kawan macam kau untuk lepas-lepas ni. Hope kita akan jadi kawan sampai bila-bila. Insya-Allah 11


So till here entry kali ni. Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang pulak. Tapi aku tak janji boleh update dalam masa yang terdekat ni. Mungkin lama lagi aku akan update. Nak focus pada study. This year SPM ouh. Hukhuk 50 Doakan yang saya boleh buat ye kawan-kawan. Terima kasih. Buhbai 06


Toodles~

No comments: