23 December 2011

KITA TAK KUAT MANA PUN ;/


Hai readers //straight face.

Yes, seperti yang korang nampak kat title tu aku tak kuat mana pun. Makin bertambah pulak masalah -.-. K seriously penat sebab selalu je jadi macamni. Whyyyy? Kenapa mesti jadi semua ni kat aku. Apa salah aku? K takde jawapan untuk pertanyaan tu. Takpe lah aku mampu berdoa je. Just ingat Allah sentiasa disisi kita tak kira susah atau senang ;')

Till here. Assalammualaikum.

#Short post for today. Hati tengah bercelaru -_____-



Toodles~

22 December 2011

PEOPLE MAKE MISTAKES


Er yes, there is no people who do not make any mistakes. So awak, please forgive me for my mistakes. Even I've done a lot of mistakes :/


//Again, I'm sorry.

21 December 2011

MASALAH HADIR TANPA DIDUGA


Ohh hai readers. Macam tak percaya je tuan blog ni tengah update blog kan. HAHA //k tak lawak pun -.-".

Okay..err actually tengah takde idea ni nak update. Kepala pun tak fikir pasal benda lain. Tapi memikirkan pasal masalah yang dihadapi sekarang ni. Tsk tsk tetiba pulak rasa sedih #gedik. Semalam elok je okay tak ada masalah ke apa ke. Tup tup harini masalah datang melanda. Tu la yang dikatakan masalah hadir tanpa diduga. But sokey watlek watcool je dina. K peace (Y) \tetiba je pulak peace/ haha. See nampak tak macam orang ada masalah kan. Siap gelak semua. Takpe saya tau saya sangat cool dan ohsemm kan. Wahaha \sediakan baldi dan boleh la muntah yea/. Err actually masalah ni datang disebabkan oleh aku. Ya I guess it happened because of me -____-".

K terukkan saya. But do I care. Haha \joke joke/. Dah buat salah boleh pulak main main aku ni. Haihh apa nak jadi la. Why me so childish. Kenapa tak boleh fikir secara matang. Walaupun benda sekecil kuman pun aku nak besar-besarkan benda ni sampai jadi sebesar gajah. Goshh dah terlambat ke untuk aku sedar semua ni. Ya maybe it's too late for me. Sob sob \suddenly cries *k tipu je ni/. My mum said 'jujur la dengan diri sendiri. Jangan paksa diri untuk buat atau suka kat benda yang kita tak suka'. Memang ada betulnya cakap ibu tu. But the problem is aku pun tak tahu apa yang aku nak sebenarnya.

Err susah kalau tak tahu apa yang diri kita nak sebenarnya. Tak tahu apa yang baik atau buruk kalau kita buat sesuatu keputusan tu. Sometimes terdetik jugak pertanyaan ni dalam hati aku 'aku paksa diri ke selama ni atau aku yang membuatkan diri sendiri memaksa diri' \ayat nampak macam sama. Tapi ada maksud yang berbeza/. Kalau aku teruskan berkemungkinan benda ni akan berulang. Sebab dah banyak kali jadi macamni and it was happened because of me also. K nampak tak betapa teruknya aku. I don't know what I was supposed to do now. Serious tak tahu. Mintak maaf? Nampak macam 'kau dah cakap macam-macam. Lepastu kau nak mintak maaf macam tu je'. Yes tu la keadaan aku sekarang ni. -.-"

Ya Allah berilah petunjuk Mu kepada ku. Berilah aku jalan yang terbaik untuk selesaikan semua ni. Apa yang patut aku buat dan apa yang tak patut aku buat. Buntu sangat sekarang ni. Ehh kenapa ayat aku yang last last ni macam skema semacam je. Ahhaha // k tak lawak pun, takpayah gelak :/. Walau apa pun aku harap benda ni akan selesai dan kembali seperti sediakala. So till here kbai.

//I'm sorry dear sebab bertindak terlalu mengikut perasaan. I can't control my emotions.



Toodles~

20 December 2011

THANKS A LOT AYAH


My dad just got back from Langkawi and he bought this for us :) Me like it so much! \hihi/.


Toodles~

DRIVING


Hello guys!

Goshh, lama gilakan aku tak update blog. Dah bersarang, bersemak, berhabuk dan segala macam 'ber' lagilah blog aku nih. Ishishish \geleng-geleng kepala/. Sorry ye readers sekalian sebab aku dah lama tak update blog nih. Seriously memang takde idea langsung nak update -.-" Tuh pun aku sempat edit blog nih je. Update memang tak la sebab takde topik. Haha okay okay. Cukup intro untuk kalini.

Sebelum aku memulakan entry nih nak tanya la pada korang, amacam okay tak template baru blog aku nih? Hewhewhew #k perasan. Tiba-tiba hati aku terdetik pulak nak guna classic template nih. Nampak macam omey pulak. Hihi. K enough dina. Actually aku nak story pasal aku belajar drive dengan my dear :) Aku start belajar drive since semalam. So masuk harini dah dua hari la aku belajar dengan my dear.

K so far belajar buat masa nih semuanya baik baik jelah. My dear pun ajar tak garang sangat. Kalau tak nanti aku nangis haha \mengada kan, pedulik hape aku :P/. Semalam aku belajar macam mana nak tukar gear. Then semalam jugak aku belajar macam mana drive guna gear 1 and gear 2. K serious best gila hokeh. Haha #excited lebih pulak minah ni. Harini pulak aku belajar cara nak naik bukit pulak. Part yang nih memang gerun habis la. Walaupun tak la curam mana pun bukit tuh. Wahaha tapi aku memang cuak la. Mana tak cuak untuk beginner macam aku nih.

2 3 kali jugak la aku try naik bukit tuh. Takde masalah mengundur ke hape ke. Tapi masalah aku, aku takut nak tekan minyak masa lepas clash sikit demi sikit tuh. K sumpah lawak gila la. Tapi lama lama dah okay dah. Dah boleh buat. Happy gila la wa cakap lu. Haha \jakun gila/. Lepas dah try naik bukit pusing pusing pulak kat tempat aku belajar drive tu. Tempat tu memang lapang gila la. Senang aku nak drive hihi. Masa pusing pusing tuh my dear suruh masuk gear 3 pulak. Fuhh terkejut jugak mula mula tuh. Sebab tiba tiba je laju kereta tuh. Nasib aku bole handle :)

Apa-apa pun belajar drive tadi dengan semalam memang best gila la. Macam tak percaya aku boleh bawak kereta rupanya. Haha. Thanks a lot to my dear sebab tak jemu-jemu ajar aku. Walaupun aku suka main main time dia ajar tuh hew hew hew. So lepasni dah nak daftar untuk ambik lesen tuh. Hope semua akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah :D

So till here. Kbai, peace (Y)

P/S: Aku dak tukar shoutmix tu kepada cbox. Yela tak lama lagikan shoutmix nak kenakan bayaran bagi sesiapa yang guna shoutmix. So better tukar cepat cepat. Hiew hiew.



Toodles~

19 December 2011

I'M SORRY BLOG


K maaf sebab saya ketiadaan ilham/idea untuk update blog kesayangan saya ni. Entry yang last harituh kemain lagi tulis nak story pasal saya keluar dengan jantung pengarang hati. Tup tup tak update pun. Haha cakap tak serupa bikin saya nih kan #K saya sedar -.-". So maaf la ye. Mungkin lama lagi la saya tak update blog nih. Sorry again. Hiew hiew. K peace (Y)


Toodles~

11 December 2011

BLOG MAKIN KURANG SAMBUTAN

Salam. Peace readers.

K for the second time me updated my blog since me finished the SPM #sumpah pelik aku tulis gaya gini. Haha. Okay tujuan aku hupdate harini sebab aku merasakan yang blog aku sekarang dah kekurangan pengunjung. Wuwuwu mana pergi semua readers kesayangan aku ni. Please come back to mama \EWWW/. Maybe semua readers blog aku lari sebab aku dah lama tak hupdate blog ni. Kan awak kan? Sampai hati tau awak tinggalkan kita \Sobsobsob/. So aku nak mintak maap la yer pada semua readers kesayangan aku ni sebab dah lama tak hupdate blog. Korang semua pun tahu kan yang tuan blog ni adalah salah seorang calon SPM 2011. Alhamdulillah dah habis dah pun. Jadi boleh la hupdate bebanyak lepasni hew hew hew.

Untuk entry kalini aku tak tau nak story apa kat korang semua. Yela sebab aku hupdate ni pun dengan keputusan yang drastik. Idea kat dalam kepala pun tarak. Hoho so sorry la yeh. Maybe entry yang seterusnya aku nak story pasal aku keluar dengan jantung pengarang hati hew hew #blushing blushing. So nantikan entry yang seterusnya hokeh *kenyit mata. So till here lovely and sweetie readers


Toodles~

06 December 2011

BAI BAI SEKOLAH MENENGAH


Finally, aku telah berjaya menghabiskan paper yang terakhir iaitu Katering dan penyajian pada pukul 10.30 pagi tadi. Dengan itu bermakna telah tamatlah persekolahan aku sebagai pelajar sekolah menengah tahun 2011. Aku bakal merindui cikgu-cikgu, suasana dalam kelas 5 Ikhlas yang disayangi, suasana dalam bilik masakan dan Cafe Seri, rindu nak pakai baju chef dan semua tentang sekolah la. Yang paling penting aku akan merindui classmates aku iaitu bebudak 5 Ikhlas yang sangat rawk, sporting, happening and macam macam lagi la. I'm gonna miss you all! Moga korang berjaya dalam hidup :)


5 Ikhlas the best class ever! We love you Puan Zahrah Mahmood!♥♥

Till here.


Toodles~

11 October 2011

FAR FAR AWAY


Saya akan meng'away'kan diri dari blog sampai lepas SPM nanti. SPM semakin hampir la kengkawan. Doakan yang terbaik untuk saya k. Take care readers. Jenguk-jengukla selalu blog yang tak seberapa ni walaupun tak ber'update'. Hehehe, kbaibai :)


Toodles~

08 October 2011

kebahagiaan yang singkat

Assalammualaikum. Wassup readers.


#Maybe ni entri touching touching. Kalau tak kuasa nak baca pergi main jauh-jauh ye :) K thanks.

EMM, okay. Lets get start. Macam mana ek aku nak mulakan entri ni. Rasa macam kekok jari jemari aku ni berdancing dancing kat atas keyboard yang berwarna hitam ni. Lama sungguh aku tak buat senaman jari ni. HAHA k fine. Merepek je. \Serious/ Actually hari ni aku macam rasa ada satu perasaan yang agak aneh. Tapi aku pun tak sure apa perasaan tu sebenarnya. Nak kata marah, tak. Nak kata sedih, pun tak jugak. Frust lagilah jauh sama sekali. Senang kata la perasaan aku sekarang ni bercampur baur. Semua aku rasa sekarang ni. Dah lama aku tak rasa macamni. Ada la dekat sebulan lebih since aku selalu je rasa happy sebelum ni.

For someone. Ntala aku macam ada rasa something antara kita. Rasa macam kita ni tak lama #Ekk macam nak mati pulak, haha XD. Tak tak, maksud aku our relationship. Bila kau cakap macamtu kau buat aku sedar satu perkara. Bila aku bayangkan masa depan aku. Aku just nampak dia dan bukan kau. Sebab aku lebih kenal dia dari kau. Kau faham tak apa maksud semua ni. Kalau boleh aku taknak fahamkan. Sebab aku tak nak benda ni berakhir macamtu je. Aku happy dapat kenal kau almost 2 years ni. Tapi kenal dengan kau lebih lagi selama sebulan lebih. Tuh pun tak fully kenal kau. Sebab perangai kau ni susah nak jangka. Kejap macamtu, pastu macamni pulak. Tapi walau apa pun, aku nak kau tau yang aku happy kenal dengan kau :)

Actually aku buat entri ni khas untuk KAU. Kiranya entri ni macam luahan hati aku la. But aku taknak kau salah faham dengan entri ni dan kau mintak benda yang aku paling takut sekali nak dengar. Hope kau faham la ye =) Aku happy dengan kau. Thanks for everything.


K aku rasa sampai sini je kot. Aku tak rasa pulak entri nih macam touching touching. Bhaha #Layankan jela. Kbai.


Toodles~

02 October 2011

OUHH ESOK


K aku memang nebes gila sebenarnya nak tunggu hari esok. Benda yang buat kau nebes sangat tu dina? Biarlah kawan-kawan dan orang-orang yang tertentu je yang tahu. K sorry kawan blogger. HEWHEWHEW. Marilah kita berusaha sehingga berhabis habisan ye kengkawan ku sekalian.*EKK tetiba je kan. Hoho. Kbai.


Toodles~

25 September 2011

Wassup. I'M BACK

Assalammualaikum. Hello readers :)


Ehh awak awak. Awak rindu tak kat kita? Dah lama kita tak update blog kan. Hew hew hew. #Gedik betul, menyampah aku. Hahaha.


Okay first sekali aku nak menghembuskan nafas lega sebab dah pun berjaya menghabiskan trial SPM yang tersangatlah mencabar tu ye wahai anak anak. Fuhh alhamdulillah syukur. Tapi yang nafas tak leganya result lerr. Hahaha. Entah hape la agaknya corak result aku nanti -.-" Kita wait and see ajelah ye. Aku dapat result nanti diam-diam sudah. Gua tak suka nak show show nih. Eleh padahal...okay shut up. Kuikuikui. Hmm, okay. Actually aku takde idea nak menaip ni. So aku menaip tanpa point dan hala tuju. Oleh itu aku mintak maaf lah ye kalau entri aku ni memang banyak cerita yang bercampur dan ntah hape hape. Uhh, maaf maaf -___-"


Dalam minggu ni dan beberapa minggu yang lepas aku happy sangat weh. Sebab apa secret la. Mana boleh bagitau korang. Bhahaha. Thanks la for someone ke, sape sape ke yang buat aku happy. Dapat jugak aku mengawet mudakan muka aku ni. Hoho. Kalau tak asyik berkerut, nangis la. Eii geli bila fikir balik. Punya la lemah aku ni sebenarnya. Hadoiii. So aku kena la jadi lebih kuat mulai lepasni. Tu pun kalau boleh la ye. Haihhh insyaAllah. Kita try dulu. Hukhuk. Err rasanya sampai sini je kot aku nak membebel. Dah habis aa idea. HUHU kbai.


P/S: Sorry for the nosense entry.


Toodles~

12 September 2011

I'M VERY BUSY


Yes, saya tersangatlah sibuk buat masa ni sehingga tak sempat nak update blog kesayangan saya ni. Last week, this week until next week saya sedang menghadapi TRIAL SPM. So tu jugak salah satu faktor kenapa saya tak update blog ni. Di kesempatan yang ada ni saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Take care readers semua dan sorry sangat sangat sebab dah lama tak update blog ni. Insya-Allah if ada kesempatan atau masa saya akan update k :)


Toodles~

19 August 2011

PENATLA MACAMNI


Awak, kita dah penat nak paksa diri. Boleh tak stopkan semua ni. Kita dah tak mampu nak teruskan -.-" Ya Allah, bantu aku.


Lastly, HB AWAK ♥

18 August 2011

APA YANG PATUT APA YANG TAK PATUT

Assalammualaikum. Hello readers.

//Ni entry tacing tacing. Kalau tak kuasa nak baca takpayah baca yeh :) Thanks!


Hmm, actually sekarang ni kan awak kita dilanda dengan satu masalah. Kita sendiri pun tak faham dengan masalah kita ni. Haihh entahla. Payah sungguh hidup ni. Hubungan kita dengan dia macam.. entahlah. Susah nak cakap. Kita tak faham apa yang jadi sebenarnya. Cuma ada satu perkara ni je yang kita pasti. Kita nak cari kebenaran yang sebenar-benarnya. Memang dia ada cakap yang dia sayang kat kita, dia setia dengan kita dan macam macam la. Tapi kita tak tahu kenapa kalini hati kita macam keras berbanding sebelum sebelum ni.


Serious kita macam dah malas nak fikir pasal hubungan ni. Dia memang baik, sangat baik. Tapi ntahla kita macam tak pandang semua tu. Sebab hati dan perasaan manusia ni kita tak boleh duga. Mungkin dia tak berubah sekarang. Tapi akan datang who know right. Kita ni sebenarnya jenis yang takut nak hadapi masa depan. Susahkan kalau ada perangai macamni. Kita takut nak hadapi sebarang kemungkinan yang mungkin boleh jadi benda yang baik dan mungkin jugak benda yang buruk. Kita taktahu masa depan kita macam mana. Semuanya samar samar lagi dan itula yang menyebabkan kita takut nak berganjak ke masa depan. Kita taknak masa berlalu kalau boleh. Kita nak kekalkan tahun ni sampai bila-bila. Tahun ni pun dah cukup perit untuk kita.


Awak, kita tahu tak ada siapa yang boleh bantu kita untuk teruskan hidup ni. Tapi kita selalu mengharapkan bantuan tu tiba. Walaupun semua tu sangat mustahil untuk direalisasikan. Kita rasa hidup kita macam dalam angan angan dan taknak terima hidup yang realiti. Sebab kita takut dengan hidup yang realiti. Hidup tu sangat mencabar. Kita kena kuat nak hadapi hidup tu, tapi hakikatnya kita tak kuat pun. Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini. Sesungguhnya aku hanya adalah insan yang kerdil dan tak mampu nak buat apa apa. Berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni sampai noktah yang terakhir. Amin :'(


Till here. Salam

PERLU KE HARINI

Assalammualaikum. Hello readers.


Okay title tu nampak macam ganas je kan. Haha. Actually title tu dibaca dengan muka yang sinis. Hoho dok eh gurau je. Terpulang la korang semua nak baca bunyi macam mana pun muka macam mana pun. Tak masuk jail pun \tiru ayat cikgu bahasa inggeris saya/. Okay okay. As you all know, patutnya hari yang indah lagi agak dingin ni saya seharusnya berada di sekolah. Tapi sesat pulak seorang pelajar sekolah SMK dot dot \identiti sekolah kena sorok. Kalau tak jatuh nama baik sekolah je. Hokhok/ di rumahnya sendiri. Ayat memang tak boleh nak skema lagi kan \Haha/.


Emm sebenarnya kita tak sekolah hari ni sebab kita sakit ye kawan kawan. Hukhukk sian kan. //mintak simpati xP Alahh kita sakit..err sakit. Malulah nak bagitau. Haha gedik betul kau ni Dina. Alahai kita sakit perempuan la awak. Haihh puas hati? Hoho tiba-tiba je kan. Pagi tadi dalam pukul berapa ntah perut dengan pinggang kita ni sakit sangat. Sangat hokeh. Memang tak boleh tidola. Kejap pusing sana, pastu pusing sini. Kejap bangun, pastu baring balik. Dah cam hape dah kita tengok. Hari ni jugak kita diberi cuti puasa percuma. Haha tak la suka sangat sebenarnya. Penat nak ganti nanti, huuuu T.T Dah nasib badan seorang perempuan kan \ayat memang nak mintak kaki lima jari je kan xD/.


So ni je kot kita nak update harini. Kalau ada story kita update lagi yeh kengkawan. Insya-Allah. Kbai.


Toodles~

17 August 2011

THANKS A LOT KAKAK :)

Assalammualaikum. Hello dear readers.


Dah lama tuan blog ni tak mengupdatekan blognya. Tapi harini blog ni akan di update jugak. Sebab sekarang saya dah tahu ada seseorang yang sudi baca blog yang tak seberapa ni. Hihi. Oleh itu seharusnyalah saya mengupdate. Supaya seseorang tu tak kecewa tengok blog yang ntah hape hape ni. Hoho okay okay. Cukup intro untuk kali ini.


Actually saya nak ucap berbanyak terima kasih kat Kak Syamimi Zainuddin. Yes, she is very amazing girl. Dia dah banyak bagi saya nasihat dan kata kata semangat. Dia suruh saya fokus dalam study. Dia suruh saya baca buku waktu-waktu pagi. Sebab senang nak ingat. Dia suruh saya kuat semangat dan banyak lagilah. Saya panggil kakak ni as Kak Mie or Kak MieMie. She is very very cute person. Kecik molek je, samalah macam saya \perasan jap. Hikk/. Dia sangat tabah. Walaupun saya tahu dugaan yang dia hadapi sangat berat untuk dipikul. Tapi dia senyum je. Chill je hikk comel tau. Saya suka :)


Kak MieMie, thanks for everything yea. Thanks sebab sudi jadi tempat luahan perasaan kita. Akak memang the best la. Takde orang boleh gantikan tempat Kak Mie. Kita dah anggap Kak Mie macam kakak kita sendiri. Kak Mie kena kuat tau. Ehh tak tak. Kita sama sama kena kuat dengan dugaan masing-masing. Hihi. Akak jaga diri ye. Jangan selalu sakit. Nanti kita tak ada kawan. Takde siapa dah nak teman kita nanti. Hehe. Apa-apa pun kita sayang Kak Mie sangat sangat. Love you so so so sooo much! Muah! :* Kita yakin satu hari nanti Kak Mie pasti akan bahagia jugak. Tunggu je sampai saat tu tiba. Hogeh *wink wink*. You are awesome Kak Mie!


So till here entry kali ni. Moga hari esok akan lebih baik berbanding hari ini. Insya-Allah. Smile always :D


Toodles~

06 August 2011

BOLEH TAK SAYA


Assalammualaikum. Hello dear readers.


Okay, first of all saya nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog. Macam biasalah alasannya. Kekurangan idea dan kekangan masa yang tak mengizinkan saya nak update blog tersayang ni. Rasa macam nak private blog. Tapi malaslah. Hoho. So ampun yeh kawan-kawan sekalian. Hukhuk. Izinkan saya tak update blog ni untuk jangka masa yang panjang ye. Kbai


\Lately ni aku memang suka buat short post je. Idea takde la T.T/


Toodles~

01 August 2011

FIKIR FIKIR -,-"

Haihh. Dari tadi kepala aku ni dok ligat berfikir nak pergi solat terawih kat mana malam ni. Nak pergi kat Surau biasa tu macam ramai pulak. Nak pergi kat Masjid UPM, homaigoshh. Memang kena bertapak la aku. Dengan telekungnya nanti. Macam mana ni? Nak solat terawih kat mana? Ada tak sesiapa nak join saya pergi terawih malam ni? Okay macam orang kurang waras je tanya kat sini. HEWHEWHEW :O


//Serious buntu gila sekarang ni =="



Kbai..


P/S: Rupa-rupanya tadi cikgu cakap sekolah aku je yang tak cuti. Patutlah semalam ramai yang kecoh-kecoh tanya sekolah ke tak hari ni. Sabar jelah, dugaan puasa. SENYUM JE :) \Macam terpaksa je/

31 July 2011

RAMADHAN 2011


Selamat menjalani ibadah puasa khas buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia ni :D Jaga diri, kawal nafsu dan jaga ibadah semasa menghadapi bulan yang mulia ini. Hogehh :) *wink wink*


Toodles~

30 July 2011

Seronoknya bila


  1. Dapat jumpa kawan-kawan lama. Tak kiralah dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah ke.
  2. Dapat apa yang kau idam-idamkan. \Kalau yang nih aku la orang yang paling bahagieww xD/
  3. Dapat kawen dengan orang yang kau suka. Haha gatal nohh xP
  4. Dapat otak yang power gile tahap __________ #korang sambungkan la sendiri yea. Hoho mengikut tahap yang dimahukan.
  5. Dapat pegi shopping dan angkut semua bende yang kau nak. #indahnya dunia kalau boleh macamni. Kuikuikui
  6. Korang tahu apa akan jadi pada masa depan korang. \Yang nih macam mustahil sikit/

Okay dah cukup enam je. Idea dah habis. Hukhuk #Batuk.


Toodles~

17 July 2011

DAH 3 HARI DEMAM

Serious, cam hape je. Semua takboleh nak buat. Ishhh -.-" Tekak nih pulak elakkan aku tanggalkan je. Apesal sakit sangat weh. Pftt. Kbai


P/S: Aku memang suka buat entry merepek lately ni. Okay dah pening kepala =="


Toodles~

13 July 2011

SENYUM LEBAR :DD

Maaf! 941114****** anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih


Gumbiraaa sungguh hati kuh ini. Jom senyummmmmm selebar-lebarnya :) Tapi untuk siri seterusnya tak tentu jugak. -.-" aishhhhhhh.

11 July 2011

Private blog buat sementara :D

Okay so buhbai readers. Blog akan di private buat sementara atas sebab sebab tertentu. Teheeee :)


With love, Dina :D


Toodles~

09 July 2011

Lawatan ke Ciast Shah Alam

So far lawatan tadi agak memuaskan jugak. Tapi aku teramatlah malas nak update blog sekarang nih dan idea nak menaip tuh takde. Ditambah pulak aku tengah sakit perut ni. Maka dengan itu memang takde langsung mood nak menaip. Maaf yeh kawan kawan blogger sekalian. HUKHUKK. Meh kita tengok gamba jea ye.


\Pertandingan Kemahiran Malaysia/


Kbai ♥


Toodles~

22 June 2011

Aww lovee

Assalammualaikum. Hello readers :D

#Ini entry mempromote yea. Hoho :O


Actually aku dah lama buat keputusan untuk update pasal nih. Tapi tertangguh sampai lah ke harini. So dengan ituh aku membuat keputusan untuk update jugak. Disebabkan aku teramatlahhh bosan sekarang ni yeww anak anak sekalian. Untuk makluman semua \kalau ada sesape yang nak ambik tau lah/ aku sebenarnya dah lama dapat shawl yang di order dari blog shawl attic 2 minggu lepas kalau taksilap. Dann aku dapat shawl nih minggu lepas. Hari ape takingat lah pulekk -.-' So di bawah ni aku sertakan gamba shawl dan inner cotton yang aku order. Let's go baybehh :D


Nilahh antaranya barang yang aku order. Inner cotton yang wane pink tuh aku dapat free sebab aku beli 2 shawl tu. Dia ada buat promotion time tu. So ada lahh 4 inner cotton kesemuanya. Kalau kau orang berminat ke atau nak tahu dengan lebih lanjut bolelah pergi ke blog ni Shawl Attic :) Owner blog nih sangatlah friendly dan barang yang di order jugak sangatlah memuaskan hati yehh. Rugi kalau tak order \promote jap/. Hikhi.


So till here post kalini. Jangan lupa visit blog Shawl Attic nih yea (: Kbai.


Toodles~

12 June 2011

Hati girang gumbiraa


Assalammualaikum. Hello peeps! :D


Yeah, harini aku agak happy dan mood boleh dikatakan baik jugak ler. Salah satu sebab aku happy harini adalah *drum roll*, tadaaa sebabnya ada cerita Titanic kat channel 413. Okay maybe korang akan cakap macamni \ek eleh, sebab tuh je kot. Apa la sangat/. Ha betul tak? Haaha xD Tapi bagi peminat fanatik titanic macam aku ni menganggap bahawa itu adalah satu peluang keemasan yang takboleh di lepaskan. Walaupun cerita tuh dia banyak scene yang dah dipotong potong. I tetap suka jugak nyah. Haha EWW geli gilaaa kan xP


Lagi lagikan bila dapat tengok buah hati I yang sorang tu. Aww Leonardo Dicaprio saya sayang awak tau \Gahaha ada unsur keperasanan yeh disitu. Sila muntah cepat/. Dan sukaaaaaa sangat tengok dia dengan Kate Winslet. Sangat secocok dan sangat sweet :3 Saat yang paling best sekali bila dah sampai part yang aku paling paling dan paling aku suka. Ha tiga kali paling aku sebut. Teehee itu menunjukkan bahawa aku memang suke sangaaatt part tuh. Tapi malas ler aku nak sebut part yang mana yeh. Hewhewhew. Yang pastinya part tu part yang tacing tacing. I memang suka part nangis-nangis nih. Air mata murah sangat kan. Hikhi.


By the way, titanic is the only one my favorite movie :) So till here readers. Maybe lepasni aku dah jarang update blog. Makin busy dengan sekolah dan SPM makin hampir. ERR takpayah SPM takboleh ke. Haih, so baibai.


#Kata ganti diri dalam entry ni bercampur campur. Layankan jelah yeh :P Heheee.


Toodles~

10 June 2011

Okay, saya dah habis idea

Assalammualaikum. Hello peeps, peace yaww.


Actually aku post nih nak bagitau sedikit pengumuman #serious takboleh blah gileee kan ayat kat sebelah ni. HAHA do I care :P Okay okay, back to the topic. Apa yang ingin saya beritahu di sini bahawa saya akan teramatlah jarang mengupdate blog yeh anak anak ku sekalian. Seriously aku memang takde idea langsung nak update blog nih. ERR -.-' Idea dah 0% dan sedikit pun dia taknak keluar. #Padahal diri sendiri yang taknak keluar kan idea tuh. \Bhaha/. Okay so till here. Tuh je nak bagitau. Ngee :3


\Thankyou pada sesiapa yang sudi baca entry yang ntahpape ni ye :D/


Toodles~

30 May 2011

Saya rinduuuuuuu

(Source: Tumblr)

Assalammualaikum. Hello peeps.


Seriously aku taktahu kenapa secara tiba tiba je aku rindu kat adik aku yang form 4 tuhh. Sobsobsob T.T Dia baru je bertolak ke kampung dalam pukul 6 tadi kalau tak silap. Aku bukak blog dia then keluar lagu barbie favourite dia tuh. Dah lah lagu tuh slow dan agak sweet. Dia selalu dengar lagu tu sebelum dia tidur. Buat nak meleleh je air mata aku nih. Huuuu~ Weh kenapa awal sangat kau balik kampung. Sape nak teman den dekat dalam bilik nih. Tak sanggop den nak tido sorang sorang. Asal la datang mood nak tacing tacing ni. ISH tak suka tauu #Tiba tiba jeh.


Weh aku rindu kau lah, TAHU TAK. Err okay fine. Dia bukan baca pun apa yang aku tulis ni. Hukhukk. Okay sampai sini je luahan rindu aku nih. Lastly aku rindu kau la Keding


#Pstt, layan jelah entry merepek aku ni.


Toodles~

29 May 2011

Ain Suhaila's sister engagement day

(Source: Tumblr)

Assalammualaikum. Hello peeps :)


Harini tersangatlah penat dan tersangatlah happy buat diri ku ini. Hewhewhew ayat yang sangat takboleh blah di situ yeh :P Actually harini aku pergi majlis pertunangan sorang kenalan aku nih. Dia nih satu kelas jugak dengan aku. Ni pun plan last minute, ada sorang kawan aku nih dia yang ajak. katanye dia bosan untuk duduk di rumah ku syurga ku. Haha, merepek lagi. First sekali aku fikir yang plan ni takkan menjadi. Dah kata plan last minute kan. Tapi jangkaan aku tuh meleset sama sekali. Plan ini berjalan dengan lancarnyeww *cakap ala ala gedik sikit. EWW EWW xP


Masa mula mula kitorang plan tuh ingat nak gerak dalam pukul 1.30 p.m. Tapi tak menjadi pulak -.-' lepastuh plan nak gerak pukul 1.00 p.m. pulak. Haa yang nih pun tak menjadi. ERR lepastuh lagi kitorang plan gerak pukul 1.45 p.m. dan inilah yang for surenya. Tapi aku gerak jugak pukul 1.00 p.m. tuh. Harharr. Gerak rumah kawan aku jelah. Bukan gerak rumah kawan aku yang kakaknye bertunang tu. So bila dah pukul 1.45 p.m. kitorang pun gerak la ke rumah kawan yang tersebut dengan menaiki Wira Aeroback *err betul ke eja macamni?* milik mak kawan aku yang bernama Nursyahirah Amirah bt Mazlan.


So tadi kitorang pergi seramai 3 orang je. Tapi ada member aku yang dah sampai dulu kat rumah kawan yang terbabit. Hikkk, dah sampai tuh tak terus makan. Duduk duduk jap. Then baca doa dan berlangsungnya lah majlis pertunangan tersebut. After dah habes tunang semua, barulah start sesi mengisi perut. Tapi kitorang tak makan jugak. Ada keroje (kerja) sikit yang dibuat. Keroje tersebut adalah menjadi gadis buah tangan dan gula gula. Sangat sweet pulak bila baca ayat gadis tuh. Hakhakk, mende tah yang sweetnye kan :P Lepas dah habis buat keroje barulah kitorang mengisi perut masing masing.


After dah habis sesi mengisi perut. Bermulanye lah sesi mengcapture dan mengkaraoke. Agak banyak jugakla gambar yang dicapture tadi. Tapi aku tak upload kat sini. Kemalasan melanda, hoho :O Yang sesi karaoke tuh tak semua kawan aku yang join. Yang nyanyi-nya dua orang je. Tu pun yang sorang tu sekerat je dia nyanyi, yang selebihnya disambung oleh rakan yang sorang lagi tuh. Heheh kelakar je tengok korang tadi xD Apa-apa pun thanks to all my friend for making and cheer my day. Tak lupa jugak thanks pada Ain Suhaila sebab menjemput saya. Serious lauk-lauk di majlis tadi sangat delicious :) Terima kasih yeh kawan kawan. Sayang korang semua! Muahh!


So till here readers. Dah lama tak menaip sepanjang ini. Jumpe kalian semua di entry yang akan datang, insya-Allah. Ngeee.


Toodles~

25 May 2011

Hari ini hari khamis

Assalammualaikum.

Psst: Ini entry merapu. Kalau tak sudi nak baca, tak payah baca. Okay :D
Waktu entry mula ditaip: 11.39 p.m.


Hello hello lovely readers,
Yeah aku teramatlah bosan dikala malam yang tak berapa la nak sejuk ni. Kalau diikutkan sepatutnya aku dah kena tidur time-time macam ni. Tapi segar bugar pulak mata aku yang bulat ni *ERR bulat ke? ==" Haha. Bila mata tak mengantuk jadi secara automatikya aku pun berasa bosan. HARHARR, ayat yang berulang. Nampak sangat aku tengah kekurangan idea nak menaip ni :O Any idea guys? Apa yang patut aku taipkan di sini? Hurm *berfikir.


Okay, bercerita tentang sekolah. Hm actually tak ada apa yang interesting pun. Semuanya macam biasa je. Exam tinggal lagi dua paper. Paper tersebut adalah bersamaan dengan hari Jumaat. Tapi bukan subjek penting pun. Subjek yang penting semua dah lepas. Fuhh alhamdulillah. Sekarang ni agak nervous menunggu result/markah yang akan diperolehi atas usaha aku selama ni. Kau ada usaha ke Dina? HAHA lawak je kot :P Buat masa ni yang aku dah tahu markah subjek Bahasa Melayu, Tasawwur Islam dan Sains. Tapi subjek tu semua belum markah keseluruhan lagi. Insya-Allah ada rezeki kot untuk lulus *hah, kantoi result kau tak okay Dina oii xP


Hm yeah I think till here. No idea -.-' Err so buhbaii <3


Toodles~

24 May 2011

Ehem ehem. Ada sikit makluman di sini :D

(Source: Tumblr)

Assalammualaikum. Hello readers kesayangan 37


Wahh lama sungguh aku telah meninggalkan blog kesayangan ku ini. Pada hari ini blog ini telah ditukarkan bajunya. Cantik sungguh baju baru kau ye wahai blog. Haha *ada sedikit unsur perasan ye di sini 46 Ohh ye sebelum aku terlupa, aku ingin memaklumkan di sini bahawa aku telah pun bertukar email untuk blog ni *haiyoo, ayat apa yang aku guna ni. Haha. Okay okay, actually aku dah tukar email dari yahoo ke gmail. Seperti yang kau orang dah sedia maklum. Banyak khabar angin yang mengatakan blog kita akan di delete jika menggunakan selain daripada gmail account. ERR kalau tak silap macam tu la. HIKK 53


So di sini aku akan sertakan email baru aku untuk blog ni. My new email is addina94@gmail.com. Aku harap lepas ni dapat la aku menghembuskan nafas lega dan tak perlu risau pasal blog akan di delete. Seriously aku tak sanggup nak tengok blog ni kena delete. Hidup rasa macam tak lengkap je tak ada blog ni *ayat tak menahan je. HARHARR. Di sini la tempat aku meluahkan rasa hati. Di sini la aku mencari kawan-kawan baru. Di sini jugak la aku menghilangkan rasa bosan di kala aku dilanda kebosanan. PEH ayat memang skema habis. Haha64Konklusinya aku memang tak boleh hidup tanpa blog ni la.


Lepas ni aku nak kemaskini blog ni. Nak ubah apa-apa yang patut dan yang paling penting aku nak bagi colourful sikit blog ni. Baru ada semangat nak update dan semangat nak membaca *tu pun kalau ada orang nak baca la. So aku celoteh sampai sini je dulu. Kalau aku ada story lain dan kalau aku ada masa, aku update la ye. Till here lovely readers 31 Buhbaii.


Toodles~

17 May 2011

I'm sorry readers

Sebab dah lama tak update blog. Saya dah kehabisan idea dan saya teramatlah busy dengan persekolahan. Apa-apa pun take care ya readers semua. Miss you all! <3


Toodles~

07 May 2011

Doodle percubaan kali kedua


Yes still tak lawa mana pun. Haha *actually sedih. But it's okay. Boleh cuba lagi :)


Toodles~

My first doodling C=


Yeah! Sangat puas hati even tak lawa mana pun. Tehee


P/s: Saya akan berlatih dengan lebih lagi untuk baiki doodle saya :)


Toodles~

03 May 2011

Saya busy =="

So maaf pada semua readers blog ni. Maybe saya akan jarang update. Tak ada masa la. Huhu, sorry ye kawan-kawan sekalian. See you next time guys. Tu pun kalau ada kesempatan la D:


Toodles~

23 April 2011

Whats up baybeh

Hello guys (!)


For a long time ago aku tak mengupdatekan blog kesayanganku ini. Ceh cehh, keluar dah kejiwangan dia tuh. Euww pelish la. Geli tahu. Ahaa Okay okay, back to the topic. Actually kan awak, kita tak tahu nak update apa sebenarnya nih. Awak bagilah sikit idea dekat kita. Boleh kan? *Wink wink. Start dah kegedikan dia tuhh. Haihhh ==" Okay apa kata aku cerita apa yang aku buat dekat rumah harini. Tu pun kalau ada yang sudi nak bacalah. Yang tak sudi tu takpayahlah baca yeh :D


Today aku tak pergi mana mana pun. Stay di rumah saja. Yeah aku tahu anda boleh bayangkan betapa bosannya aku di rumah ini. Antara aktiviti yang aku buat di rumah adalah tolong kawan aku cari bahan untuk folio seni dia dan selebihnya online-ing and main game. Bila kau study Dina? Heh yeah gua takstudy. Lu apa kesah? Hahaha Joke joke. Nantilah aku study ye wahai kawan kawan sekalian. Hihihi jangan marah tau tauu.


Eh awakk kita dah tak ada idea ni. Kita stop sampai sini jelah yeh awak. Sorry -.-" Nanti kita update lagi tauu. Tu pun kalau kita ada masa Hukhukhuk. Jumpa lagi semua, Buhbaii <3


P/S: Layan jelah repekan kita di atas tuh ye :P Teehee.


Toodles~

21 April 2011

Tutorial - Energy saving mode

Hello readers (!)


Bertemu kembali. Hari ini kita akan belajar macam mana nak buat energy saving mode. Actually saya baru sahaja menggunakan energy saving mode ni. So saya nak share dengan kau orang pulak. So sila baca tutorial ni baik-baik :) Ohh by the way, sesiapa yang tak tahu apa itu energy saving mode sila rujuk gambar di bawah ---->



Itulah energy saving mode yang dimaksudkan. Mari kita mulakan tutorial ini :D


1. Click Design ---> Add a Gadget ---> HTML/JavaScript
2. Copy code di bawah ini pada HTML/JavaScript tersebut

<script src='http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js' type='text/javascript'></script><script type="text/javascript">if (window.jstiming) window.jstiming.load.tick('headEnd');</script>
<!-- save your energy --><script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'></script><!-- save your energy end --><script type='text/javascript'></script><script type='text/javascript'></script>


3. Save tanpa meletakkan sebarang title/tajuk pada HTML/JavaScript tersebut. Untuk memastikan tutorial ini menjadi, biarkan sebentar desktop kau orang sampai energy saving mode ni keluar. Kalau dah keluar tu maksudnya dah menjadi. Tahniah pada sesiapa yang berjaya buat tutorial ini. Tak susah pun kan. Hehe


Semoga berjaya (!)


Toodles~

20 April 2011

Tutorial - Double Underline

Hello readers (!)


Hari ini kita akan belajar bagaimana cara nak membuat double underline. So sila baca tutorial ini dengan berhati-hati agar tak melakukan sebarang kesilapan. Let's get started the tutorial :)


1. Click Design ---> Edit HTML
2. Tekan Ctrl + F secara serentak dan cari code ini /* Header
3. Bila dah jumpa pastekan code yang ada di bawah pada atas code /* Header tersebut

u {
text-decoration:underline;
border-bottom: 2px double #000000;
padding: 0px;
}


4. Tukarkan 2px pada saiz yang kau orang kehendaki. Perkataan double tukarkan dengan jenis border yang kau orang nak. Sebagai contoh double, dotted, dashed, solid, groove, inset, outset atau inherit. Yang #000000 tukarkan dengan warna yang kau orang suka. Bila dah siap terus tekan button save dan beri tepukan bila kau orang dah berjaya buat tutorial ini :D Teheee
5. Kau orang guna code yang ada di bawah ini untuk buat double underline tu

<u>Ayat anda</u>


6. Gantikan perkataan Ayat anda tersebut dengan ayat yang kau orang mahu


Semoga berjaya (!)


Toodles~

19 April 2011

Tutorial - Favicon

Hello readers (!)


Hari ini kita akan belajar macam mana nak buat favicon pulak. Yea, tutorial ni maybe agak lama dan ramai dah tahu kot macam mana nak buat. But it's okay, tutorial ni mungkin berguna bagi para blogger yang baru menceburi dalam bidang blog ni. Ohh ye tahu tak apa itu favicon? Pada siapa-siapa yang tak tahu tu sila rujuk gambar di bawah ini ---->



Nampak tak gambar strawberry yang cute tu? Ha itulah favicon ye anak-anak sekalian. So mari kita mulakan tutorial. Let's go baybehh :D


1. Kau orang tekan Ctrl + F secara serentak. Then cari code ini </head>
2. Pastekan code yang ada di bawah ini pada sebelah kanan code </head> tersebut

<link href='URL Icon/Gambar' rel='shortcut icon'/>


3. Gantikan URL Icon/Gambar dengan Url Icon/Gambar yang kau orang nak guna. Saya syorkan kau orang cari Icon/Gambar dekat sini. Bila dah siap jangan terus save. Preview dulu supaya tak ada apa-apa kesilapan atau tak menjadi. Bila rasa dah puas hati tekanlah button save dengan senang hati dan selepas itu kau orang bolehlah tersenyum dengan lebar bila dah berjaya buat tutorial ini. Hihihi.


Semoga berjaya (!)


Toodles~

18 April 2011

Tutorial - Bentul-bentuk border

Hello guys (!)


Okay, disebabkan saya teramatlah bosan hari ini. So saya telah membuat keputusan untuk membuat tutorial ini. Yes, saya tahu bahawa sebenarnya ramai yang dah buat tutorial pasal bentuk-bentuk border ni. Tapi tidaklah ada salahnya jika saya nak memenuhkan tutorial dalam blog saya ini. Hewhewhew. So let's get started :D


Example A
-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;
}



Example B
-moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;
}



Example C
-moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;
}



Example D
-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;
}



Example E
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
}



Example F
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
}



Kau orang boleh gunakan border-border ni untuk blockquote, post title, sidebar dan sebagainya :)


Semoga berjaya (!)


Toodles~

Tolong saya, boleh?

Hello guys (!)


Ada tak sesiapa yang sudi ajar saya macam mana nak buat doodle. Dah try banyak kali tapi still tak jadi jugak *sigh. Kecewa sungguh hati ku. Huuuu T.T Siapa yang sudi hulurkan bantuan tu thanks a lot yeah. Hukhuk


So till here. Short post je. Tak ada idea la. LOL. Buhbaiii (!)


Toodles~

02 April 2011

Jom order doodly watch :)

Salam. Heyy readers [Peace!]


Ini merupakan post untuk mem'promote' doodly watch yang telah saya order beberapa minggu yang lepas. Maaf diatas sedikit kelewatan meng'update' blog ni. Masa tidak mengizinkan saya untuk membuka blog kesayangan saya ini. Okay okay, dah cukup pembuka bicara untuk kali ni. Mari kita teruskan dengan entry yang saya nak update ni. Dibawah ini adalah gambar doodly watch yang telah saya order ---->


Actually ada banyak lagi pilihan warna dan corak doodle yang boleh kau orang buat. Ikut citarasa masing-masing la kan. So dibawah ni antara gambar doodly watch yang di jual di blog PolkaDot AppleStruddle atau Facebook Doodly watches ---->


Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang tempahan silalah pergi ke blog ini PolkaDot AppleStruddle atau Facebook Doodly watches.


So till here entry for this time, buhbaii :D


Toodles~