31 December 2010

Buhbai 2010

Salam, heyy readers thmisc-3


Ini merupakan entry yang terakhir untuk tahun 2010. Seperti yang kau orang maklum esok dah nak masuk tahun 2011. Beratnya hati aku nak tinggalkan tahun 2010 ni. Macam-macam benda yang jadi sepanjang tahun ni. Segala kenangan pahit, manis, kelakar dan semua la akan aku simpan dalam memori aku. Walapun sebenarnya lebih banyak kenangan pahit yang jadi. Tapi biarlah semua tu berlalu pergi sebagai sumber kekuatan aku untuk tahun 2011 yang bakal tiba esok.


Yang paling tak sangka sekali bila dah masuknya tahun 2011, itu bermakna aku akan ke tingkatan 5. Wahh, SPM akan bakal menghantui kami semua yang tingkatan 5 ni. Haha. Kena la prepare awal-awal dengan segala senjata ilmu untuk berperang dalam SPM nanti. Sekejap je macam dah nak habis sekolah. Rasa macam baru-baru je masuk sekolah menengah ni. Hukhuk~ Bila dah masuk tahun 2011 jugak. Itu bermakna hubungan aku dan si dia akan menjangkau ke angka 4 tahun pulak. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Tak sangka betul. Hehe.


Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua orang di seluruh dunia ni. Happy New Year guys! Till here entry untuk tahun 2010. See you in entry 2011 pulak. Ngee~ Buhbai.


P/s: Apa azam tahun baru kau orang. Share la dengan aku. Hikhik thUntitled-4-1


Toodles~

No comments: