31 December 2010

Buhbai 2010

Salam, heyy readers thmisc-3


Ini merupakan entry yang terakhir untuk tahun 2010. Seperti yang kau orang maklum esok dah nak masuk tahun 2011. Beratnya hati aku nak tinggalkan tahun 2010 ni. Macam-macam benda yang jadi sepanjang tahun ni. Segala kenangan pahit, manis, kelakar dan semua la akan aku simpan dalam memori aku. Walapun sebenarnya lebih banyak kenangan pahit yang jadi. Tapi biarlah semua tu berlalu pergi sebagai sumber kekuatan aku untuk tahun 2011 yang bakal tiba esok.


Yang paling tak sangka sekali bila dah masuknya tahun 2011, itu bermakna aku akan ke tingkatan 5. Wahh, SPM akan bakal menghantui kami semua yang tingkatan 5 ni. Haha. Kena la prepare awal-awal dengan segala senjata ilmu untuk berperang dalam SPM nanti. Sekejap je macam dah nak habis sekolah. Rasa macam baru-baru je masuk sekolah menengah ni. Hukhuk~ Bila dah masuk tahun 2011 jugak. Itu bermakna hubungan aku dan si dia akan menjangkau ke angka 4 tahun pulak. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Tak sangka betul. Hehe.


Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua orang di seluruh dunia ni. Happy New Year guys! Till here entry untuk tahun 2010. See you in entry 2011 pulak. Ngee~ Buhbai.


P/s: Apa azam tahun baru kau orang. Share la dengan aku. Hikhik thUntitled-4-1


Toodles~

29 December 2010

Exercise kaki xD

Salam, heyy readers. thmisc-10


Today adalah hari dimana ia dapat menguruskan kaki aku ni. Ohh sebab apa aku berkata begitu? Ia disebabkan aku telah berjalan jauh dengan buah hati tersayang dan adik aku. Kami berjalan dimana? Wahh banyak sungguh persoalannya. HAHA. Okay okay, straight to the point je. Actually hari ni aku keluar untuk mencari kasut sekolah. Serious sangat azab untuk mencari kasut sekolah aku. Sebab bila aku tanya je size yang aku nak mesti dah habis. Sangat tragis bukan. Disebabkan tu jugaklah kita orang berhijrah dari mines ke jusco equine. Semata-mata nak cari kasut sekolah je. Hakhak.


By the way, saiz yang aku cari tu adalah size 2. Ohh ye aku tahu kaki aku kecik. So ada masalah? * Tiba-tiba pulak nak cari pasal. Hokhok. Lepas je tak jumpa size kasut yang aku nak dekat mines kita orang terus jalan-jalan dan pusing-pusing. Lepas tu pergi makan, beli komik dan beli cd game * ni buah hati tersayang yang nak beli. Bila dah tak jumpa size kasut. Kita orang buat keputusan untuk cari dekat jusco equine pulak. Tapi penghijrahan kita orang tak membuahkan hasil pun. Sebab kasut still tak ada size jugak. Jadi terpaksalah aku beli size 3. Huhu.


Apa-apa pun hari ni aku sangat berpuas hati sebab dapat beli 7 buah komik. HAHA * gelak besar. 5 buah beli dekat mines dan 2 buah lagi beli dekat jusco. Tapi dalam puas-puas hati tu ada benda yang aku tak puas hati. Iaitu kasut sekolah aku tu la. Asal la longgar bebenor. Huhu. Nasib la, dah tak ada rezeki nak beli kasut size 2. Redha jelah. Okay la, rasanya sampai sini jelah entry kali ni. Buhbai readers! thmisc-3


Toodles~

26 December 2010

Mari tanggalkan tulang

Salam, heyy readers. 60


Okay first, ignore je title tu. Itulah akibatnya apabila sudah kehabisan idea untuk memberi title. Hakhak. Actually badan aku ni sakit-sakit. Apa kena entah. Mungkin sebab berulang-alik dari kampung ke serdang ni. Haihh, letih toksah cakap la. Memang letih yang amat la. Walaupun tak ada la sampai 3 jam perjalanan nak ke kampung aku tu. Tapi letih dia bukan main lagi la. Rasa nak tertanggal segala sendi-sendi, tulang-tulang dan sebagainya la. Haha thUntitled-2


Semalam pergi kenduri kahwin. Punya la lama dekat kenduri tu. Bosan memang tahap maksimum dah. Sampai dah tak tahu apa nak buat. Elak time tu aku nak balik rumah nenek sedara jalan kaki je. Tapi bila mengenangkan anjing yang berkeliaran dekat jalan-jalan tu, aku padamkan jelah hasrat tu. Tak ada kerja pulak aku nak berlari pakai kain kalau kena kejar. Haha. Lain la kalau ada yang baik hati nak tumpangkan awek-awek cun ni * perasan themoticon-15 Hokhok.


Okay, rasanya sampai sini jelah. Idea sudah berlari-lari anak dari kotak minda aku ni. See you next time guys. Buhbai thmisc-10


Toodles~

24 December 2010

Hometown

Today nak balik kampung until hari ahad ni. So aku akan away dari blog ni buat masa beberapa hari. Tinggalkan pesanan kau orang dekat shoutmix tu ye. Okay till here readers. Take care all! thUntitled-12-1



Toodles~

23 December 2010

Congrat budak kurus

Congrat untuk adik aku sebab dia dapat 7A 1B untuk PMR. Hadiah kau tuntut la dekat ibu. Haha 64

Thanks a lot Adik Najwa :D

Salam, heyy readers 60


Okay actually tak ada idea nak update ni. Just nak show off sikit ni. Haha 46 Kau orang nampak tak apa perubahan dekat blog ni. Alaaa nampak tak? Apa tak nampak jugak? Haihh, biar aku straight to the point jelah. Tu cuba pandang dekat atas tu. Nampak tak header blog aku yang comel tu. Hakhak. Okay okay, cukup dina. Geli pulak rasanya. So aku nak ucap berbanyak terima kasih dekat Adik Najwa sebab sudi nak buatkan header untuk blog aku yang tak berapa nak comel ni. Hoho. Thanks again ye. Happy sangat ni. Sampai tak terkata apa dah. Hehe. So till here readers, daaa 61


See, ni la header aku yang cute tu * perasan. HAHA.


P/s: Click sini untuk ke blog Adik Najwa 12


Toodles~

22 December 2010

Good luck budak kurus :P

Ohh sebelum tu, lupa pulak. Aku nak ucap good luck untuk adik aku yang bakal ambil result PMR esok. Hope dia dapat straight 8A's. Amin, insya-Allah thUntitled-1-1


Toodles~

20 December 2010

Aku mahu topup FREE !!

Salam, heyy readers. thUntitled-1-1


Okay hari ni aku nak update tentang contest yang telah di tag dekat aku oleh Nadia Zaidee thmisc-3 Wah, agak excited ye sebab ini adalah contest yang pertama aku join. Sebelum ni pun memang ada orang tag aku untuk join contest-contest ni. Tapi aku tak melibatkan diri pun. Mana la tahu kalau-kalau ada rezeki ke nak menang contest yang ni. Hehe. Insya-Allah thUntitled-4-1 Okay mari kita teruskan dengan cara-cara untuk join contest ni, tarikh tutup contest dan hadiah yang ditawarkan.


Cara-cara untuk join contest

- Korang semua mestilah menjadi followers aku and like page facebuk aku terlebih dahulu ..
- Buat satu entri mengenai contest ini .. Pastikan tajuk entri tersebut ialah "Aku mahu topup FREE !!"
- Letakkan banner contest ini didalam entri tersebut
- Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen ini
- Tag beberape orang bloggers yang lain .. minimum 2 and maximum 5
- Akhiri entri tersebut dengan Assalamualaikum bagi yang islam .. Dan yang non-muslim pula Salam sejahtera


Tarikh tutup contest ini adalah pada 17/1/2011

Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah .. !!

Hadiah Utama - Topup RM20
Hadiah Kedua - Topup RM10
Hadiah Ketiga - Topup RM5


Dalam syarat dekat atas tu dia suruh tag minimum 2 dan maximun 5. Tapi disebabkan aku ni malas sangat, so aku tak nak tag siapa-siapa la ea. Hikhik. Pada yang berminat sila la join okay thUntitled-12-1 Till here readers. Assalammualaikum.


P/s: Untuk maklumat lebih lanjut sila pergi ke blog ini http://humblemodest.blogspot.com/.


Toodles~

19 December 2010

Finally, I did it :D

Salam, heyy readers! thUntitled-4-1


Yeah! Finally aku berjaya edit gambar seperti diatas ni. Walaupun tak la secantik mana pun. Tapi aku tetap berpuas hati. Hoho. Aku tengok tutorial ni untuk buat seperti gambar diatas. By the way, thanks a lot to Syahirah for the tutorial thUntitled-12-1 Till here readers.


Toodles~

17 December 2010

Hello-hello

Salam, heyy readers! thmisc-10


Long time no see ya. Hok hok. Agak lama jugak ye aku tak update blog ni. Semalam aku ada memberitahu pada semua readers kesayangan aku bahawa lately ni aku agak busy. Yes, aku memang busy sangat-sangat lately ni. Semuanya bermula sejak aku balik dari holiday tempoh hari. Lepas balik dari holiday je ibu suruh aku duduk kampung. Mula-mula tu aku agak keberatan jugak. Tapi bila dah 4 hari duduk kampung rasa seronok pulak.


Lepas beberapa hari ibu call suruh aku balik sebab adik-adik tak ada siapa nak jaga. Waktu tu aku keberatan sungguh nak balik rumah. Tapi apakan daya aku tak mampu nak menolak. Ibu ada banyak tugasan yang harus di buat dekat sekolah. Jadi aku kena faham situasi ibu. Takkan nak biarkan adik-adik aku macam tu je. Kesian pulak nanti. Jadi aku pun bersetuju jugak untuk balik. Uhh pilunya hati nak tinggalkan kampung. Huhu. * Ayat skema.


So masuk hari ni dah 2 hari aku balik rumah. Rasa rindu dekat kampung masih lagi tak hilang. Walaupun masa dekat kampung memang bosan tahap maksimun, tapi semua tu cukup indah bila di ingatkan balik. Aishh sebak pulak rasanya. Asal entah nak emo tak tentu pasal ni. Huhu. Sabar jelah oi. Okay till here my lovely readers. Take care thmisc-9

Tiba-tiba pulak terasa nak makan benda yang manis-manis thUntitled-9


Toodles~

16 December 2010

Busy-ness

Lately ni saya sangat BUSY. Jadi harap maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox. Kemungkinan saya akan balas lambat. Harap maklum :)


Toodles~

08 December 2010

AWAY~

Salam,heyy readers. [Peace!]


Saya akan meng'away'kan diri dari blog buat beberapa hari ni. Kerana pergi ber'holiday' dengan family. Jadi saya memohon maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Segala mesej anda mungkin akan di reply lambat. Harap maklum.


Toodles~

01 December 2010

Tagg-ed

Salam, heyy readers. [Peace!]

Saya di tag oleh Diba :)

So here the rules:

" once you have been tagged , you are supposed to write a note with 25 random , things , facts or goal about you . at the end , choose 25 people to be tagged . you have to tagged the person who tagged you . if i tag you , its because i want to know about you . "


Okay, here the answer:

1. Anak sulung dari lima orang adik beradik
2. Suka membebel pada adik-adiknya. HAHA. Macam nenek-nenek je.
3. Sudah mempunyai teman istimewa.
4. Suka nangis kalau dah terlampau tertekan.
5. Selalu pendam semua masalah yang dihadapi.
6. Berangan adalah hobi yang tak boleh dibuang. Hakhak.
7. Sangat-sangat addict dengan benda yang comel dan kawaii. AWW.
8. Suka memasak benda yang berasaskan manisan.
9. Bercita-cita untuk menjadi Pastry Chef.
10. Cepat terasa dan mudah ambil hati.
11. Cepat merajuk dan agak payah untuk dipujuk.
12. Suka makan tapi beriya-iya nak kurus. HAHA. Macam mana tu.
13. Degil dan ego.
14. Menghormati orang lain kalau orang tu hormat saya.
15. Suka cari pasal dengan orang.
16. Mudah rasa cemburu.
17. Sangat tak suka sidai baju. AHAHA.
18. Suka lipat baju bila ada mood je.
19. Suka basuh pinggan dan sebagainya.
20. Tak suka basuh periuk nasi. Bhaha.
21. Tak suka dibebel oleh siapa-siapa pun.
22. Tulisan sentiasa berubah. Sampai buku pun tak berapa nak kemas. Hehe.
23. Agak cerewet dalam pemilihan pakaian.
24. Sangat suka makan benda yang manis, pedas, makanan yang berunsurkan tauhu dan yang paling penting masakan ibu.
25. Perangai yang susah nak di jangka dan susah untuk di fahami.


Tag 25 people:

- Saya tak nak tag siapa-siapa. Kalau nak tag ni ambil la. Hee~


Thanks yeah, i'm done :D