08 November 2010

Can't forget it

Salam. Heyy readers [peace!]


Seperti yang dimaklumkan semalam. Hari ni aku ada exam tasawwur. Hm soalan dia not bad la. Boleh tahan susah jugak. Dah kata PPD yang buat soalan. Memang mencabar gila la. Rasa macam nak tercabut saraf-saraf otak aku ni nak fikir jawapan. Haiyoo -.-" Kertas satu memang susah gila la aku cakap. Aku tinggal tujuh soalan dekat kertas ni. Jawapan yang buat pun belum tentu betul. Kertas dua pulak not bad la. Ada separuh senang, ada separuh susah. Berapa soalan entah aku tinggal kertas ni. Hope dapat markah yang okay okay jelah. Amin.


Tadi dekat sekolah pelajar katering semua busy. Tak menang tangan dibuatnya. Ada kelas form two ni buat jamuan. Dia orang tempah makanan dekat katering. So budak-budak katering pun buat la apa-apa yang patut. Mana-mana budak katering yang ambil exam tasawwur tadi sepatutnya kena bertugas dalam bahagian penyajian. Tapi tengok-tengok kena siapkan tempahan pastri gadis mulia. So aku dengan tiga orang lagi rakan seperjuangan aku pun menyiapkan la tempahan ni.


Satu kumpulan tiga adunan. So disebabkan ada dua kumpulan je dapat la enam adunan * Cehh belajar math kejap.HAHAHAHA. Masak punya masak sampai la pukul tiga lebih. Semua dah siap-siap kemas nak balik. Tapi tadi aku dengan tiga orang rakan seperjuangan aku ni balik lambat sikit. Sebab kita orang kan masuk lambat sikit. So keluar pun lambat la. Ngeh ngeh ngeh. Lepas dah siap semua kita orang pun dilepaskan la untuk balik. Lepak-lepak dekat kantin kejap. Dalam pukul berapa entah baru la kita orang buat keputusan nak balik. Dah sampai rumah aku terus makan. Lapar gila kut. Then rehat-rehat kejap. Penat memasak dengan perah otak dekat sekolah tadi. Hek hek hek.


--> Topic change <--


Hari ni jugak ada satu peristiwa yang mungkin aku tak dapat lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku terkunci dalam bilik sendiri. Ni sebab tombol pintu tu punya pasal la. Boleh pulak dia nak buat hal pagi-pagi buta. Aku dah la nak siap-siap pergi sekolah. Tambah pulak ada exam. PEH! Punya la gabra gila aku pagi tadi. Agak mengambil masa yang lama nak bukak pintu bilik tu. Sekarang pintu bilik aku ni dah tak boleh nak kunci. Sebab dia punya apa benda entah nama benda alah tu dah pecah, patah dan hancur berderai. Fobia gila nak tutup pintu bilik. HAHAHAHA.


Nasib baik sempat nak siap-siap pergi sekolah. Serious pagi tadi aku siap ekspress gila. Kalau tak mandi pun dah ambil masa yang lama. Hua hua hua * Kantoi. Dalam pukul tujuh berapa minit entah baru aku dan adik aku gerak ke sekolah. Kita orang ambil masa lima minit je nak sampai sekolah. Cepat gila kut kita orang jalan. AHHHA. Ni kes dah cuak lambat pergi sekolah la ni. Nasib tak lambat. Sempat jugak la aku nak baca buku tasawwur pagi tadi. Kalau tak aku dah buat keputusan tak nak pergi sekolah even ada exam. Nasib baik semuanya dapat diselesaikan. Dapat jugak aku ambil exam hari ni. Alhamdulillah :)


So till here readers. Tangan lenguh menaip.


Toodles~

2 comments:

NurAqilah said...

haha~
ilah pn pnh jer kna kunci..
dah r time 2 kecik ag.
gabra bkn men ag

Dieyna said...

ouh yeke?..HAAAHAHAHA.
tau xpe..gabra nta mcm ape.hekehheh