25 September 2010

Ahh biasa biasa je

Salam. Heyy readers


Agak berkurun jugak aku tak update blog ni. Idea semakin menghilang di dalam kotak minda aku ni. Entah ke mana dia pergi. Barangkali semakin berkurang akibat aku terlalu banyak gelak kut. HAHA! Macam tak ada kena mengena pulak. Okay okay, kembali serious. Dalam beberapa hari ni tak ada apa yang menarik boleh dikongsi dengan para pembaca semua. Masalah yang aku hadapi pun masih belum selesai. Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran. Tak nak serabutkan sangat kepala aku ni. Masih banyak perkara lagi yang perlu aku fikirkan.


--> Change topic <--


Dalam pukul 9 p.m tadi aku ada pergi open house yang kawan aku buat ni. Kira rumah dia ni adalah rumah pertama yang aku pergi untuk beraya. Dalam golongan kawan-kawan la. Rumah saudara-saudara aku dah raya time dekat kampung hari tu. Tu pun dua rumah je pergi. Sebab time tu dah nak balik ke Serdang semula. So far tadi agak best la sebab dapat jumpa kawan-kawan. Even tak ramai yang aku kenal tadi. Ada la segelintir je yang aku kenal. Ada la tadi dapat duit raya dalam RM____ * Pandai-pandai la kau orang teka. Bhaha! Aku ingat dah tua-tua ni tak dapat la duit raya. Tengok-tengok dapat jugak. Haihh, tu la rezeki namanya. Masyukkk~ xD


So, I think I should stop now. Idea pun dah tak ada ni. Esok nak balik kampung. Ada kenduri kahwin kalau tak silap. Siapa yang kahwin aku pun tak tahu. Bila la majlis kahwin aku pulak. Wahaha! * Gatal.

2 comments: