30 August 2010

Ketinggalan ke?


Salam. Heyy readers. Selamat malam.

Yeah, untuk jangka masa yang agak lama aku tak update blog ni. Idea aku memang dah kering habis dah. Sikit pun tak ada yang tinggal. Itu la salah satu sebab kenapa aku tak update blog kesayangan aku ni. Dalam jangka masa yang lama ni tak ada apa pun perkara menarik yang boleh aku kongsikan pada kau orang semua. Kehidupan aku berjalan seperti biasa. Cuma kurang sikit masalah yang sedia terbeban dalam kepala aku ni. Dapatlah aku menarik nafas lega untuk seketika waktu.


Hm, pejam celik pejam celik. Bulan ramadhan sudah pun hampir pada penghujungnya. Aku merasakan cukup pantas masa tu berlalu. Kalau boleh aku tak nak bulan ramadhan ni berakhir. Walaupun kena menahan diri dari makan dan minum. Bila bulan ramadhan berakhir ini bermaksud tahun 2010 jugak hampir pada penghujungnya. Aku masih belum bersedia nak menghadapi tahun 2011 yang bakal tiba tak lama lagi. Terlalu banyak kemugkinan yang akan berlaku nanti. Kuat ke aku aku nak hadapi semua tu nanti =(


''Okay okay, lupakan pasal semua perkara diatas. Nak cerita pasal benda lain pulak.''


Semalam time aku tengah bosan dan tak tahu nak buat apa aku pun meng'edit' la blog kesayangan aku ni. Entah kenapa aku bertukar angin untuk guna classic template pulak. Barangkali dah bosan kut guna XML template. Lagipun bila dah guna classic template ni rasa macam jakun sikit. Sebab blog aku nampak lagi comel kut. Ahaha * Puji blog sendiri xD Apa-apa pun aku agak berpuas hati dengan blog aku sekarang even nampak agak bored. Nanti aku try lah menggodek-godek blog ni lagi. Pheww ~


By the way, agak ketinggalan ke guna classic template ni? Apa pendapat kau orang ye?

6 comments:

af said...

kak,tmbh chumell lerh blog kamoo!

Dieyna said...

thanks :)

Saybee said...

kamuu ! nice what pkai classic template gnie . maken simple , maken cute laa ;))

Dieyna said...

hee, thanks yeah! :D

Sara Bieber said...

sara penah gune classic template , tapi okeyy jea . btw; mne ade ketinggalan :D sara suke ouhh ur new templates ney :)

Dieyna said...

ohh i see. hehe okay. thanks :)