31 August 2010

21 Ramadhan 2010

Salam. Heyy readers. Selamat malam


Burppp! Alhamdulillah. Sendawa dulu sebelum memulakan entry. Haha, sangat tak sopan kan? Hm hari ni aku kenyang betul time berbuka tadi. Even tak ada la banyak mana juadah berbuka puasa aku tadi. Tapi aku agak berpuas hati sebab berjaya membuat puding kastard xD Actually tak ada la susah sangat nak buat puding kastard ni. Sebelum ni aku ingat susah la nak membuat puding kastard tersebut. Tapi puding kastard aku tu ada spoil sikit. Dia punya kastard tu macam lembik sikit. Adatlah baru first time buat. Lepasni insya-Allah okay kut.


So far buat masa ni aku dapatlah senyum sikit. Kalau tak sebelum ni muka aku ni asyik masam je. Mana taknya, terlalu banyak masalah yang menyelubungi kepala aku ni. Tapi alhamdulillah semua tu beransur hilang. Cuma ada la sikit-sikit masalah kecik. Kalau tak ada masalah bukan kehidupan la namanya kan. Tak ada la cabaran dalam hidup ni. Aku bersyukur sangat-sangat sebab diberi kekuatan dalam menempuh semuanya sebelum ni. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur diatas semua kurniaan mu keatas diri ku.


Dengan kesempatan yang ada ni jugak aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Berpuasa ^_~


P/s: Yeah, aku agak berpuas hati dengan blog kesayangan aku ni sekarang . Ohh tak lupa jugak jika ada kesempatan aku akan bagi resepi untuk buat puding kastard tu. Aku akan sertakan dengan gambarnya sekali.

30 August 2010

Ketinggalan ke?


Salam. Heyy readers. Selamat malam.

Yeah, untuk jangka masa yang agak lama aku tak update blog ni. Idea aku memang dah kering habis dah. Sikit pun tak ada yang tinggal. Itu la salah satu sebab kenapa aku tak update blog kesayangan aku ni. Dalam jangka masa yang lama ni tak ada apa pun perkara menarik yang boleh aku kongsikan pada kau orang semua. Kehidupan aku berjalan seperti biasa. Cuma kurang sikit masalah yang sedia terbeban dalam kepala aku ni. Dapatlah aku menarik nafas lega untuk seketika waktu.


Hm, pejam celik pejam celik. Bulan ramadhan sudah pun hampir pada penghujungnya. Aku merasakan cukup pantas masa tu berlalu. Kalau boleh aku tak nak bulan ramadhan ni berakhir. Walaupun kena menahan diri dari makan dan minum. Bila bulan ramadhan berakhir ini bermaksud tahun 2010 jugak hampir pada penghujungnya. Aku masih belum bersedia nak menghadapi tahun 2011 yang bakal tiba tak lama lagi. Terlalu banyak kemugkinan yang akan berlaku nanti. Kuat ke aku aku nak hadapi semua tu nanti =(


''Okay okay, lupakan pasal semua perkara diatas. Nak cerita pasal benda lain pulak.''


Semalam time aku tengah bosan dan tak tahu nak buat apa aku pun meng'edit' la blog kesayangan aku ni. Entah kenapa aku bertukar angin untuk guna classic template pulak. Barangkali dah bosan kut guna XML template. Lagipun bila dah guna classic template ni rasa macam jakun sikit. Sebab blog aku nampak lagi comel kut. Ahaha * Puji blog sendiri xD Apa-apa pun aku agak berpuas hati dengan blog aku sekarang even nampak agak bored. Nanti aku try lah menggodek-godek blog ni lagi. Pheww ~


By the way, agak ketinggalan ke guna classic template ni? Apa pendapat kau orang ye?

24 August 2010

14 Ramadhan 2010

Kenapa asyik aku je yang nak kena berkorban. Fedup la macam ni

:( :( :(

Buat someone: Maaf kalau aku kata kau memang rampas dia dari aku. Sedangkan aku tahu kau memang tak ada niat macam tu. Tapi tu semua macam apa yang aku rasa. *SIGH*

23 August 2010

13 Ramadhan 2010

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Amin =(

*Sigh*

Tired of crying

T_T

22 August 2010

12 Ramadhan 2010

Heyy readers. Selamat tengah malam.
Time entry di post: 12.59 a.m


Wahh, lama dah tuan blog ni tak update blog. Entry yang terakhir tu pun ada bagitahu yang aku dah kehabisan idea untuk meng'update' blog ni. Yes, memang betul aku dah kehabisan idea. Tapi akhirnya aku buat keputusan untuk update jugak. Kesian pulak tengok blog ni dibiarkan terbengkalai macam tu je. Hari ni pun dah masuk hari yang ke-12 puasa, I guess. Entry ni jugak merupakan entry yang kedua aku tulis time puasa-puasa ni. Nampaknya jari-jari aku pun berpuasa time puasa ni. Ahaha!


Okay okay, dalam bulan puasa ni tak ada apa pun yang menarik boleh aku kongsikan pada kau orang semua. Semuanya berjalan macam biasa je. Cuma bulan puasa kali ni aku diduga dengan macam-macam dugaan. Haishh, penat aku nak menempuh semua tu dalam bulan puasa ni. Kalau dugaan yang ringan-ringan je tak apa lah. Ni dugaan yang amat berat untuk aku tempuh. Tapi apa je yang mampu aku buat. Aku kena jugak hadapi semua ni dengan hati yang redha.


Aku berharap sangat-sangat agar semua ni akan berakhir dengan cepat. Amin!!


Salam Ramadhan

14 August 2010

Kebuntuan

Maaf, sudah kehabisan idea untuk meng'update' blog

--------------------------

10 August 2010

Salam Ramadhan


Assalammualaikum. Selamat malam


Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa seperti tahun-tahun yang sebelum ni. Harap Allah jugak memberi kesempatan pada kita semua untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadi dikesempatan yang ada ni aku nak memohon maaf pada kau orang semua jika aku ada buat salah, terkasar bahasa, tersinggung perasaan mana-mana pihak dah sebagainya la. Terlalu banyak kesalahan yang dibuat oleh insan yang bernama Addina ni. Adatlah hidup sebagai seorang hamba yang lemah dimuka bumi ini. Yang tak lepas dari membuat kesilapan.


Jadi aku harap kau orang semua bolehlah memaafkan kesalahan aku jika ada. Halalkan lah mana-mana jika ada yang terlebih ke, terkurang ke. Mungkin tak disengajakan. So harapan aku pada Ramadhan tahun ni kita semua akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. dan dapatlah kita mengumpul sebanyak pahala dengan melakukan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ni. Jangan ada yang ponteng puasa dan solat terawih ye. Time ni lah kita nak kumpul amal ibadat sebanyak yang mungkin. Jadi akhir kata aku mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam!


Note: Haa dengar sini ye anak-anak. Bila puasa nanti jaga akhlak, jaga solat, jaga setiap pertuturan kata dan senang cerita semua kena jaga la. Yang paling penting jaga nafsu makan sewaktu membeli-belah dekat bazar ramadhan nanti. Jangan pergi main angkut semua makanan yang kau orang nak. Last-last pembaziran lah yang akan berlaku. Ingat, membazir itu adalah amalan syaitan. Jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal. Hehe.

05 August 2010

ERR =_=

Urgh, lately ni aku asyik rasa nak privatekan blog je. Apa entah yang tak kenanya. Tapi bila dah privatekan mesti nak bukak balik. Tak sampai sejam pun aku privatekan. Apa entah masalah kepala aku ni. Aku sendiri pun tak tahu. Haiyoo, lately ni jugak banyak benda yang aku rasa serba tak kena. Haishh, apa yang tak kena dengan semua ni? -,-


ERR, sakit kepala pulak =="

02 August 2010

Ting tong, perhatian

Heyy readers. Selamat petang [peace]


Blog telah dibuka semula. Sekian, terima kasih.

01 August 2010

Satisfied

Heyy readers. Selamat Petang


Okay actually tengah kebuntuan idea untuk meng'update' blog ni. Cuma apa yang ingin disampaikan di sini adalah aku telah pun men'delete' semua tutorial dan lyric lagu yang pernah wujud dekat blog aku sebelum ni. Sebab apa aku pun tak tahulah. Berkemungkinan jugak lepasni aku tak buat tutorial lagi. Mungkinlah. I'm not sure about that. Maaf diatas segala kesulitan yang berlaku. Thank you.


Ohh tak lupa jugak aku dah delete semua mesej dekat shoutbox tu. Maaf pada siapa-siapa yang ada request tutorial. Aku tak dapat nak buat tutorial yang kau orang mintak tu. Maaf jugak pada siapa-siapa yang aku tak sempat nak follow dan visit blog kau orang.

Private blog

Heyy readers,


Blog ni akan di'private'kan mulai hari ni. Tapi tuan blog ni pun tak sure bila blog akan dibuka semula. Jadi harap maaf atas segala kesulitan yang tak disengajakan. Terima kasih dan harap maklum =)