10 June 2010

Si kecik comel :)

Heyy readers. Selamat malam


Okay sebelum aku memulakan entry ni. Aku nak bagitahu awal-awal yang entry ni tak ada motif dan berkemungkinan aku akan merepek tak tentu pasal. So pada sesiapa yang tak berminat sila jangan mulakan pembacaan anda okay? :) Hm hari ni aku tak pergi mana-mana. Ye lah dah 2 hari aku keluar. So hari ni kiranya nak berehat dekat rumah jelah. Tak banyak aktiviti yang aku buat dekat rumah hari ni. Macam biasa lah facebook-ing. Tu pun main game je. Tak ada benda dah yang boleh dibuat.


Selain ber'facebook-ing' aku jaga adik-adik aku. Sebab my mum and adik aku yang form 3 tu keluar pergi mana entah. Tinggal la aku bertiga dengan budak-budak yang comel tu. Hehe. Sangat banyak dugaan yang aku hadapi time nak jaga budak berdua tu. Lagi-lagi yang si kecik 4 bulan tu. Tak boleh duduk diam betul. Dia nak cuba meniarap. Tapi tak dapat. Bila dia tak dapat tu mulalah dia marah dan terus menangis. Terpaksa lah aku melayan karenahnya. Yang si kecik 3 tahun tu pulak tak banyak karenah sangat tadi. Dia tidur je. Lepas dapat je botol susu terus tidur. Senang sikit kerja aku. Heh.


Okay okay, aku dah kehabisan idea. Sebelum aku menamatkan entry ni jom cuci mata dengan gambar si kecik 4 bulan dan si kecik 3 tahun tu. Hee~

Gambar kiri: si kecik 3 tahun :D Gambar kanan: si kecik 4 bulan :)