14 June 2010

Sickness

Heyy readers. Selamat Tengahari


Lama dah tuan blog ni tak berblogging. Akibat diserang demam dan serangan sakit perut yang teramat sangat. Sampai membuatkan tuan blog pun tak terdaya nak bangun. Serious sakit gila perut aku hari tu. Tak pernah aku rasa sesakit ni. Hari first mula sakit perut hari Jumaat lepas. Berlarutan sampai ke hari Sabtu. Hari Ahad tu dah tak berapa sakit. Tapi still tak boleh makan apa-apa. Kalau nak makan pun roti dengan bubur kosong yang tak berperisa tu. Heishh dah naik muak aku makan benda yang sama tiap-tiap hari.


Hm hari ni pun makan benda yang sama. Huhuhu ==" Tak apa tak apa. Sabar je. Dah sembuh nanti kau makan la apa yang kau nak dina. Asalkan lepasni kau jaga pemakanan kau dan jangan terlalu kerap ambil makanan yang pedas-pedas. Yes, sekarang ni aku berjaga-jaga sikit dengan setiap makanan yang aku ambil. Risau perkara yang sama akan berulang. Tak sanggup dah aku nak tanggung semua tu lagi. Sakit yang teramat sakit lah. Hanya Allah je yang tahu macam mana sakitnya. Tak tahu macam mana aku nak ungkapkan kesakitan tu.


Aku berharap sangat dapat sembuh dengan sepenuhnya dalam masa yang terdekat ni. Aku nak menjalani kehidupan macam orang lain. Buat masa ni nikmat makan aku diberhentikan buat sementara waktu. Lepas dah sembuh nanti baru lah nikmat makan aku tu dipulangkan semula. Hehe. Mungkin lah. Apa-apa pun pada korang semua jaga lah kesihatan dan diri masing-masing ye. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Kadang-kadang penyakit yang tak serious pun boleh jadi serious. Banyakkan minum air masak sebab air masak tu segala ubat untuk segala penyakit. So take care all!


Ohh tak lupa pada semua yang bagi pesanan dekat chatbox tu. Nanti lah aku balas semua pesanan korang tu ek. Sejak akhir-akhir ni aku malas betul nak pergi tengok chatbox tu. Hehe. Tapi aku ada la jugak pergi jenguk-jenguk blog korang. Cuma tak tinggalkan jejak je. Nanti bila-bila aku dah rasa rajin aku balas la yek. Hee, sorry.

2 comments:

deyla said...

kesian sys dieyna ,
hope sys cepat sembuh eh :D

Dieyna said...

terima kasih adik :)