09 June 2010

Sangat penat

Heyy readers. Selamat malam


Hari ni pergi keluar dengan kawan-kawan. Actually aku keluar ni pun sebab nak jumpa member lama. Dulu satu kelas dengan dia. Tapi dia dah pindah sekolah dekat Sarawak. So kiranya dia nak jumpa member-member dia yang masih bersekolah dekat sini la. So far keluar hari ni sangat menyeronokkan. Superbb okay :) Boleh dikatakan hari ni semua benda aku disupport. Antaranya makan dan tengok wayang. Aku tak keluarkan 1 sen pun harini. Kecuali untuk tambang bas lah. Tu pun tak berapa sangat lah. Seringgit je kut. Tak luak mana lah heh.


Tadi kita orang tengok wayang cerita " Kecoh Betul ". Hasil lakonan Nabil (Raja lawak), Saiful Apek, Diana Danielle dan ramai lagi lah. Aku pun tak ingat dah siapa. Cerita ni banyak aksi jugak lah. Lawak dia tak payah cakap lah. Memang lawak habis hahaha. Serious best gila. Dalam lawak-lawak tu jugak ada lah part yang agak-agak romantik gitu heh. Lagi-lagi time Nabil dengan Diana Danielle tu. PEH sweet gila ouh dia orang ni. Dia orang ni memang ada kimia (Chemistry) lah. Hekhek. Walau apa pun tadi memang berbaloi lah tengok cerita ni. Dia tak menghampakan aku dan tak sia-sia duit kawan yang belanja aku tu :P


Dalam best-best tu jugak ada something yang tak best terjadi. Tadi sebelum nak balik sempat lah jugak member-member aku yang lain pergi main boling. Aku malas nak main. Jadi tukang tengok jelah. Aku mana lah ada skill nak main boling ni. Kang tak pasal-pasal ada pulak yang jatuh terlentang time nak baling bola boling tu. HAHA. Tak ke malu tu. Tak sanggup aku ==" Okay okay, benda yang tak best tu ialah time nak balik. Serious aku sakit hati gila dengan bas rapid. Bayangkan dari pukul 4.30 sampai lah hampir ke pukul 5 lebih bas tak sampai-sampai. Okay fine lah, bas memang banyak. Tapi bas yang nak pergi ke serdang tak ada. Aku pun dah macam what the ****. Sedangkan bas yang kita orang naik time nak pergi tu memang ada. Tapi dia cakap nak pergi Kuala Lumpur. Takkan nak naik pulak. Kang sampai ke Kuala Lumpur lah pulak aku. Last-last aku mesej boyfie aku suruh ambil. Dalam pukul 6 macam tu baru dapat balik. Punya lah lama tunggu dekat situ. Heishhh -,- Time aku dah balik tu hati aku memang lega gila lah. Huishhh. Okay okay, jom cuci mata dengan gambar-gambar yang tak seberapa ni. Hehe.

Yeah cerita ni memang gempak xP * Pada aku lah. Hee~

Ni member aku yang sekolah dekat Sarawak tu. Sorry gambar ni blur. Heh

Yang ni pun member aku jugak. Dia ni sama kelas dengan aku. Tadi kita orang berdua je perempuan. Yang lain-lain semua lelaki

Yang ni member kelas sebelah je. Hehe. Gambar ni pun blur jugak.

2 comments:

.imah. said...

bas rapid mmg macam tu.
rasanya 1/5 je yg balik serdang.
setiap kali tunggu bas kat KTM tu mmg bengang gile! :O

Dieyna said...

ek? tadi 1/5 pun tk nampak.
tu lah pasal. mmg bengang gila lah.
berjam-jam duduk kat bus stop td.
ramai pulak tu. majoriti semua nak balik serdang. hoho