16 June 2010

Day dreaming


Heyy readers. Selamat malam


Okay disebabkan aku tengah tak berapa nak ada idea untuk update blog ni. So, aku membuat keputusan untuk mengajak kau orang semua ber'day' dreaming sama-sama dengan aku. Hehehe. Aku selalu berangan pasal aku ni dah dewasa. Lepastu kerja bagus, banyak duit, rumah besar dan senang cakap lah serba sempurna lah semuanya. Bila pergi shopping ke aku main angkut je apa yang aku nak. Tak payah nak fikir benda tu mahal ke, apa ke. Tak perlu nak fikir dua tiga kali bila nak beli sesuatu benda tu. Then ada driver. Cakap je nak pergi mana terus dapat pergi tempat yang nak dituju tu. Bestnya lah, heh.


Rumah pulak of course aku nak rumah banglo. Ala-ala rumah artist luar negara tu. Then aku nak laman dia mesti besar sebab nanti aku nak buat taman. Ala-ala macam taman inggeris gitu. Cehhh. Yang penting aku nak style rumah aku ni modern. PEH syok gila kut. Bilik aku pulak nak warna tema dia hitam putih atau hitam biru. Warna favourite tu, hee. Katil size queen je. King macam besar sangat pulak. Tidurnya sorang je hehe. Lepastu ada satu bilik khas untuk aku letak koleksi kasut-kasut, handbag, baju, barang-barang perhiasan diri, perfume dan seangkatan dengannya lah. Panjang berjela lah pulak aku nak listkan. Heh. Senang cerita rumah aku ni perfect la. Siapa yang pergi confirm tak nak balik. HAHA xD


Lepastu aku suka berangan time aku dah kahwin nanti * part ni macam gatal sikit. Hikhik. Aku nak anak paling banyak pun 5 lah. Then anak-anak aku semua comel-comel hehe. Ikut macam mama and papa dia lah. Hantar dia orang pergi sekolah. Masakkan untuk dia orang. Bawak dia orang pergi jalan-jalan. Bawak dia orang pergi shopping. Banyak lagi lah. Mesti seronok bila dah bergelar ibu nanti kan. Hehe. Tak sabar rasanya nak lalui semua tu satu hari nanti. Bahagia rasanya. Lagi-lagi bila dapat tengok dia orang membesar depan mata sendiri. Heh. Aku ni cakap macam dah ada pengalaman je. Kui kui kui.


Okay okay, I think I should stop now. Kalau dilayan makin menjadi-jadi lah budak ni berangan. HAHA. Yess, ni lah salah satu hobi yang aku suka buat bila dah tak tahu nak buat apa. Patut lah makin banyak jerawat dekat dahi aku ni. Kuat berangan punya pasal. Ngeh ngeh. Macam budak-budak punya perangai. Haiyoo -_-"

6 comments:

idhzaty farid said...

ahahaha i pulak pk nak kahwen cepat(;

n.a.n.a said...

hihihi. seronok kan ble berangan.jdik mcm minah jenin.hik3

Bongkar sifat peribadi melalui tulisan

Dieyna said...

haha, sometimes i pun ada jugak fikir mcm tu.

Dieyna said...

hehe, betul2. berangan ni mmg seronok.

The Perfect Girl said...

Ceh,...kak dieyna kawhin ngan saper tu???ehehehe

Dieyna said...

hehe entah lah :)
siapa2 yg bakal jadi suami akak laa kut.