15 June 2010

Dah sihat + sedikit nasihat untuk semua

Heyy readers. Selamat malam


Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab akhirnya aku dah pun sembuh dari sakit yang aku hadapi sebelum ni. Yes satu penantian yang amat menyeksakan buat aku. Sejak aku sakit hari tu aku dah tersedar dengan banyak benda. Iaitu kesedaran tentang betapa pentingnya air masak. Tanpa air aku rasa sakit aku ni takkan sembuh. Aku jugak tersedar bahawa pentingnya untuk kita menjaga kesihatan diri masing-masing. Bila dah sakit tu memang payah lah. Satu apa pun tak boleh buat nanti. Time tu lah baru nak menyesal itu ini.


Jadi pada kau orang diluar sana tu jaga lah kesihatan ye. Kesihatan tu adalah satu perkara yang amat penting sekali. Bila dah sakit baru kau orang akan menghargai semua tu. Jadi sebelum terlambat baik kau orang jaga diri baik-baik. Selain dari menjaga pemakanan. Banyakkan minum air. Air tu yang menjadikan badan kita sentiasa sihat. Air tu yang membersihkan segala kotoran-kotoran atau segala bahan asid yang terdapat dalam badan kita. Ia juga membekalkan oksigen yang banyak untuk badan kita. Lalu ia memudahkan segala proses yang berlaku dalam badan kita.


Sejak dah baik dari sakit ni. Aku betul-betul mengambil berat tentang semua yang aku makan. Kurangkan minum air yang manis-manis. Makan benda yang berkhasiat. Jangan terlalu banyak makan makanan yang pedas, berminyak, berlemak dan macam-macam lagi lah. Semua tu yang akan menyukarkan proses yang berlaku dalam badan kita semua. Bila ia dah sukar nak proses semua tu macam-macam sakit lah yang datang nanti. Sakit perut lah, cirit-birit dan sebagainya. Jadi diingatkan sekali lagi pada kau orang semua jaga lah kesihatan diri masing-masing dengan sebaik yang mungkin =)


Entry ni macam ala-ala doktor gitu, ecehh. Perasan kejap. Heh xP

8 comments:

deyla said...

sys mcm dktor plk ;D
alhmdulillah sys sudah smbuh (:

Dieyna said...

hehe, alhamdulillah :)

n.a.n.a said...

btol2 kna la jaga kesihatan sbb mencegah lebih baik dari merawat. ubat pun mahal je harga. baik guna utk shoppng. haha

Perang BUTTER

Dieyna said...

hehe :)

diyana said...

jaga diri elok-elok k

dyana-lilo.blogspot.com

Dieyna said...

okay, terima kasih

AesyaZealous said...

tq doktor! hehehe

Dieyna said...

hehe, sama-sama :)