23 May 2010

kawan, berilah aku 1 peluang lagi


kawan, aku mintak maaf untuk selama ni. aku tahu memang aku tak faham kau. tak pandai jaga hati kau. sampai bila keadaan ni akan berlarutan. aku tak sanggup lagi dah nak tanggung semua ni. even aku banyak sakit hati pun aku tak kisah semua tu. tolong lah bagi aku satu peluang lagi. aku nak persahabatan kita macam dulu. tolong lah wey, kita dah berkawan lebih 5 tahun. takkan kau nak lepaskan macam tu je persahabatan kita. aku tak sanggup wey. serious tak sanggup. tak kisah lah kalau aku sakit hati pun. yang penting aku tak nak kehilangan persahabatan kita ni.


tolong lah. aku merayu sangat dengan kau. aku nak kita semua berkawan macam dulu. saat kita semua bergelak tawa sama-sama. takkan kau dah lupakan semua tu. aku tahu kau takkan lupakan semua tu kan? kau maafkan lah aku. tak kisah lah dalam hal ni siapa pun yang salah. aku nak kita lupakan apa yang terjadi dan berkawan macam biasa. aku tak nak ada jurang antara kita. aku tarik balik kata-kata aku. waktu tu aku betul-betul stress. aku cakap ikut sedap hati aku je. aku tak boleh nak berfikir dengan baik masa tu. aku mintak maaf. tolonglah maafkan aku.


aku tak suka bila keadaan kita tak bertegur sapa waktu dekat sekolah. kalau ikut hati aku memang aku nak tegur kau. tapi aku takut. aku takut kau bencikan aku. tolong lah wey. aku tak nak keadaan ni berlarutan. cukuplah, aku betul-betul terseksa. kalau boleh aku nak tamatkan benda ni secepat mungkin. aku baru nak mengecapi kebahagian. tapi kalau aku tak bahagia dengan kawan-kawan aku pun tak guna jugak bukan. aku dah penat nak gaduh lagi. aku dah penat nak menyalahkan antara satu sama lain. kita tamatkan benda ni ye kawan? aku mintak maaf. tolong maafkan aku dan berilah aku peluang. terima kasih kawan!



entry ni khas buat sahabat yang aku sayang. harap dia dapat maafkan aku.

2 comments:

♥Raidatul Auna said...

nape nih?

Dieyna said...

ada prob sikit dgn kawan sy.