26 April 2010

Resepi ( Tartlet Buah-buahan )

Tartlet Buah-buahan

Bahan :
Pastri Rapuh
100 gm tepung gandum
50 gm lemak beku
25 gm gula halus
1 biji kuning telur
2 camb air ais

Kastard
250 ml susu UHT/susu kotak/susu cair - Bahan A
1 camt marjerin/mentega - Bahan A
1 camb tepung gandum - Bahan B
1 cams tepung jagung - Bahan B
1 biji kuning telur - Bahan B

Hiasan
3 biji anggur hitam ( segar )
2 keping nanas tin ( bulat )
1 keping buah pic/kiwi/ceri

Glis
1 camt tepung jagung - Masak hingga jernih
150 ml sirap buah-buahan - Masak hingga jernih


Menyedia dan memasak
1. Timbang tepung, lemak dan gula
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk adunan
Masukkan lemak ke dalam tepung. Potong lemak kepada ketulan kecil dalam tepung dengan menggunakan pisau pelepa
4. Gaul ramas tepung dan lemak menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan gula halus
5. Buat lubang ditengah tepung, masukkan air ais yang telah disukat bersama kuning telur
6. Gaul adunan dengan menggunakan pisau pelepa hingga rata. Teruskan menggaul adunan dengan menggunakan hujung jari untuk menghasilkan doh
7. Tutup mangkuk adunan dengan kain maslin dan rehatkan doh selama 10 atau 15 minit
8. Canai doh pastri setebal 2-3 mm sebelum diterap
9. Terap dengan penerap pastri
10. Alas petitin/acuan tartlet dengan pastri. Cucuk bahagian pastri dengan garpu
11. Bakar pastri pada suhu 150 darjah celcius atau gas regulo no. 2 selama 15-20 minit sehingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan pastri atas redai
12. Menyediakan kastard
a) Kacau bahan B hingga sebati dalam mangkuk adunan
b) Panaskan bahan A, kemudian curahkan ke bahan B. Kacau rata
c) Masukkan bancuhan dalam periuk. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga pekat

Menghias
Cara menghias Tartlet Buah-buahan
a) Tuang kastard dalam pastri
b) Susun buah-buahan yang sudah dipotong di atas kastard
c) Glis permukaan Tartlet Buah-buahan dengan bahan glis


selamat mencuba! :)

6 comments:

ema.razali said...

macam sedap . nyum3 ;p

Dieyna said...

hehe, try lah buat :)

----->=_=hOt ChOcOlAte! said...

mesti sedap kan ?
wah , nk try la .. haha
:DD

Dieyna said...

hehe, try la :)
nanti kalau dah jadi inform la kat sis. hee~

Nash said...

hey2....dtg la tgk blog abg...hahaha...bru update...hahah...dah pandai cikit2...haha...nnt nk dina ajar kan leh???hahaha

Dieyna said...

ohh, bagus lah :)
boleh je. hehe