05 April 2010

dugaan lagi



salam. hello.


lama dah tak update blog ni. tak ada cerita menarik yang boleh di kongsi dekat sini. dalam beberapa hari ni hidup aku memang di duga dengan dugaan yang amat hebat sekali. sehinggakan aku sendiri pun tak mampu nak hadapinya. tapi nak tak nak aku kena teuskan hidup yang amat sukar bagi aku ni. redha lah dina dengan apa yang telah dikurniakan untuk kau. mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Allah duga kau macam ni. mungkin dia ingin memberikan petunjuk pada kau walaupun kau masih lagi belum menjumpai petunjuk itu. sabar lah wahai addina -,-


seperti yang korang sedia maklum, entry aku yang terakhir ada bercerita tetang dimana purse aku telah hilang entah ke mana. lenyap dari pandangan mata sehingga aku sendiri tidak tahu dimana ia berada. adakah korang masih ingat pada entry itu? pada yang masih ingat tu tahniah diucapkan pada diri anda. pada yang belum lagi silalah berusaha lagi ya. okay okay, so hari ni aku nak cerita lagi pasal purse tu. okay lah aku pendekkan cerita je. rasa malas dah mula menular dalam diri ini untuk menaip dengan lebih panjang lagi.


yang sebenar-benarnya aku dah dapat semula purse aku tu. terima kasih lah pada siapa-siapa yang telah terjumpa dan memulangkannya semula pada aku. aku sendiri tak tahu siapa yang jumpa purse tu. tahu-tahu je tadi waktu katering ada seorang member aku ni dia terus bagi purse tu lepas dia tanya yang purse tu milik aku ke tak. hanya Allah je yang tahu perasaan aku waktu tu. ada jugak terselit rasa gembira. tapi pada waktu yang sama rasa sedih jugak hadir tiba. mana taknya kad pengenalan dan kad SSPN aku lenyap semuanya. hancur sungguh hati aku waktu tu.


jika benarlah ada diantara siapa-siapa yang ambil kad pengenalan dan kad SSPN aku tu, apalah yang hendak mereka buat. tak ada kepentingan pun dua-dua kad tu untuk mereka ambil. tetapi di dalam hal ni aku tak ada lah nak tuduh siapa-siapa. aku merayu sangat, pulangkan semula dua-dua kad tu kalau boleh. tak ada makna pun kalau korang pulangkan purse tapi dua-dua kad yang penting tu tak ada. serupa je macam korang tak pulangkan. jika hati korang betul-betul keras untuk pulangkan tak mengapa. aku tak paksa. tapi korang menantilah apa balasan Allah pada korang jika benar ada diantara mereka yang ambil. aku akan sentiasa berdoa pada Allah S.W.T. dan aku akan cuba menjadi seorang yang tabah. insya-Allah.

2 comments:

Dreaming Fun said...

Aku dah ikut blog awak, nanti awak tolonlglah follow balik blog saye.

Dieyna said...

okay.