14 March 2010

selamat bercuti

( gambar diambil di DeviantArt )

Assalammualaikum.


lama kut tak update blog ni -,- rasa malas telah mula menakluki dalam diri ni. ecehh HAHAA. act tak ada idea lah nak update apa. serious otak ni kosong untuk merangka ayat dekat blog ni. kesian blog ni terbiar. ish ish ish. ehh, sekarang dah cuti sekolah kan? happy holiday yeah untuk korang. ketinggalan zaman kan? orang lain dah wish lama dah. aku baru terhegeh-hegeh nak wish. haiyoo -,- HUA HUA HUA.


cuti sekolah kali ni banyak homework kut kena buat. haishh -____- tu tak campur lagi nak buat folio untuk subject bahasa melayu. first time bahasa melayu ada folio. banyak pulak tu isi nak kena cari. bayangkan satu buku teks tu kena dihurai-huraikan. bukan sikit pulak tu. dari bab 1 sampai lah bab 11. aigooo ==" setiap bab ada lah tajuk tajuk kecik dia. pening kepala memikirkan pasal folio bahasa melayu ni. cikgu bagi tempoh sebulan untuk siapkan. yes memang lama. tapi tu tak campur dengan homework yang bertimbun-timbun tu.


next week hari selasa maybe keluar dengan my dear. dia ajak tengok wayang. but tak tahu nak tengok cerita apa. masih lagi dalam proses perbincangan. CEHH, tak boleh blah je ayat hahaha. dah lah tengah tak masyuk ni. so nampaknya my dear kena belanja lah. HOHO :O segan kut bila ada orang yang nak belanja kita. tapi kalau kawan-kawan tu tak ada lah segan sangat. next week jugak hari rabu ada reunion dengan budak budak time darjah 6 dulu. heishh, tak sabar nak jumpa kawan kawan lama :) reunion tu just buat dekat mines je. aku ni tak lepas nak pergi jauh jauh. ibu tak bagi. setakat alamanda dengan mines tu lepas lah. and aku suruh my dear yang hantar nanti. hihi.


so sampai sini jelah kut. byebyeee and happy holiday again! :D