28 March 2010

aku teringin rasa bahagia



Salam. Hello.


title yang agak macam apa je kan? heh, layan jelahh. seperti title dekat atas tu apa yang aku cuba ingin sampaikan adalah aku pun teringin jugak nak rasa bahagia macam orang lain. aku tak kata lah yang hidup aku ni tak bahagia. bahagia tu bahagia lah jugak. tapi bahagia dia tu macam hambar je. kadang-kadang tu bahagia, kadang-kadang tak. tapi aku merasakan lebih banyak tak dari ya. tapi dalam hal ni aku tak salah kan mana-mana pihak pun. aku tak ada pun niat nak buat siapa-siapa terasa. mungkin dalam hal ni jugak aku sendiri yang buat silap.


sebab kenapa aku sendiri yang tak cuba untuk buat diri aku bahagia. kenapa aku mesti nak tunggu orang lain yang membahagiakan aku. aku tak ada lah nak menafikan yang tak ada orang yang cuba untuk buat aku bahagia. memang ada. cuma aku ni jenis yang tak menghargai orang tu. kadang-kadang tu aku buat tak tahu je. memang langsung tak fikir perasaan orang lain. aku hanya mementingkan diri sendiri. memang ramai sebenarnya yang cuba buat aku gembira. mereka sentiasa ada disaat aku bersuka dan duka. tapi kenapa tu semua masih belum cukup untuk buat aku bahagia?


aku sendiri tak tahu apa yang aku cuba cari dalam hidup aku. aku tak tahu apa yang cuba aku kejar dan capai selama ni. aku seolah-olah tak ada matlamat hidup aku. aku hanya berjalan mengikut langkah kaki aku tanpa hala tuju. jika ke kiri lah kaki aku melangkah, ke kiri jugak lah yang akan aku pergi. jika ke kanan kaki aku melangkah, ke kanan jugak lah yang aku pergi. begitu jugak dengan yang seterusnya. apa matlamat aku sebenarnya? kenapa begitu sukar untuk aku cari matlamat hidup? lebih sukar dari menjawab soalan SPM yang bakal aku duduki pada tahun 2011 nanti.


aku merasakan yang hidup aku kosong. tanpa ada apa-apa erti di dalamnya. terasa bagai tidak berbaloi hidup di dunia dalam keadaan begini. terasa bagai tiada erti kehidupan itu. bukankah sia-sia je hidup sebegini. tapi aku tak lah nak mendoakan benda-benda yang tak elok. jika ada rezeki aku hidup panjang alhamdulillah. jika tidak aku terpaksa redha dengan apa yang sudah tertulis untuk aku. ajal dan maut di tangan Allah. aku tak mampu nak lari dari semua tu. apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa kepada Allah S.W.T.


err entry kali ni macam ter'emo' sikit -,-

2 comments:

Cutiesifa said...

act, currently, i have the same situation like yours..x tahu apa nak buat, selfish, x th nak bahagiakan org..but i try to make my life beautiful like before..

hope we can make it!!! :D

p/s: awk msh muda, happy2 ya :D

Dieyna said...

yeah, thank you :)
hope we can make it!