31 March 2010

bad day


salam. hello.


hari ni adalah hari yang teramat lah malang bagi aku. walaupun hari ni ujian setara 1 dah pun habis aku langsung tak rasa happy. act memang nak happy pun tapi disebabkan dah ada something yang terjadi terus hari ni bertukar menjadi hari yang paling malang dalam hidup aku. okay lah, straight to the point je. aku pun tak berapa nak ada mood untuk menaip panjang berjela -,- hari ni bertukar menjadi hari yang malang sebab purse aku hilang entah ke mana.


memang macam pffft lah. entah macam mana boleh hilang. yang aku tahu kali terakhir purse tu ada dalam bag sekolah aku. memang aku tak keluarkan langsung. tahu-tahu je tadi time aku nak ambil buku untuk study test sejarah aku dah rasa pelik. mana pulak purse aku pergi. tapi time tu tak risau sangat lah. sebab aku fikir purse tu tertinggal dekat rumah ke. so just buat tak tahu jelah. so setelah sampai je dekat rumah aku pun terus lah mencari purse tu. what the ****! purse aku tak ada. time tu lah baru aku tahu purse aku hilang. dah lah ada i.c dengan kad SSPN. lari seluruh semangat dalam badan aku ni. so malam ni nak pergi buat police report pasal i.c. esok pulak nak buat i.c baru. heishh, dugaan-dugaan -________________________-


kalau lah ada siapa-siapa yang ambil purse aku tu memang hidup dia takkan tenang sampai bila-bila. hidup dia tak bahagia macam orang lain. nasib aku tak sumpah-seranah orang yang ambil tu -,- aku masih lagi mempunyai rasa belas kasihan. kasi chance lah dekat orang yang ambil tu berubah setelah diberi balasan oleh Allah S.W.T.

30 March 2010

susah kut



Salam. Hello.


alhamdulillah aku dah lepas paper hari ni. test untuk subject hari ni ialah mathematic, perdagangan dan pendidikan islam. test mathematic hari ni aku rasa soalan dia not bad lah. boleh dikatakan macam senang. tapi aku tak berani lah nak cakap senang. tengok-tengok nanti tak lulus. tak ke merana nanti. paper mathematic tadi aku ada tinggalkan 5 soalan. ni pun ada kena mengena dengan masa. yang paling-paling aku rasa rugi sekali time dekat soalan venn diagram. dia suruh lukis venn diagram tu. tapi aku tak sempat nak buat. rugi je tahu. markah dah terbuang macam tu je -,- huhuhu.


masa nak jawab test perdagangan lagi lah. ada yang kata test perdagangan esok. tup tup lepas rehat. PEH! nasib dah baca HEHE. tu pun tak baca semua lah. baca ala kadar je. tu pun alhamdulillah bukan soalan esei atau pun soalan subjektif. semua soalan objektif. cikgu macam tahu-tahu je kitorang tak sempat nak baca. sayaaaaanggg cikgu lah! HAHAA. geli je aku baca :P:P:P harap-harap lulus lah test perdagangan aku. amin!


hm, test pendidikan islam? serious aku cakap susah gila! (T_T) objektif ada 20 soalan je. tu pun entah betul entah tidak. soalan subjektif toksah cakap lah. terlampau susah. aku tak ingat berapa soalan yang aku tinggalkan. soalan yang aku jawab pulak tak tahu lah betul ke tak. tu main jawab je. asalkan tak banyak kosong. tapi aku dah target awal-awal dah. test pendidikan islam aku mesti fail. sobsobsob -________________________- nak buat macam mana kan. kalau dah fail redha jelah. kena lah usaha lebih lagi lepasni. ** awal-awal lagi dah give up. haiyoo -,-


hope sangat yang test kali ni lebih banyak lulus dari tak lulus. insya-Allah, amin.

29 March 2010

kenapa masa sikit sangat?



Salam. Hello.


tadi telah bermulanya lah ujian setara 1. subject hari ni bahasa melayu, landskap/katering, english dan science. hm bagi aku semua soalan hari ni boleh tahan lah. tak berapa susah sangat. tapi yang aku geram sangat sekarang ni kenapa setiap satu kertas tu mesti aku tak cukup masa nak siapkan. masa kertas bahasa melayu tadi kena buat rumusan. tengah syok-syok buat rumusan tu cikgu cakap masa tinggal lagi 5 minit. PEH! aku dah gelabah gila dah. sebab soalan kefahaman aku tak buat lagi. so apa lagi aku petik-petik jelah jawab soalan kefahaman. last-last cikgu bagi masa sampai habis subject dia. macam see-oat je. aku dah kelam kabut bagai baru nak cakap -,-


soalan katering pun not bad lah. tapi time nak jawab soalan katleri tu aku dah macam blur-blur sikit. aku terlupa pulak apa nama-nama dia. so aku jawab apa yang aku tahu jelah. then aku pergi ke muka surat yang terakhir. dia ada suruh kira kos bahan. serious banyak gila nak m***. kalau tak silap ada 16 bahan yang nak kena kira. PEH! menguji sungguh soalan tu. aku buat sampai penuh kertas aku tu. tu pun entah betul entah tidak aku kira kos bahan dia. lepas dah kira kos bahan apa semua aku buat soalan yang dia suruh kira kos jualan. yang tu pun tak tahu lah betul ke tak. time dah syok-syok mengira cikgu cakap masa tinggal dalam 10 minit lagi kalau tak silap. PEH! apa lagi. kelam kabut aku siapkan soalan dekat muka surat tengah-tengah pulak. aku main petik je jawab HUHU. hope lulus lah. amin.


time jawab ujian english mula-mula tu okay lah. soalan boleh dikatakan agak senang lah. tapi bila dah sampai dekat section mana tah ni aku dah mula pening kepala. petikan yang dia bagi gila lah panjang. then lepas dah baca semua petikan tu kena lah jawab soalan yang dia bagi. boleh tahan lah soalan dia. semua jawapan dia dekat dalam petikan yang dah diberi. tapi disebabkan dekat section ni lah aku tak sempat nak jawab section literature. macam see-oat je tahu. section literature lah paling senang nak dapat markah. yang aku sempat buat time dekat poem " In The Midst Of Hardship ". tu pun tak semua. dalam 2 atau 3 soalan je kut yang sempat. time dekat short stories " QWERTYUIOP " tu lagi lah. langsung aku tak buat apa-apa. serious tak sempat. tahu-tahu je cikgu cakap masa tinggal lagi 1 minit. nak buat apa bendanya. haishhh -_________-


ujian science pulak okay-okay je. yang ni aku terlebih cukup masa pulak buat. padahal soalan dia tak lah senang sangat. tapi aku boleh siapkan sebelum masa dah tamat. siap sempat tidur lagi HOHO. lepastu bangun sambung balik jawab kertas science. tu pun ada masa lagi yang tinggal. sampai aku dah tak tahu nak buat apa. time kertas science ni aku ada tinggalkan 4 soalan. serious aku memang dah tak tahu nak jawab apa. nak petik-petik pun tak tahu. so terpaksa lah ditinggalkan. hope sangat ujian science aku lulus. amin!


walau apa pun aku berharap sangat-sangat agar semua paper yang aku jawab hari ni lulus. kalau dapat lulus cukup-cukup makan tu pun jadi lah. tapi kalau nak dapat lebih dari cukup-cukup makan pun apa salahnya kan HEHE. insya-Allah :)

28 March 2010

aku teringin rasa bahagia



Salam. Hello.


title yang agak macam apa je kan? heh, layan jelahh. seperti title dekat atas tu apa yang aku cuba ingin sampaikan adalah aku pun teringin jugak nak rasa bahagia macam orang lain. aku tak kata lah yang hidup aku ni tak bahagia. bahagia tu bahagia lah jugak. tapi bahagia dia tu macam hambar je. kadang-kadang tu bahagia, kadang-kadang tak. tapi aku merasakan lebih banyak tak dari ya. tapi dalam hal ni aku tak salah kan mana-mana pihak pun. aku tak ada pun niat nak buat siapa-siapa terasa. mungkin dalam hal ni jugak aku sendiri yang buat silap.


sebab kenapa aku sendiri yang tak cuba untuk buat diri aku bahagia. kenapa aku mesti nak tunggu orang lain yang membahagiakan aku. aku tak ada lah nak menafikan yang tak ada orang yang cuba untuk buat aku bahagia. memang ada. cuma aku ni jenis yang tak menghargai orang tu. kadang-kadang tu aku buat tak tahu je. memang langsung tak fikir perasaan orang lain. aku hanya mementingkan diri sendiri. memang ramai sebenarnya yang cuba buat aku gembira. mereka sentiasa ada disaat aku bersuka dan duka. tapi kenapa tu semua masih belum cukup untuk buat aku bahagia?


aku sendiri tak tahu apa yang aku cuba cari dalam hidup aku. aku tak tahu apa yang cuba aku kejar dan capai selama ni. aku seolah-olah tak ada matlamat hidup aku. aku hanya berjalan mengikut langkah kaki aku tanpa hala tuju. jika ke kiri lah kaki aku melangkah, ke kiri jugak lah yang akan aku pergi. jika ke kanan kaki aku melangkah, ke kanan jugak lah yang aku pergi. begitu jugak dengan yang seterusnya. apa matlamat aku sebenarnya? kenapa begitu sukar untuk aku cari matlamat hidup? lebih sukar dari menjawab soalan SPM yang bakal aku duduki pada tahun 2011 nanti.


aku merasakan yang hidup aku kosong. tanpa ada apa-apa erti di dalamnya. terasa bagai tidak berbaloi hidup di dunia dalam keadaan begini. terasa bagai tiada erti kehidupan itu. bukankah sia-sia je hidup sebegini. tapi aku tak lah nak mendoakan benda-benda yang tak elok. jika ada rezeki aku hidup panjang alhamdulillah. jika tidak aku terpaksa redha dengan apa yang sudah tertulis untuk aku. ajal dan maut di tangan Allah. aku tak mampu nak lari dari semua tu. apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa kepada Allah S.W.T.


err entry kali ni macam ter'emo' sikit -,-

thanks yeah :D

( gambar diambil di iStockphoto )

Salam. Hello


haishh dah lama blog aku yang comel ni tak mendapat award. HOHO perasan sungguh blog dia comel xP tup tup hari ni ada jugak orang yang sudi nak bagi. siapa yang baik hati bagi aku award tu kan? okay okay, straight to the point jelah yeh. malas aku nak menaip panjang panjang. thanks to Ema cause sudi bagi award ni okay :)






dalam satu hari dapat dua sekali gus. CEH! bangga lah ni. hahaha jakun gila minah ni. gelabah je :P:P


1) Thank & link the person that gave you the award
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award
4) State seven things about yourself


7 things about me :
anak sulung dari 5 orang adik beradik.
SPM candidate 2011.
suka benda yang comel comel.
tak berapa suka dengan budak budak. HOHO :O
fanatik dengan warna hitam dan biru.
seorang yang amat pemalu *gelak comel :)
degil dan keras kepala.


aku bagi award ni dekat siapa siapa je yang nak award ni :) tapi kalau nak ambil tu inform lah dekat aku dulu okay? hehe.

27 March 2010

Happy weekend



Salam. Hello.


hui, korang buat apa je weekend ni? ada pergi jalan mana mana ke? aku weekend ni tak pergi mana pun. duduk terperap dekat rumah jelah -,- bosannnn. lagi lagi next week dah nak ujian setara 1. tak ada mananya lah nak berjalan jalan bagai ni. ditambahkan lagi dengan kewangan yang agak tak seberapa nak bagus ni atau dalam bahasa bisnes bankrup. tragis sungguh bukan? (T_T) aku ni nama je dah nak ujian. tapi buku langsung tak bukak. bhahaha, sangat bagus anak dara seorang ni. jangan dicontohi perangai sebegini rupa. haiyooo -,-


hari ni jugak merupakan hari yang agak bosan bagi aku. tak ada ke something yang interesting boleh dibuat. nak on myspace atau facebook dah bosan tahap gunung everest tu. nak main game dekat facebook lagi lah. rasa macam nak terjun lombong je muahaha. serious bosan gila macam nak mati. ni menunjukkan betapa bosannya aku HUHU :'( kalau nak keluar pun nak pergi mana je. macam boleh haishh. macam harapan jelah nak keluar. kalau nak berangan pulak nak berangan pasal apa. tak ada idea pulak. kalau sebelum ni punya banyak idea. tapi sekarang dia dah berlari keluar dari kotak minda aku dan dia dah tak nak balik ke kotak minda aku semula. merajuk agaknya HOHO. tak tahu aku apa motif dia nak merajuk -,-


berdebar debar pulak bila memikirkan ujian setara 1 minggu depan. wish me luck okay? :) thanks a lot!

24 March 2010

Ohh dugaan



Assalammualaikum.


hoi, lama dah aku tak update blog ni. dah jadi blog terbiar dah. kesian kau kan wahai blog yang tercinta * tercinta ke? HOHO. sejak akhir akhir ni idea kering lah. sikit pun tak ada idea langsung nak update blog ni. ditambah dengan masalah yang tanpa henti tu. lagi lah hilang mood aku nak berblogging. hari tu ikutkan hati nak private kan blog ni. tapi kesian pulak dekat siapa siapa yang rajin baca blog aku ni * ada ke yang rajin tu. HUAHUAHUA. tak kisah lah sama ada silent reader ke. kesian lah jugakkan.


hari ni tak ada apa kut yang menarik. semua macam biasa biasa je -,- cuma hari ni aku gaduh dengan my dear. aku pun tak tahu lah apa punca kitorang gaduh. tapi aku rasa dalam hal ni aku yang salah. tapi my dear pulak yang beriya-iya minyak maaf. aku tak tahu lah kenapa hati aku ni keras sangat macam batu. aku ni memang jenis yang susah nak mintak maaf. tapi aku jugak jenis yang senang memaafkan. nak buat macam mana kan. dah nasib dapat perangai sebegini rupa. nak ubah tu teramat lah sukar (==")


tadi time aku ambil adik aku dekat sekolah agama aku terjumpa my dear. dia pun ambil adik dia jugak. tapi time tu aku tengah mesej dengan member kelas aku. dia tegur aku. tapi aku boleh cakap macam ni "...ishh, awak ni sebok jelah...". serious aku memang tak sangka akan cakap macam tu. so my dear terus blah and pergi ambil adik dia. lepastu aku ada dapat satu mesej. mesej ni my dear yang bagi. tapi aku tak ingat dah apa yang dia tulis. sebab aku dah delete mesej tu.


aku ni jenis yang bila bergaduh aku akan padam semua mesej orang tu hehe. cuma ada mesej yang best aku tak padam lah. so lepas dah ambil adik aku apa lagi lah kan. terus lah balik. my dear dah lama dah balik. serious time dia nak balik tu kitorang memang tak bertegur langsung. dia pun balik je macam tu. sampai sampai rumah je terus menghadap comp. tiba tiba ada mesej masuk. my dear yang mesej. dia mintak maaf apa semua. sedangkan bukan salah dia pun.


so mesej apa semua. dia pujuk aku and finally kitorang dah okay semula. aku tak tahu lah kenapa sekarang aku senang nak okay. kalau macam last year berhari-hari baru nak okay HEHE. merajuk punya lah lama. kelakar pulak bila diingatkan balik. tapi bagus lah kalau aku senang nak okay sekarang. kalau tak kesian my dear tak ada orang nak layan dia :) anyway, i'm sorry my dear. macam macam dah yang saya buat dekat awak. tapi awak sabar je dan masih layan saya macam biasa. i love you! <3


haihh, dugaan dugaan =)

by the way, sorry pada semua yang bagi mesej dekat shoutbox. memang tak sempat nak balas mesej korang. serious sekarang teramat lah busy. nak kena buat persediaan untuk oral english. then next week ada ujian setara. so maybe blog ni jarang dilihat oleh tuan blog.

21 March 2010

kenapa ni (?)



asal entah dengan aku. tiba-tiba tak ada mood. asal malam je mesti akan rasa something yang aku tak puas hati. erghhh! benci lah bila ada perasaan macam ni. dah lah esok nak sekolah. buat aku tak ada mood je nak pergi sekolah. kalau tak disebabkan ada amali esok tak ada mana aku nak pergi sekolah. apehal dengan aku ni (?) arghhh! !@#$%^&* -_________________-


TENSION ar !

17 March 2010

akhirnya tiba juga :D

( Credit: DeviantArt )

Assalammualaikum.


akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jugak :) yes, hari ni 170310 adalah hari dimana aku akan berjumpa dengan kawan-kawan lama aku time darjah 6 dulu. serious tengah excited gila ni HOHO. yang membuatkan aku bertambah excited sebab aku akan berjumpa dengan my dear jugak :D tak sabar rasanya nak tunggu pukul 2 ni.


disebabkan dah terlampau excited sangat. sampaikan dah tak tahu nak post apa hahaha. dekat kepala ni asyik dah terbayang-bayang time jumpa kawan-kawan nanti.

14 March 2010

selamat bercuti

( gambar diambil di DeviantArt )

Assalammualaikum.


lama kut tak update blog ni -,- rasa malas telah mula menakluki dalam diri ni. ecehh HAHAA. act tak ada idea lah nak update apa. serious otak ni kosong untuk merangka ayat dekat blog ni. kesian blog ni terbiar. ish ish ish. ehh, sekarang dah cuti sekolah kan? happy holiday yeah untuk korang. ketinggalan zaman kan? orang lain dah wish lama dah. aku baru terhegeh-hegeh nak wish. haiyoo -,- HUA HUA HUA.


cuti sekolah kali ni banyak homework kut kena buat. haishh -____- tu tak campur lagi nak buat folio untuk subject bahasa melayu. first time bahasa melayu ada folio. banyak pulak tu isi nak kena cari. bayangkan satu buku teks tu kena dihurai-huraikan. bukan sikit pulak tu. dari bab 1 sampai lah bab 11. aigooo ==" setiap bab ada lah tajuk tajuk kecik dia. pening kepala memikirkan pasal folio bahasa melayu ni. cikgu bagi tempoh sebulan untuk siapkan. yes memang lama. tapi tu tak campur dengan homework yang bertimbun-timbun tu.


next week hari selasa maybe keluar dengan my dear. dia ajak tengok wayang. but tak tahu nak tengok cerita apa. masih lagi dalam proses perbincangan. CEHH, tak boleh blah je ayat hahaha. dah lah tengah tak masyuk ni. so nampaknya my dear kena belanja lah. HOHO :O segan kut bila ada orang yang nak belanja kita. tapi kalau kawan-kawan tu tak ada lah segan sangat. next week jugak hari rabu ada reunion dengan budak budak time darjah 6 dulu. heishh, tak sabar nak jumpa kawan kawan lama :) reunion tu just buat dekat mines je. aku ni tak lepas nak pergi jauh jauh. ibu tak bagi. setakat alamanda dengan mines tu lepas lah. and aku suruh my dear yang hantar nanti. hihi.


so sampai sini jelah kut. byebyeee and happy holiday again! :D

10 March 2010

terima kasih



wehh, terima kasih lah sebab akhirnya KAU nak dengar cakap aku jugak. aku dah penat lah weyy nak dengar orang kata macam macam pasal aku dengan kau. sedangkan aku tak ada apa apa perasaan pun dekat kau. tapi kenapa orang selalu attack aku dan bukan kau. aku dah penat nak menafikan tu semua. bila aku menafikan pun diorang tak percaya. diorang kata aku sengaja nak menafikan ni semua untuk merahsiakan apa apa pasal aku dengan kau. please lah wey. aku tak nak ada apa apa rahsia pun dengan kau. TAK NAK!


aku tahu kau sendiri pun tahu yang aku dah ada someone special. kenapa kau susah sangat nak faham dan kenapa semua orang susah nak faham. mungkin Allah nak uji kesetiaan aku kepada seseorang itu. alhamdulillah aku dapat tepis semua ni. Allah kuatkan kesabaran dan iman aku. aku masih lagi setia dengan DIA. dalam hati ini tak ada yang kedua atau ketiga. tetapi hanya DIA. aku harap lepasni cukup cukup lah hal macam ni terjadi. jangan lah ada siapa siapa lagi yang menyimpan perasaan terhadap aku. sesungguhnya aku tak nak menyakiti hati sesiapa.


aku mintak maaf sebab aku memang betul betul tak ada niat nak sakitkan hati kau. tapi aku kena jugak bagitahu kau yang aku dah tak tahan nak tanggung ni semua. selama ni aku diamkan je. tapi kali ni aku takkan berdiam diri. sebab makin aku diamkan diri makin menjadi jadi perangai kau. aku tak suka bila kau suka sentuh tangan aku dengan kawan kawan aku. nasib kau amat baik sebab aku tak bagitahu hal ni dekat cikgu. aku bagi kau peluang untuk berubah. gunakanlah peluang ni dengan sebaik baiknya. terima kasih sebab nak dengar cakap aku. kau betul betul menguji kesabaran aku.

good luck untuk mereka



Salam.


hoi hoi, esok 110310 kan? ada apa dengan 110310 eyh? HAHAA cukup cukup lah tu dina. banyak tanya pulak. act aku just nak mengucapkan good luck pada semua yang bakal mengambil result SPM esok. insya-Allah dengan izin Allah semoga result SPM yang bakal mereka ambil baik baik je :) berdoa lah banyak banyak kepada Allah. korang dah buat yang terbaik kan? esok sebelum nak melangkah keluar dari rumah tu baca lah apa apa doa yang boleh menenangkan hati dan keluar lah dengan kaki kanan dulu. insya-Allah, Allah akan tenangkan hati hati mereka yang bakal mengambil result esok :)


GOOD LUCK UNTUK KORANG !


aku nak ucapkan good luck especially kepada:
my dear afiq :) good luck eh sayang.
kak kina :) good luck yeah sis.
my precious brother. good luck kay.

nanti dah dapat result tu jangan lupa bagitahu eyh HOHO :O

07 March 2010

ohh, god. help me.



OMG! esok ada pentaksiran. kenapa lah rasa macam masa tu berlalu dengan pantas. tak ready lagi lah nak buat pentaksiran esok HUHU. macam macam perasaan ada sekarang ni. rasa nak meletup jantung aku. haiyoo -___________- ya Allah, kau kurangkan lah sedikit ketakutan yang dihadapi oleh hamba mu ini. kau tenangkan lah hati dan jiwanya. amin. ehh korang. wish me luck ea tomorrow. byebyeee.


entry pendek je. tak ada idea nak update panjang panjang. dah lah tengah takut + cuak ni -,- hadoyy.

05 March 2010

kak kina, dah buat dah :)

yeahh, kena tag dari Kak Kina


ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT?
HOT? ahaha tak ada mananya lah ;P

UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YG ANDA SDG GUNAKAN SEKARANG.


CERITA PASAL GAMBAR
entah, gambar macam budak tak matang je HAHAA.

LAGU TERAKHIR KORANG DENGAR
Down- Jay Sean dengan One time- Justin Bieber.

APE YANG ANDA TENGAH BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI?
dok menghadap comp :D

SELAIN DARIPADA NAMA SENDIRI ANDA DI PANGGIL NAMA APE?
mickey mouse, dinot, teletubbies, rabbit HAHAA. * kawan aku lah yang reka ni. pelik pelik je diorang ni xP

TAG LAGi 8 ORG.
1) kau
2) nak
3) ?
4) ambil
5) jelah
6) ha
7) ha
8) ha

SIAPAKAH ORANG NO.1 KPD ANDA?
no answer

KATAKAN MENGENAI ORANG NO.5
no answer

NO.3 ADA HUBUNGAN NGAN SAPER?
no answer

BAGAIMANA PULA DENGAN NO 4?
no answer

PESANAN KEPADA ORANG NO.6?
no answer

KATA2 CINTA UNTUK ORG NO.2
no answer

ADAKAH NO 7 DAN NO.8 MEMPUNYAI PERSAMAAN??
no answer

BERIKAN 5 YANG ANDA TAU TENTANG ORG YG MENTAG ANDA
- kak kina cun seyh :D
- baik and sweet sangat. hehe
- ada sifat sifat ibu yang penyayang. CEH hahaa * akak jangan marah.
- friendly ouh :)
- ramai peminat kut HOHO * petik je ni. tak tahu sebenarnya.

PERSAMAAN ANTARA KAMBING DAN LEMBU?
dua dua boleh makan HAHAA.

PERASAAN ANDA TAG INI?
biasa biasa je kut. hihi.

ADAKAH ANDA TAU SI RAZMAN ITU SENGAL?
RAZMAN? sesat mana pulak ni?

GAY OR LESS???
OR :P

04 March 2010

lack of idea



heyy, dah lama tak update blog. lately ni busy lah. lagipun tak ada idea nak update apa. kadang kadang tu jealous jugak tengok ramai yang update blog. banyak betul idea diorang ni kan. aku nak nak bagi title untuk entry ni pun payah hahaa. serious otak semakin buntu untuk meng'update'. tak ada story yang boleh dikongsi dekat sini -,- sekarang ni otak tengah ligat berfikir pasal homework dan pentaksiran untuk katering next week. cuak kut nak buat pentaksiran HUHU.


pentaksiran ni kira macam exam jugak lah. cikgu nak uji sejauh mana kefahaman kita waktu belajar dan waktu buat amali. contohnya kalau macam katering cikgu akan uji kita dari segi masakan kita and hiasan. masak ni pun kena secara individu. kalau amali yang sebelum ni secara berkumpulan. seriously aku memang cuak nak buat pentaksiran next week. takut kena masak benda yang susah susah. hope dapat masakan yang mudah untuk dimasak, insya-Allah. tadi ada test katering. soalan not bad lah, tak terlalu susah dan tak terlalu senang.


hm, esok maybe ada sambutan maulidur rasul. so subject lepas rehat tak belajar kut. esok jugak cikgu nak bincang pasal pentaksiran next week. hope semua okay okay jelah, insya-Allah :) tak lupa jugak pada semua yang bagi mesej dekat shoutbox. sorry yeh tak reply mesej korang. busy sangat sangat. insya-Allah jika berkesempatan aku akan balas. kepada Kak kina pulak thanks yeh bagi tag tu. nanti kita jawab eyh :)