09 January 2010

haha, pelik pelik

dreaming -___-
Salam . Hello .



pagi tadi an dalam pukul berapa tah aku ada lah dapat satu mimpi ni . bagi aku agak merepek lah mimpi ni HAHAA . okay okay macam ni ceritanya . aku mimpi situasi ni time sekolah lah kan . tapi yang peliknya sekolah ni dia tk belajar . cikgu cikgu dia asyik bawak kitorang berjalan je . area dia just dekat kuala lumpur jelah . kalau tk silap dekat dekat dengan bangunan apa tah, aku tk ingat hehe . then ada lah sorang member lelaki kelas aku lah kan . dia bagitahu yang ketua tingkatan kelas aku dah meninggal . pada siapa siapa yang sama kelas dengan aku tahu lah siapa ketua tingkatan tu .


then aku pun terkejut gila lah lepas dapat berita tu . aku pun cakap lah dekat member lelaki kelas aku tu yang aku tk percaya . dia kata kalau kau tk percaya jom pergi tengok tuutt * nama tk boleh disertakan, haha . member lelaki kelas aku tu cakap yang tuutt meninggal hari ni . gosh lagi lah tk percaya gila . so apa lagi budak tu pun bawak lah aku untuk tengok budak tuutt . tapi location yang kitorang nak tengok budak tuutt tu bukan dekat hospital . tapi dekat belakang rumah nenek aku haha . pelik gila an . lepastu terus lah pergi belakang rumah nenek aku .


budak tuutt tu diletak dekat atas tray orang sakit tu lah kan . ada dua orang doktor dekat dua dua belah side tray tu . then ada sorang doktor ni dia jerit . dia cakap ' ada tk siapa siapa lagi nak tengok mayat ni buat kali terakhir ' lebih kurang macam ni lah doktor tu cakap . aku apa lagi terus lah jerit yang aku nak tengok budak tuutt tu . just nak pastikan betul ke dia dah meninggal . so terus pegi dekat tray orang sakit tu . doktor tu pun bukak lah kain mayat tu kan . gosh time tu jantung aku rasa macam nak jatuh je . serious memang betul budak tuutt yang meninggal . tah kenapa tiba tiba aku rasa sedih and sebak . so terus mengalir lah air mata aku ni .


so dah lama sikit then pergi tanam lah kan mayat tu . act benda ni jadi time lepas seminggu dah sekolah . aku macam tk boleh terima hakikat yang budak tuutt tu dah meninggal . kawan kawan aku semua pelik . sedangkan aku dengan budak tuutt tu bukan ada apa apa hubungan pun . just sebagai ketua and penolong tingkatan je . lepastu aku pun balik lah rumah kan . masa dah balik rumah tu aku terus masuk bilik . dah masuk bilik tu aku terus tutup lampu then just bukak lampu tidur . bukak aircond lepastu terus baring atas katil . masa baring atas katil tu aku macam mengelamun sikit . tiba tiba budak tuutt ni ada dalam bilik aku .


aku macam terkejut sikit lah . time tu hati aku cakap macam ni ' ehh bukan dia dah meninggal ke ? macam mana boleh ada dalam bilik aku ni ? ' . tapi yang peliknya aku tk rasa takut langsung . hati aku tiba tiba je sedih . lepastu dia terus lenyap dari pandangan . budak tuutt tu tk cakap sepatah apa pun masa tu . dia just pandang aku je . then terus pergi macam tu je . so esoknya tu aku terus cakap dekat kawan aku yang aku tk percaya budak tuutt tu dah meninggal . aku cakap dekat kawan aku kita tengok minggu depan . budak tuutt tu ada ke tk . then bila dah minggu depan tu pergi sekolah macam biasa lah kan . korang tahu what ? budak tuutt tu ada, siap dekat tempat duduk dia lagi . kawan kawan aku semua macam tk percaya . aku pun macam tk percaya jugak . misteri betul -.-


so macam ni lah mimpi aku tu . serious memang merepek gila kan HAHAA . aku pun tk tahu kenapa aku mimpi macam ni . haiyo -,- pada budak tuutt semoga kau panjang umur . sebab orang kata kalau kita mimpi pasal meninggal meninggal ni tandanya orang tu akan panjang umur :) tapi serious mimpi ni buat aku rasa nak tergelak bila diingatkan balik . memang merepek gila lah, haha .

No comments: