08 January 2010

form 4 ?

Salam . Hello .



ehh dah lama aku tk update kan ? * lama ke ? haha . okay okay, act tk ada peluang nak update sebab terlalu busy sangat dengan sekolah . ingat hari tu time first day sekolah nak update tapi tk update pun . penat gila ouh -,- lagi lagi bila dilantik menjadi penolong ketua tingkatan ni . dok turun naik pergi pejabat untuk amek buku kedatangan kedua . nasib baik lah dapat ketua tingkatan yang agak bertanggungjawab . sebab dia yang pergi amek dan hantar buku tu . aku amek kadang kadang je . hantar pun kadang kadang jugak hehe .


tapi aku yang isi apa benda tah dalam buku tu . ye lah ketua dah pergi amek tk kan nak suruh dia tuliskan . banyak songeh lah namanya tu . aku pulak yang tk buat apa apa nanti . ohh ye, aku tk jadi tukar kelas . ada lah sebab sebab yang tertentu . jadi aku akan terus belajar di kelas 4 Ikhlas . aku adalah salah seorang pelajar kelas MPV atau dengan nama panjangnya kelas Mata Pelajaran Vokasional * tu pun nak bagitahu jugak . kecoh lah kau dina =P so aku amek dalam aliran katering dan penyajian . tk nak amek landskap sebab aku tahu aku tk larat nak angkat pasu pasu yang agak berat tu * berat ke ? petik je aku . act kelas MPV ada dua . ada kelas MPV 1 dan MPV 2 . aku dalam kelas MPV 1 :)


minggu depan dah mula untuk mesyuarat agung untuk kelab, permainan dan unit uniform . haihh malas betul rasanya nak pergi . kalau tk silap aku just pergi mesyuarat agung untuk permainan je . yang kelab dan unit beruniform tu tk pergi HAHAA . yang kelab tu aku tk pergi sebab cikgu kata pelajar MPV paling kurang pun dua je boleh amek sebab takut tk terlarat nanti . tapi PK KOKO suruh amek sekurang kurangnya tiga . so aku amek je kelab tu tapi tk pergi pun, muahaha kejam kejam . yang uniform tu pulak aku tk pergi sebab dia buat mesyuarat hari sabtu . untuk semua uniform kalau tk silap .


so malas betul rasanya nak pergi sekolah hari sabtu . lagipun aku takut kena pegang apa apa jawatan . penat seh -.- nanti jadi macam tahun lepas . dah lah kena pegang jawatan setiausaha . aku ni dah lah tk rajin nak tulis tulis ni haihh .tapi dah nasib badan kena lah terima jugak . okay okay lupakan pasal tu dulu . form 4 ni bagi aku agak susah sikit lah . sebab apa ? sebab semua kena buat esei . yang paling gerun sekali bahasa inggeris lah . PMR tahun lepas pun dah berterabur ayat dengan grammar aku . tu pun baru dia nak lebih dari 120 patah perkataan . untuk tahun ni dia nak paling kurang pun 350 patah perkataan kalau tk silap aku lah . haihhh hancur -,- bahasa melayu pun sama jugak . tapi bahasa melayu tk apa . sekurang kurangnya tahu macam mana nak buat sebab faham .


tapi insya-Allah aku akan tingkatkan usaha dari tahun lepas . bak kata cikgu mata pelajaran apa eh ? tk ingat haha . okay okay, senang cerita bak kata cikgu aku form 1, form 2 and form 3 belum cukup hebat lagi . dah masuk form 4 and form 5 lagi hebat . ya serious memang betul apa yang cikgu cakap tu . pada yang form 1, form 2 and form 3 korang jangan terasa . tk ada niat nak memperkecilkan korang . tapi bila korang dah masuk form 4 and form 5 nanti korang tahu lah . yang form 4 ni pun dah macam .. er tk tahu lah macam mana nak cakap . nanti korang rasa lah sendiri eh :) ni pun nasib aku dapat kelas MPV . sebab mata pelajaran teras je yang masuk SPM . kalau tk silap lah . siapa yang dapat kelas science atau account hah amek kau . pening kepala . lagi lagi yang ada add math . aku pun tk ingat dah kelas apa .


ohh ye sebelum tu ni kelab, permainan dan uniform yang aku masuk,

unit uniform
Kadet Remaja Sekolah

kelab
Kelab Komputer

permainan
Permainan Dalaman

rumah sukan
Neptun ( kuning )


okay I think thats all lah . banyak sangat dah aku berceloteh . maklum lah lama tk update HEHE :D so tataa .



sorry pada semua yang bagi msg dekat shoutmix tu . tk sempat nak balas msg korang plus aku agak malas nak balas HAHAA . insya-Allah kalau rajin nanti aku akan balas, okay :)

2 comments:

Aisya J said...

English essays just need practice :)
Practice makes perfect. Cheesy, I know. But it works :)
Good luck! <3

Dieyna said...

ohh i see :)
btw,
thank you . heee .