31 January 2010

# 77

Salam. Hello.



haihh, larat ke aku nak sekolah esok? demam aku ni pun tak berapa nak okay lagi. tambah lagi esok ada amali untuk catering. kena masak masak. larat ke aku weyy. takkan aku nak tak pergi sekolah lagi. dah lah esok ada amali, kesian kawan aku sorang sorang nanti. lagipun kalau aku tak buat amali tak ada markah lah nampaknya. so macam sia sia jelah kan. Ya-Allah kau tabahkan lah hati hambamu ini untuk terus kuat menghadapi hari esok. sesungguhnya sakit itu ada lah penghapus dosa kecil. Amin.

-------------------------------------------------------

ehh, background blog dah tukar dah hehe. bukan apa aku kurang suka lah dengan warna pink. rasa macam er geli lah haha. tak tahu macam mana nak cakap. kalau warna hitam atau biru okay lah jugak. so thats all lah yeh, heeee. tataa =)

hangout

Salam. Hello.



lately ni jarang cerita pasal aku kan? ye lah asyik buat tutorial je hehe. but it's okay. sharing is caring right? :) lagipun sejak akhir akhir ni macam kurang idea nak menaip. okay okay lupakan pasal tu. hari ni aku pergi hangout dekat alamanda. tapi bukan hangout dengan kawan kawan lah. aku hangout dengan siblings aku. whoah! first time okay heeee. excited gila lah. tiba tiba pulak ibu rajin nak hantar kitorang pergi alamanda. so dah dapat green light tu pergi jelah. bukan senang nak dapat peluang macam ni.


tapi yang tak bestnya aku hangout dalam keadaan yang tak berapa sihat -___- aku demam lah. hari jumaat hari tu pun aku tak pergi sekolah. tak larat doh. rasa berat je kepala ni. tambah lagi dengan rasa tak selesa hidung dengan tekak aku ni haihhh. sabar jelah dina. okay okay sambung balik cerita. kitorang plan nak gerak pergi alamanda pukul 11. tapi pukul 11 tu semua baru nak mandi HAHAA. so akhirnya gerak pukul 12 jugak. so pukul 12 tu gerak lah pergi alamanda. act tak berapa nak masyuk sekarang ni. tapi ibu dengan baik hatinya bagi kitorang rm 50 seorang. wahh! sayangggg ibu :D


lepas ibu dah hantar kitorang ibu pun balik lah kan. serious macam tak percaya gila kitorang bertiga je tadi. without ibu and ayah. first time seh hehe. so little bit batak sikit lah. hahaha. okay okay, masa dah masuk je alamanda terus lah fikir nak pergi mana. so kitorang decide nak pergi MPH Bookstore. apa lagi nak pergi borong komik lah hehe. so tadi kitorang beli 6 komik. agak tak berapa nak puas hati lah. rasa macam nak beli lagi je huhu. nevermind lah kan. lepas dah beli komik kitorang pun decide nak pergi beli pencil case untuk ain. so dah jumpa pencil case tu terus lah beli kan.


then kitorang decide nak pergi makan pulak. mula mula ingat nak makan dekat KFC. tapi ramai gila nak mati. tak ada tempat kosong pun. semua full and finally kitorang decide makan dekat RASA je. perut ni dah mintak nasi dah. dia tak nak makan western food hehehe. so dah sampai dekat RASA tu terus lah cari port. dah jumpa port nak makan kitorang pun letaklah barang barang yang kitorang beli tadi. then baru lah pergi beli nasi. peh! serious sedap gila lauk yang orang tu masak. harga pun agak berpatutan :) ceh, sempat promote lagi kihkih. kitorang ada order waffle jugak. coklat pulak tu and ada marshmallow. serious tak sabar gila nak makan. hehe.


then lepas dah makan makan kitorang berjalan jalan kejap. then cari tempat untuk capture and baca komik. time tu memang dah tak ada hala tuju dah. jalan punya jalan sampai lah nak dekat pukul 3. so disebabkan dah tak tahu nak buat apa aku pun call lah ibu suruh ambil kitorang. then ibu suruh tunggu and ibu pesan beli rotiboy. so terus lah gerak pergi kedai rotiboy. time dekat kedai rotiboy ni macam bodoh bodoh sikit. sempat bergaduh dengan adik aku sekejap. sebab aku tak tahu nak cakap macam mana untuk beli rotiboy tu. last last aku main redah je cakap. haha. dapat jugak beli rotiboy tu. so tunggu ayah dekat kedai rotiboy tu. lepastu ibu call bagitahu ayah dah nak sampai. kitorang pun tunggu lah dekat luar. bila ayah dah sampai terus lah masuk kereta dan balik ke rumah. tersangat lah penat hari ni. tapi penat penat pun best jugak HEHE :D

26 January 2010

Argh! Tak suka -.-

Salam. Hello.



Aduyai, macam mana aku nak buat essay english ni. Serious tak ada idea sekarang ni. Macam mana lah kawan kawan aku yang dah siap tu boleh buat. 6 paragraph pulak tu. Gila hebat diorang. Idea please come to me lah. I need you now -_________________- Macam mana lah aku nak mengarang essay sebanyak 350 words? Boleh ke aku buat semua tu. Confirm grammar and sentence aku tunggang terbalik. Haiyo -,- Esok dah nak kena hantar, duhh!!

25 January 2010

Cinta mengikut bulan lahir anda


JANUARI
  • Mudah jatuh cinta
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
  • Pandai mengambil hati pasangannya
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
  • Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

FEBRUARI
  • Sukar untuk jatuh cinta
  • Amat hormat kepada pasangan
  • Amat suka memikat pasangan
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
  • Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran ( Hanya pasangan yang tahu )
  • Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya

MAC
  • Mudah menawan hati pasangannya
  • Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
  • Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  • Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai
  • Perasaan cemburu yang minima
  • Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
  • Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras
  • Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan

APRIL
  • Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta
  • Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai
  • Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati
  • Sentiasa ingin diberi perhatian
  • Amat cemburu dalam perhubungan
  • Kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • Emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
  • Romantik dan terlalu romantik
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan

MEI
  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangan
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk di pujuk
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
  • Pandai mengatur hidup pasangan ( Bukan Queen Control atau King Control )
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan

JUN
  • Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan
  • Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
  • Cerewet dalam hubungan
  • Selalu beremosi
  • Mudah merajuk dan mudah di pujuk
  • Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
  • Elok untuk menjadi Ibu yang baik
  • Dahagakan pujian dari pasangan

JULAI
  • Amat suka didampingi pasangan
  • Sukar dimengerti oleh pasangan
  • Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
  • Amat mudah dipujuk dan berterus terang
  • Amat menghargai kesetiaan pasangan
  • Mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
  • Mudah terluka dan lambat untuk pulih
  • Suka merajuk dan dipujuk
  • Setia terhadap pasangan
  • Suka mendengar dan tidak suka membantah
  • Cemburu terhadap pasangan
  • Suka menilai dan menjaga perhubungan

OGOS
  • Pandai memujuk pasangan
  • Suka memimpin pasangan
  • Romantik, Pengasih dan Penyayang
  • Kelam kabut dalam perhubungan
  • Sangat sensitif
  • Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan

SEPTEMBER
  • Bersopan dalam hubungan
  • bertolak ansur terhadap pasangan
  • Suka mengkritik pasangan
  • Sangat prihatin terhadap pasangan
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai memahami pasangan
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Sukar melupakan sekiranya hati terluka
  • Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan
  • Pandai menyimpan perasaan
  • Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya

OKTOBER
  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan
  • Sopan terhadap pasangan
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
  • Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
  • Emosi yang mudah terusik
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
  • Cemburu dan terlalu cemburu
  • Romantik
  • Memahami pasangan

NOVEMBER
  • Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
  • Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
  • Agak degil dan kuat pendirian
  • Mudah ambil berat terhadap pasangan
  • Emosi yang mendalam
  • Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan

DISEMBER
  • Pemurah terhadap perhubungan
  • Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • Tergesa-gesa dalam perhubungan
  • Suka didampingi oleh pasangan
  • Benci bila dikongkong
  • Berbakat untuk kahwin lebih dari satu ( Untuk lelaki )
  • Suka mempengaruhi pasangan

good

Salam. Hello.



Huishh, nasib baik harini cikgu dah lantik ketua baru. Agak berpuas hati jugak lah sebab aku tak payah buat tugas tu sorang sorang. Tapi aku tengok ketua baru tu macam susah nak berkerjasama je. Nak kena aku tegur dulu baru boleh bercakap. Kalau aku tak tegur jangan harap dia nak tegur aku. Haihhh -__- Susah lah kalau macam ni. Aku nak ketua macam dulu. Even ketua aku dulu pun tak berapa layan perempuan. Tapi dia boleh berkejasama dengan aku.

=( =( =(

Act aku nak budak tu yang jadi ketua. Tapi tah lah. Dah semua orang dah setuju dia tu yang jadi ketua. Aku pun terpaksa lah setuju jugak. Lagipun pilihan cikgu supaya dia tu yang jadi ketua. Aku malas lah nak bantah bantah. Kalau cikgu dah pilih tu bermakna yang dia tu boleh dipercayai atau boleh diharap. Okay sebab kenapa aku nak budak tu yang jadi ketua sebab aku dah biasa dengan dia. Ye lah budak tu kawan aku dari sekolah rendah lagi. So kira aku dah kenal lah dia macam mana. Act ketua aku tu sama sekolah rendah dengan aku jugak. Cuma tak sama kelas je. Tu yang tak biasa tu. Heishh.

-,- -,- -,-

Nak tak nak kena redha jelah. Tapi if boleh tukar ketua aku akan pilih budak tu yang jadi ketua. Nanti aku nak try mintak pendapat classmates aku and pendapat cikgu. So bila diorang dah setuju aku harap sangat yang budak tu akan jadi ketua. Insya-Allah.



Pada semua classmates aku, korang jangan lah salah anggap pulak. Aku nak pilih budak tu jadi ketua sebab aku rasa aku boleh berkerjasama dengan dia. Aku tak ada apa apa perasaan pun dekat budak tu. Cukup lah hanya ada Si Dia je. Okay.

23 January 2010

Huaahhh!

Salam. Hello.



Lama aku tak update blog ni kan? Bukan apa sejak akhir-akhir ni banyak homework yang perlu dibuat. Plus ada masalah yang datang melanda diri ini * Ayat skema. So aku tak ada mood untuk post entry baru. Hm tak ada apa yang menarik pun berlaku sejak akhir-akhir ni. Yang berlaku pun semua yang agak menyakitkan hati. Tapi malas lah nak cerita pasal tu. Buat sesak otak je yang memang dah sedia sesak ni =="


So aku nak cerita tentang hari ni. Hari ni ada sesi persekolahan. Untuk mengantikan tahun baru cina kut? Tak pasti lah x_x Nevermind lah. So pergi sekolah macam biasa lah kan. Serious hari ni macam agak stress sikit dekat sekolah. Sebab ketua kelas aku dah pindah teknik. So boleh dikatakan semua benda aku kena buat. Termasuk lah pergi ambil buku kedatangan kedua, tulis buku kedatangan kedua dan hantar buku tu. Kalau korang tengok benda ni macam tak susah je. Tapi pada aku tugas ni agak berat sebab aku kena lakukan semua ni sendiri.


Semalam guru kelas aku ada cakap untuk lantik ketua baru hari ni. Tapi tak ada pun. Terpaksa lah aku buat semua ni sorang-sorang. Penat gila lah. Dah lah kelas aku tu agak tak berapa boleh nak duduk diam. Nak tengok siapa datang atau tak datang pun susah, haihhh -,- Stress je. Benda tu pulak bukan tak boleh tak buat. Nanti susah cikgu nak tulis if ada siapa-siapa yang ponteng. Lepastu nak kena jumpa guru kelas pulak untuk bagitahu kedatangan. Sabar jelah, hope next week dah ada ketua baru. Tak ada lah aku buat tugas ni sorang-sorang. Mana larat weyy.


Okay okay, kita lupakan pasal tu. Cerita pasal topic lain pulak. tadi dalam pukul 4 lebih kalau tak silap lah aku, ayah, and adik-adik aku pergi mines. Ayah aku nak beli barang sikit untuk presentation hari isnin ni. Kalau tak silap ayah aku nak beli modem * Tak tahu lah betul ke tak ejaan benda alah ni. Ibu aku tak nak ikut sebab dia kata dia tak larat. Ye lah ibu aku kan tengah sarat pregnant sekarang. Bulan depan dah nak bersalin dah pun. Tapi tak tahu lah bila tarikhnya. Tak pernah tanya pulak HEHE. Nevermind lah kan.


So time dekat mines tu tak ada apa-apa yang menarik pun. Just jalan-jalan satu mines tu. Ada lah jugak singgah-singgah kedai kejap. Tu pun kedai alat-alat computer. Kan ayah aku nak beli modem. Lepas dah beli modem jalan-jalan lah kejap. Then singgah dekat kedai handphone. Ayah aku dia cadang nak beli handphone baru. Sebab phone dia sekarang agak dah uzur HAHA. * Kejam kejam. Bila call suara dia tak berapa dengar. Sometimes tu macam tersekat-sekat. Haihh, menguji kesabaran betul -___- Tapi ayah aku tak beli pun. Maybe dia nak fikir dulu.


Lepas dah tengok handphone tu sambung lah balik jalan-jalan. Then ayah cakap nak pergi bank. So gerak lah pergi bank yang ada dekat dalam mines tu. Kebetulan bank tu pulak berdepan dengan satu kedai haiwan ni. So pergilah tengok-tengok kedai tu. Antara haiwan yang ada dekat kedai tu ialah hamster, arnab, tupai yang boleh terbang tu and ada lagi lah. Tak tahu apa lagi nama-nama haiwan tu HEHE. Lepas ayah dah pergi bank kitorang decide nak pergi makan pulak.


Serious time tu aku dah lapar gila-gila dah. Ye lah time dekat sekolah aku memang tak makan. Lepastu dekat rumah tak makan jugak. Tu yang lapar gila tu. Kepala pun dah pening-pening dah time tu. Perut ni pulak tah berapa kali dah dia buat lagu hip-hop HAHA. So fikir lah nak makan dekat mana and finally kitorang makan dekat.. Hm apa tah nama restaurant ni. Tak ingat lah pulak HEHE. So makan-makan lah sampai kenyang. Serious perut dah gila full dah. Sampai senak-senak dibuatnya.


Then lepas makan jalan-jalan kejap. Pusing-pusing satu mines tu and finally kitorang buat keputusan untuk balik. So time dah nak sampai rumah tu tiba-tiba ayah aku tanya nak beli kek tak. Aku apa lagi cakap lah nak kan. Peluang dah ada depan mata beb. So grab jelah HEHE. Ayah pun drive lah pergi baker's cottage. Dah sampai baker's cottage just ayah and aku je yang masuk. Adik-adik semua duduk dalam kereta. Diorang dah kepenatan. Sampai tertidur-tidur HEHE. Kesian *buat suara upin dan ipin.


Bila dah dekat dalam baker's cottage tu aku and ayah aku dah tak tahu nak beli kek apa HAHAA. Memang rambang mata lah dibuatnya. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. So fikir punya fikir kitorang pun pilih lah kek yang berkenan di hati * Act tak ingat apa nama kek tu kih kih kih. So terus lah pergi bayar kan. Then baru lah kitorang pulang ke rumah. Time tu aku memang tak terasa gila nak makan kek. Sebab perut aku still kenyang time tu hehehe.

=D =D =D

Ohh ye dikesempatan yang ada ni aku nak mohon maaf pada semua yang bagi message dekat shoutmix. Aku tak balas pun message korang. Pada siapa-siapa yang dah follow tu thanks sangat-sangat yeh. Insya-Allah nanti aku akan follow balik. Maaf jugak pada siapa-siapa yang aku tak reply message dia dekat shoutmix tu. Rasa malas telah menghasut diri ini HAHAA. Ada sesetengah je yang aku balas. So mintak maaf sekali lagi yeh.

19 January 2010

alaaaa

Salam. Hello.



Err sedih kut sebab ada someone ni nak pindah. Haihh redha jelah dina -,- Dah itu yang dia nak. Kau dah tak boleh nak buat apa apa. Kau bukan boleh halang dia pun. Tu keputusan dia. Sabar jelah weh -.- Hope aku boleh lalui semua ni dengan biasa.

T_T

Bersabar lah dina =="

17 January 2010

Teringin ber-anak kucing :)

Salam. Hello.



Ehh kejap nak gelak dulu HAHAA. Act aku agak kelakar sikit dengan title entry kali ni. Mungkin dari pandangan aku jelah yang kelakar. Tak tahu lah pulak dari pandangan korang macam mana pulak kan? Tah kenapa tiba tiba je aku terasa nak ada anak kucing. Ulang suara anak kucing okay. Itu bermaksud aku tak nak emak kucing, ayah kucing, kakak kucing, abang kucing dan banyak lagi lah kaum kerabat kucing HAHAA. Malas nak list dekat sini banyak banyak :P Antara sebab sebab kenapa aku nak ada anak kucing ialah :

1. Sebab dia comel kut ahaha.
2. Anak kucing ni kalau dia gigit tak sakit sangat * Ehh betul ke? Aku petik je ni xD
3. Senang nak jaga kut.
4. Boleh cubit pipi anak kucing tu puas puas muahaha. Mati pulak kucing tu nanti aku kerjakan.
5. Boleh anggap anak kucing tu macam anak sendiri * Ni kes dah tak sabar nak dapat anak ni kah kah kah. Geli siot xP

:D :D :D

So ni lah antara sebab sebab kenapa aku nak ber-anak kucing :) Awww, mesti comel kan HAHAA. Awak awak.. Hadiahkan saya anak kucing boleh? HEHE. Macam boleh -.- Confirm ibu tak bagi punya. Tak apa lah tunggu dah ada rumah sendiri nanti. Boleh bela anak kucing banyak banyak heee. Tu pun kalau terlarat lah. Tak pun bela 2 ekor je ke. Yawww tak sabar lah haha. Ni lah sindrom sindrom perempuan yang gatal miang HAHA. Ehh bukan dok menggatal dengan lelaki yeh. Tapi dengan anak kucing heee. Nanti kalau aku dah ada anak kucing aku nak diorang panggil aku mama kah kah kah. Serious macam orang gila kan? Ehh suka hati aku lah. Tak susah kan korang pun :P

=) =) =)

Tiba tiba teringat pulak dekat kucing yang aku jumpa dekat tasik hari tu. Tapi bukan anak kucing lah. Aku gelarkan diri aku mama dekat kucing tu. Lepastu adik aku dan boyfie dia gelakkan aku HAHAA. Memang macam orang hilang akal doh time tu. Gara gara dah bosan gila dah time tu. Aku jadi lah macam tu. Nasib adik aku dan boyfie dia je yang tahu. Kalau semua orang tahu aku buat macam tu dah sure sure orang cakap aku gila hehehe. Buat malu je -___- Ohh my lovely kucing a.k.a anak sementara, mama rindu dekat kamu lah HAHAA. Ahh sudah. Kesengalan aku sudah mari +___+ habis lah, muahaha xDD
Awww, comelnya anak kucing ni. Rasa nak cubit cubit je pipi diorang ni lah HEHEHE :D

ngee~


Ehh cuba korang padam dash yang ada dekat perkataan ber-anak tu. Mesti title tu jadi ' Teringin beranak kucing ' HAHAA. Tak ingin aku beranak kucing. Opss maaf ye sebab entry kali ni agak tuuutt bhahaha. Fikir lah sendiri yeh xP

malas

Salam. Hello



haihhh sekejap betul je cuti kan ? esok dah nak kena sekolah balik. homework ada tk siap lagi. aduyai, malas betul rasanya nak buat homework lah. esok balik lambat kut. sebab ada kelas katering sampai pukul 2.15. malas betul nak gosok baju. malas betul nak kapur kasut. malas betul malas betul malas betul... semua malas lah. esok confirm kerja rumah berganda ganda lagi. lagi bertambah malas lah nak buat homework.

duhhh!

kenapa dengan aku ni? kata dah tk nak malas malas lagi. ni tk sampai tengah bulan lagi dah malas itu ini, haiyoo -.- apa nak jadi lah dengan aku ni. dulu yo yo o lah cakap dah tk nak malas malas. semangat gila lah. tup tup sekarang macam hampeh je. nak kena ubah perangai ni. haihh tapi macam mana? arghh tekanan doe! pfft, tension -,-

--------------------------------

ehh dengar cerita semalam masa pejumpaan kadet remaja sekolah cikgu ada pilih orang untuk masuk kawad. duhh! rugi gila lah tk pergi. nak masuk kawad -____- tapi bila fikir balik rasa macam tk nak pulak. haihhh mana satu ni? ahh nanti nanti jelah fikir. serabut kusut bercelaru dan sebagainya lah kepala aku sekarang. hope kalau aku nak masuk kawad lepasni ada lah peluang. insya-Allah. kalau tk ada pun tk kisah lah. aku bukan nak sangat pun HAHAA * nak sedapkan hati je ni -__-"

16 January 2010

miss the sims 3 -,-

Salam . Hello [peace]



serious miss gila nak main the sims 3. ayah aku dah format comp ni. so semua benda yang ada dekat comp ni dulu dah hilang. termasuk lah the sims 3. huahhh, rindu nak main sims 3 lah. dulu masa the sims 3 still ada dekat comp ni aku memang dah jarang main. sebab time tu dah boring asyik main game tu je. sekarang bila game tu dah tk ada rindu pulak haihhh. ayah, install lah game tu balik. along nak main, sob sob T_T . the sims 3 i miss you so much lah. please come back * huahhh merepek je.

15 January 2010

sakit hati

Salam . Hello .



serious aku sakit hati gila dengan someone ni. siapa someone tu ? tk perlu lah aku beritahu nama dia dekat sini. sebab aku tk nak lah pandang rendah pada siapa siapa. cuma aku mahu meluahkan apa yang terpendam dekat dalam hati ni. ohh before that, pada my dear hope you jangan terasa okay. sebab apa yang dina taipkan di sini tidak ada sama sekali yang berkait rapat dengan diri you. hope jangan salah faham okay ? aku sakit hati gila dekat someone ni sebab bila dia perlukan kawan dia akan cari aku. bila dia dah jumpa kawan kawan dia, ha mula lah tinggalkan aku sorang sorang macam orang bodoh !


weh ! kau ingat aku ni siapa ha ? kuli kau ke nak kena ikut cakap kau. kau selalu buat aku macam ni. kau fikir perasaan kau je. aku pun ada perasaan jugak. dah dua kali kau buat aku sakit hati dengan kau. tapi aku diamkan je dulu. aku malas lah nak gaduh gaduh ni. even dua kali tu bukan lah bilangan yang banyak mana pun. tapi dalam masa dua kali tu kau tk rasa apa yang aku rasa. cuba kalau aku buat kau macam yang kau buat dekat aku. apa yang kau rasa. bila dah tk ada kawan baru lah terhegeh hegeh nak cari aku. tu pun nasib lah aku nak layan kau. kalau tk memang kau sorang sorang lah. tapi macam ni yang kau balas dekat aku.


kau jangan sampai aku buat benda yang sama okay. kalau boleh aku tk nak buat kawan kawan aku macam tu. even aku dah jumpa kawan kawan aku pun. aku still ajak kau join kitorang. kalau kau, kau ada ke ajak aku join kau ? TK PERNAH kan. kau tinggalkan aku macam tu je. kau buat aku macam sampah tahu tk. kau buang je aku merata rata je mana yang kau nak. serious aku cakap aku BENCI dengan perangai kau. tapi aku sabar je. aku nak tengok berapa banyak kau akan buat aku macam ni. tapi kau kena ingat yang aku ni bukan lah baik mana pun. kau tunggu jelah disaat aku akan balas semua ni dekat kau. tunggu jelah sampai tahap kesabaran aku dah tk boleh sabar. tunggu apa yang akan aku buat nanti


pada kawan kawan rapat aku, dayang dan syira. aku tk maksudkan korang okay. aku rasa korang tahu siapa someone yang aku maksudkan ni. btw, aku tahu orang yang aku maksudkan ni memang tk kan baca entry ni. aku just nak meluahkan apa yang aku rasa. aku tk ada niat nak merendah rendahkan sesiapa.

woot woot

Salam . Hello .



Ehh lawak betul title entry ni kan ? HAHAA. Okay okay act tk ada idea nak letak title apa. So main letak je title tu . Lantak lah kan heee . Hari ni sebenarnya tk ada apa pun yang best. Semuanya macam sedia kala je. Cuma hari ni tk banyak menghabiskan masa dekat rumah. Sebab ? Okay okay, sebab tadi aku dengan adik aku lepak dekat tasik seri serdang yang agak terkenal jugak lah * Act ni perli je muahaha. Tadi lepak dekat tasik pun ada sebab. Sebabnya adik aku nak campak/buang cincin yang ex boyfie dia bagi. Dia dah tk nak simpan cincin tu lagi. Bagi dia cincin tu dah tk ada makna pun.


Idea mencampak cincin dekat tasik tu aku yang bagi kihkihkih . Sebab adik aku ada tanya, dekat mana tempat yang bagus untuk buang cincin tu. Aku pun jawab lah dekat tasik. Bak kata aku nak buat ala ala macam titanic tu, HEHE . Tapi ni versi cincin punya haha, Sengal sengal je idea aku ni. Mula mula aku ingat adik aku tk nak setuju lah kan. Tengok tengok dia setuju jugak dengan idea aku yang agak bengong tu, haiyoo -,- Pelik pelik je budak tu. Masa sebelum pergi tasik tu kitorang kena hantar adik aku yang sorang ni pergi sekolah agama. Then mintak izin ibu lah kan untuk lepak dekat tasik tu. Ibu bagi lepastu ibu cakap duduk je dekat tasik tu sampai pukul 5.30. Nanti boleh terus ambil adik aku nanti.


Cantik gila idea ibu HAHAA. Kitorang pun okay kan jelah. Ada jugak peluang lepak dekat tasik tu lama sikit. Tapi yang tk bestnya my sayang kerja pulak hari ni. Ingat nak ajak dia lah kan. Dapat jugak lah jumpa, dah lah dah lama tk jumpa dia. Rindu sangat sangat dekat dia. Tapi dah tk ada rezeki kan . Redha jelah. Adik aku ajak boyfie dia. Ibu pun bagi jelah, so boyfie dia pun join kitorang sekali lepak dekat tasik tu. Dalam pukul 2.30 macam tu lah kitorang terus gerak untuk hantar adik aku yang sorang ni pergi sekolah agama. Dah lah sekolah masuk pukul 2.30, serious dah lambat time tu. Tapi kitorang relax je. Macam tk ada risau apa apa pun.


Adik aku yang nak sekolah tu pun relax je. Dia tk cuak langsung dia dah lambat HEHE. So jalan punya jalan sampai lah dekat sekolah agama tu kan. Aku tk teman adik aku sampai kelas. Aku just duduk dekat pagar kecik belakang sekolah tu je. Aku tengok adik aku masuk kelas dari jauh. Lepas dah hantar adik aku tu kitorang pun terus gerak untuk pergi ke tasik. Sampai sampai je dekat tasik dengan pantasnya mata aku ni cari port untuk duduk. Lepas dah jumpa port yang sesuai kitorang pun terus duduk lah kan. Time ni boyfie adik aku tk lepak lagi dengan kitorang. Masa tengah syok syok duduk dekat port kitorang tu tiba tiba ada seekor kucing ni datang dekat tempat kitorang.


Aku dah terkejut gila dah HAHAA. Sebab aku ni penakut kucing sebenarnya. Tapi sometimes tu tk takut hehe. Pelik pelik je aku ni, haiyoo. Dah duduk dekat situ lama sikit kucing tu masih tk nak berganjak pergi tempat lain. So kitorang ignore kan jelah kucing tu. Kucing tu dia nak manja manja pulak heishh. Tapi bila dah tengok kucing tu macam tu terbit pulak lah rasa kesian dekat dalam hati aku ni. Aku pun nak angkat lah kucing tu kan. Then kucing tu macam nak gigit tangan aku pulak. Terus tk jadi nak angkat HAHAA. Padan muka kucing tu, aku nak manja manja kan dia. Tapi dia nak gigit tangan aku pulak. Kan dah tk dapat nak manja manja, buweeekk =P


Lepas beberapa minit baru lah boyfie adik aku sampai. So bagi peluang lah kan untuk diorang. Malas lah nak kacau daun. So aku pun duduk lah dekat gelongsor sambil melayan perasaan hehe. Ingat nak message my sayang tapi tk message pun. Sebab tk nak lah kacau dia tengah kerja kan. So aku pun melupakan jelah hajat aku tu. Ehh, aku pendekkan cerita jelah eh. Tangan dah lenguh lah nak menaip hehe. So dah lama lama lepak tu. Tiba lah masa untuk mencampak cincin tu dalam tasik. Tapi bukan adik aku yang campak. Aku yang campak cincin tu.


Serious time nak campak cincin tu hati aku agak keberatan jugak lah. Tangan aku ni macam tk sanggup nak buat semua tu. Memang dah fikir macam macam lah time nak campak tu. Dengan tk membuang masanya aku pun terus lah campak cincin tu. Then aku terus lari. Rasa macam dah tk sanggup nak tengok tempat tu lagi. Even bukan cincin aku pun, aku rasa sedih. Sebak hati aku time tu. Time tu air mata aku memang dah bergenang. Cuma dia tk nak jatuh ke pipi je. Then duduk semula sambil melayan perasaan balik. Aku try untuk lupakan pasal cincin tu. Duduk punya duduk sampai lah pukul 5.25. Then time tu terus gerak pergi sekolah agama untuk ambil adik aku.


Lepas dah ambil tu terus lah balik kan. Sebelum balik tu pergi singgah kedai kejap. Adik aku nak pergi beli air and gula gula. Lepas dah beli apa yang dia nak kitorang pun gerak lah untuk pulang ke rumah. Ehh korang tahu tk ? Hari ini telah terjadinya gerhana matahari. Pada pukul 2.30 hingga 5.30 petang tadi. Aku dapat tahu tentang hal ni dari ustazah dekat sekolah aku pagi tadi time kitorang baca yaasin dekat dewan sekolah. Ustazah ada cakap pasal solat sunat untuk gerhana matahari ni. Aku dengan kawan aku memang dah rancang untuk buat solat tu tapi malangnya aku tk berkesempatan nak buat. Sebab 2.30 dah nak kena hantar adik aku pergi sekolah agama. 5.30 pulak nak kena ambil dia. Tapi nak buat macam mana kan. Dah bukan rezeki aku. redha jelah dina.

14 January 2010

malu, haha

Salam . Hello .



tadi semua orang dah sedia maklum lah kan yang aku ada latihan rumah sukan . okay pukul 4.40 tadi gerak pergi sekolah . ingat sebelum pergi sekolah tu nak pergi beli topup tapi memandangkan masa tk mengizinkan so aku lupakan jelah hajat tu. balik nanti jelah baru beli . then jalan lah pergi sekolah kan . tengok jam, gosh dah nak pukul 5.00 lah . apa lagi aku pun jalan lah cepat sikit . dah lah sorang sorang time tu . cuak jugak lah time tu . dah lah sunyi pulak tu . tk ramai orang time aku gerak pergi sekolah tadi . nak tk nak main redah jelah jalan kan . tk ada nak toleh belakang ke apa ke . tapi time nak lintas jalan toleh lah kiri kanan . kang tk pasal pasal kena langgar kereta pulak . ada jugak nyawa yang melayang nanti .


then jalan punya jalan dah nak sampai lah sekolah . tapi masa tu gate belakang tutup pulak, haihh . time tu dah lah malas nak jalan jauh jauh plus agak dah lambat time tu . cuak gila kena marah nanti . dah lah cikgu cikgu rumah sukan aku tu majoriti guru disiplin je . gerun gila lah . then malas punya pasal aku pun masuk lah dekat pintu tempat orang buat construction tu . act tk boleh lalu dekat situ . tapi redah jelah . asalkan tk masuk dalam kawasan construction tu . then dah sampai dalam sekolah aku terus lah jalan menuju ke koop . motif utama aku of course lah nak cari kawan aku .


then pergilah gerak ke koop . mata aku melilau lilau mencari kawan aku . haihh, kecewa betul aku bila tengok kawan aku tk ada dekat situ . lepas dah cari dekat koop aku pun terus lah pergi pondok yang dekat depan tu . mana lah tahu kut kut ada ke kawan aku kan . so terus lah gerak pergi pondok tu . cari punya cari tk ada jugak . heishh, kecewa lagi . kawan aku tk ada dekat situ . lepastu pergi gerak koop balik . jumpa lah kawan aku . tapi bukan kawan yang sama rumah sukan lah . lepak kejap then tanya lah dia . dia ada nampak tk member aku yang sorang ni . dia kata dia tk nampak .


lepastu kawan aku ni tanya lah aku rumah sukan apa . aku cakap lah aku rumah sukan neptune . then dia cakap yang latihan rumah neptune dah start dah . tapi baru start lah, diorang baru nak beratur . peh! punya lah cuak gila aku . aku apa lagi teruslah bergegas ke padang . nampak lah diorang semua dah beratur . aku dengan kelam kabutnya main campak je bag aku dekat pondok yang ada dekat padang tu . tah dekat bag siapa siapa jelah yang aku letak . aku pun teruslah beratur . lepas dah beratur tu tick nama untuk amek kedatangan lepas dah amek kedatangan semua kitorang kena warming up dulu . lepastu kena lari dalam bulatan pulak . haihh, berterabur je semua HAHAA . tk macam bulatan dah .


lepas dah warming up semua pergilah lepak lepak kejap . tengok orang main lontar peluru . pelajar lelaki semua tengah lari lari . cikgu nak buat pemilihan . lepas budak lelaki dah habis lari . turn budak perempuan pulak lah kan . aku ingat bila dah turn budak perempuan tu budak lelaki akan blah lah kan . sekali diorang still ada lagi . peh! dah lah nak kena lari . malu sehh . then sampai lah turn aku untuk lari pulak . tapi bukan aku sorang jelah . dah kata nak buat pemilihan kan . mesti lah ramai ramai haha xD aku amek keputusan untuk lari pun time dah last last minute . dengan cargasnya aku bukak speck . ye lah takut jatuh pulak time tengah lari tu kan . lepas aku dah masukkan speck tu dalam poket seluar tiba tiba aku terdengar bunyi wisel . peh! aku dah lah tk sempat nak bersedia .


so apa lagi aku pun terus jelah lari kan . tapi ? boleh pulak aku terjatuh time mula mula nak lari tu . heishh, malu gila tahu . dah lah ramai orang time tu . so apa lagi aku bangun then teruskan jelah berlari . act kawan aku pun jatuh jugak haha . nasib lah dah dapat tempat yang licin, terpaksa jelah lari . aku dapat num berapa ? HAHAA biarlah rahsia . hanya orang orang yang tertentu je yang tahu . lepas dah lari tu ada latihan untuk lontar peluru . okay time ni aku memang betul betul mengelat . tk guna pun kalau aku cuba . sebab aku tk kan dapat lontar peluru tu jauh jauh . heishh, mana larat oi . berat sehh . lepas dah selesai semua latihan aku pun pergilah basuh kaki . kaki kotor gila lah . tapi time dah nak balik tu ada perkara yang buat aku sakit hati. tapi malas lah aku nak cerita pasal ni .



okay lah tataa ~

title please ?

Salam . Hello :D



okay, act tk ada idea nak update apa ni. tapi disebabkan nak menunggu pukul 4.40 aku pun membuat keputusan untuk update. ehh kenapa dengan pukul 4.40 tu ? mesti korang tertanya tanya kan ? tu pun kalau ada yang tertanya tanya lah HAHAA xD okay okay, act pukul 4.40 aku nak kena pergi sekolah. sebab hari ni aku ada latihan rumah sukan, iaitu rumah sukan neptune. serious aku memang malas gila nak pergi. sebab mesti kena lari lari nanti. aku dah lah tk suka bab bab nak lari ni, grr. confirm tempat last sekali bhahaha. thats why malas nak join.



pada siapa siapa yang tengah cari atlit untuk lari lari ni jangan lah cari aku. belum lari lagi memang dah confirm kalah. haihhh sadis sungguh =D nak buat macam mana kan dah nasib badan untuk dapat ketinggian yang tk seberapa nak tinggi ni. redha jelah dina oi. tapi tk apa insya-Allah satu hari nanti aku akan tinggi dari mereka mereka yang dah memang sedia kala dah tinggi sekarang * cehh macam boleh je HAHAA. tk apa lah kan kalau kita pasang angan angan yang macam tu. mana lah tahu boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk diri kita. betul tk korang ? sila cakap ya okay haha xP



ohh ye, aku tk tahu lah kenapa sejak akhir akhir ni perasaan dekat budak tuutt ni makin menjadi jadi. boleh jadi gila aku dibuatnya. sikit sikit nak pandang muka dia je. haihhh, gatal sungguh dina ni. ish ish ish . dia dah ada girlfriend lah dina. kau tu pun sedar lah diri sikit, kau pulak dah ada boyfriend. cuba lah setia pada yang satu. ni pantang nampak yang lain. ha mula lah nak yang tu lah, ni lah. semua orang kau nak kebas. ayoyo, bukan semua okay haha xD alahh, tk mengapa lah kalau aku nak suka dekat dia pun. yang penting aku akan simpan je perasaan ni. bukan nak couple dengan dia pun. aku tk nak lah kacau boyfriend orang. aku nak setia dengan si dia je



ehh lambat pulak lah nak pukul 4 ni. aku ingat aku taip taip ni dah masuk pukul 4 lah kan. tapi belum jugak, heishhh. lambat betul lah. aku dah kehabisan idea ni. so sampai sini jelah yeh. nak on myspace kejap. facebook tah berapa tahun tk bukak haha xD friendster lagi lah, berkurun kut agaga. okah lah I think thats all. tataa ~

11 January 2010

bla bla bla

Salam . Hello .



serious memang tk ada kerja asyik tukar template blog ni je HAHAA . sebelum ni buat dua column lepastu tukar balik macam yang lama punya . haiyo -,- tk faham betul dina ni lah . aku pun tk tahu lah kenapa aku asyik tukar je . boring kut asyik tengok benda yang sama je * eleh padahal baru je tukar . kejap gila dah rasa bosan haihh . tk kisah lah kan . blog aku, aku punya pasal lah . tk payah nak busybody pulak * kejam gila ayat muahaha xD



asyik tukar template blog je . homework bukan nak dibuatnya . ish ish ish ( geleng geleng kepala )

10 January 2010

=.="

Salam . Hello .



okay, blog telah bertukar wajah . tah kenapa tiba tiba rasa nak buat dua column pulak . ehh aku tk copy siapa siapa okay . kalau ada yang tersama tu sorry lah eh . kebetulan pulak tersama dengan awak, awak atau awak punya . haha senang cerita siapa siapa jelah kalau ada yang tersama . tk ada niat nak copy pun . so ni jelah kut nak bagitahu . sengal je =P huahhh .

09 January 2010

haha, pelik pelik

dreaming -___-
Salam . Hello .



pagi tadi an dalam pukul berapa tah aku ada lah dapat satu mimpi ni . bagi aku agak merepek lah mimpi ni HAHAA . okay okay macam ni ceritanya . aku mimpi situasi ni time sekolah lah kan . tapi yang peliknya sekolah ni dia tk belajar . cikgu cikgu dia asyik bawak kitorang berjalan je . area dia just dekat kuala lumpur jelah . kalau tk silap dekat dekat dengan bangunan apa tah, aku tk ingat hehe . then ada lah sorang member lelaki kelas aku lah kan . dia bagitahu yang ketua tingkatan kelas aku dah meninggal . pada siapa siapa yang sama kelas dengan aku tahu lah siapa ketua tingkatan tu .


then aku pun terkejut gila lah lepas dapat berita tu . aku pun cakap lah dekat member lelaki kelas aku tu yang aku tk percaya . dia kata kalau kau tk percaya jom pergi tengok tuutt * nama tk boleh disertakan, haha . member lelaki kelas aku tu cakap yang tuutt meninggal hari ni . gosh lagi lah tk percaya gila . so apa lagi budak tu pun bawak lah aku untuk tengok budak tuutt . tapi location yang kitorang nak tengok budak tuutt tu bukan dekat hospital . tapi dekat belakang rumah nenek aku haha . pelik gila an . lepastu terus lah pergi belakang rumah nenek aku .


budak tuutt tu diletak dekat atas tray orang sakit tu lah kan . ada dua orang doktor dekat dua dua belah side tray tu . then ada sorang doktor ni dia jerit . dia cakap ' ada tk siapa siapa lagi nak tengok mayat ni buat kali terakhir ' lebih kurang macam ni lah doktor tu cakap . aku apa lagi terus lah jerit yang aku nak tengok budak tuutt tu . just nak pastikan betul ke dia dah meninggal . so terus pegi dekat tray orang sakit tu . doktor tu pun bukak lah kain mayat tu kan . gosh time tu jantung aku rasa macam nak jatuh je . serious memang betul budak tuutt yang meninggal . tah kenapa tiba tiba aku rasa sedih and sebak . so terus mengalir lah air mata aku ni .


so dah lama sikit then pergi tanam lah kan mayat tu . act benda ni jadi time lepas seminggu dah sekolah . aku macam tk boleh terima hakikat yang budak tuutt tu dah meninggal . kawan kawan aku semua pelik . sedangkan aku dengan budak tuutt tu bukan ada apa apa hubungan pun . just sebagai ketua and penolong tingkatan je . lepastu aku pun balik lah rumah kan . masa dah balik rumah tu aku terus masuk bilik . dah masuk bilik tu aku terus tutup lampu then just bukak lampu tidur . bukak aircond lepastu terus baring atas katil . masa baring atas katil tu aku macam mengelamun sikit . tiba tiba budak tuutt ni ada dalam bilik aku .


aku macam terkejut sikit lah . time tu hati aku cakap macam ni ' ehh bukan dia dah meninggal ke ? macam mana boleh ada dalam bilik aku ni ? ' . tapi yang peliknya aku tk rasa takut langsung . hati aku tiba tiba je sedih . lepastu dia terus lenyap dari pandangan . budak tuutt tu tk cakap sepatah apa pun masa tu . dia just pandang aku je . then terus pergi macam tu je . so esoknya tu aku terus cakap dekat kawan aku yang aku tk percaya budak tuutt tu dah meninggal . aku cakap dekat kawan aku kita tengok minggu depan . budak tuutt tu ada ke tk . then bila dah minggu depan tu pergi sekolah macam biasa lah kan . korang tahu what ? budak tuutt tu ada, siap dekat tempat duduk dia lagi . kawan kawan aku semua macam tk percaya . aku pun macam tk percaya jugak . misteri betul -.-


so macam ni lah mimpi aku tu . serious memang merepek gila kan HAHAA . aku pun tk tahu kenapa aku mimpi macam ni . haiyo -,- pada budak tuutt semoga kau panjang umur . sebab orang kata kalau kita mimpi pasal meninggal meninggal ni tandanya orang tu akan panjang umur :) tapi serious mimpi ni buat aku rasa nak tergelak bila diingatkan balik . memang merepek gila lah, haha .

08 January 2010

form 4 ?

Salam . Hello .



ehh dah lama aku tk update kan ? * lama ke ? haha . okay okay, act tk ada peluang nak update sebab terlalu busy sangat dengan sekolah . ingat hari tu time first day sekolah nak update tapi tk update pun . penat gila ouh -,- lagi lagi bila dilantik menjadi penolong ketua tingkatan ni . dok turun naik pergi pejabat untuk amek buku kedatangan kedua . nasib baik lah dapat ketua tingkatan yang agak bertanggungjawab . sebab dia yang pergi amek dan hantar buku tu . aku amek kadang kadang je . hantar pun kadang kadang jugak hehe .


tapi aku yang isi apa benda tah dalam buku tu . ye lah ketua dah pergi amek tk kan nak suruh dia tuliskan . banyak songeh lah namanya tu . aku pulak yang tk buat apa apa nanti . ohh ye, aku tk jadi tukar kelas . ada lah sebab sebab yang tertentu . jadi aku akan terus belajar di kelas 4 Ikhlas . aku adalah salah seorang pelajar kelas MPV atau dengan nama panjangnya kelas Mata Pelajaran Vokasional * tu pun nak bagitahu jugak . kecoh lah kau dina =P so aku amek dalam aliran katering dan penyajian . tk nak amek landskap sebab aku tahu aku tk larat nak angkat pasu pasu yang agak berat tu * berat ke ? petik je aku . act kelas MPV ada dua . ada kelas MPV 1 dan MPV 2 . aku dalam kelas MPV 1 :)


minggu depan dah mula untuk mesyuarat agung untuk kelab, permainan dan unit uniform . haihh malas betul rasanya nak pergi . kalau tk silap aku just pergi mesyuarat agung untuk permainan je . yang kelab dan unit beruniform tu tk pergi HAHAA . yang kelab tu aku tk pergi sebab cikgu kata pelajar MPV paling kurang pun dua je boleh amek sebab takut tk terlarat nanti . tapi PK KOKO suruh amek sekurang kurangnya tiga . so aku amek je kelab tu tapi tk pergi pun, muahaha kejam kejam . yang uniform tu pulak aku tk pergi sebab dia buat mesyuarat hari sabtu . untuk semua uniform kalau tk silap .


so malas betul rasanya nak pergi sekolah hari sabtu . lagipun aku takut kena pegang apa apa jawatan . penat seh -.- nanti jadi macam tahun lepas . dah lah kena pegang jawatan setiausaha . aku ni dah lah tk rajin nak tulis tulis ni haihh .tapi dah nasib badan kena lah terima jugak . okay okay lupakan pasal tu dulu . form 4 ni bagi aku agak susah sikit lah . sebab apa ? sebab semua kena buat esei . yang paling gerun sekali bahasa inggeris lah . PMR tahun lepas pun dah berterabur ayat dengan grammar aku . tu pun baru dia nak lebih dari 120 patah perkataan . untuk tahun ni dia nak paling kurang pun 350 patah perkataan kalau tk silap aku lah . haihhh hancur -,- bahasa melayu pun sama jugak . tapi bahasa melayu tk apa . sekurang kurangnya tahu macam mana nak buat sebab faham .


tapi insya-Allah aku akan tingkatkan usaha dari tahun lepas . bak kata cikgu mata pelajaran apa eh ? tk ingat haha . okay okay, senang cerita bak kata cikgu aku form 1, form 2 and form 3 belum cukup hebat lagi . dah masuk form 4 and form 5 lagi hebat . ya serious memang betul apa yang cikgu cakap tu . pada yang form 1, form 2 and form 3 korang jangan terasa . tk ada niat nak memperkecilkan korang . tapi bila korang dah masuk form 4 and form 5 nanti korang tahu lah . yang form 4 ni pun dah macam .. er tk tahu lah macam mana nak cakap . nanti korang rasa lah sendiri eh :) ni pun nasib aku dapat kelas MPV . sebab mata pelajaran teras je yang masuk SPM . kalau tk silap lah . siapa yang dapat kelas science atau account hah amek kau . pening kepala . lagi lagi yang ada add math . aku pun tk ingat dah kelas apa .


ohh ye sebelum tu ni kelab, permainan dan uniform yang aku masuk,

unit uniform
Kadet Remaja Sekolah

kelab
Kelab Komputer

permainan
Permainan Dalaman

rumah sukan
Neptun ( kuning )


okay I think thats all lah . banyak sangat dah aku berceloteh . maklum lah lama tk update HEHE :D so tataa .



sorry pada semua yang bagi msg dekat shoutmix tu . tk sempat nak balas msg korang plus aku agak malas nak balas HAHAA . insya-Allah kalau rajin nanti aku akan balas, okay :)

03 January 2010

sekolah

Salam . Hello .



ehh esok dah sekolah . huishh cuak lah -___- lagi lagi bila dah nak masuk form 4 ni . dah lah dapat kelas yang aku agak tk berapa nak minat . kelas apa tu ? heh biar lah rahsia, heeee . tapi tk apa nanti aku nak try mintak tukar . tu pun kalau dapat lah . insya-Allah, doa doakan lah yeh hehe . yang sentiasa aku fikir dekat kepala ni aku dapat guru kelas macam mana lah kan . garang ke ? baik ke ? haihh cuak -,- boleh ke aku belajar dekat kelas baru nanti . dengan kawan kawan baru jugak . apa kan daya dah terpisah dengan kawan kawan :( nak buat macam mana, dah nasib badan oi .


boleh ke aku sekolah tanpa dia . mana tk nya kalau time dah jejak je kaki dekat sekolah tu mesti dia orang pertama yang aku cari . bila dah terjumpa mula lah tersengih sengih hehe . malu malu arnab pulak :P siapa nak amek aku time dah habis aktiviti petang . haihh ngada ngada je kau ni dina . balik jelah sendiri . rumah bukan jauh sangat pun . nampaknya tahun ni aku kena berdikari . pandai pandai lah aku bawak diri nanti . aku nak belajar betul betul . wahh semangat gila an . tengok tengok tk lama lepas tu hampeh je HAHAA .


okay okay nak stop lah . tk ada motif betul entry aku ni, haihh -,-



ohh ye, maybe lepas ni aku jarang on kut . nak try focus pada study sepenuhnya * ececehh tk boleh belah . macam boleh :P haha . tapi tk apa insya-Allah aku cuba :) selamat kembali ke sekolah