31 December 2010

Buhbai 2010

Salam, heyy readers thmisc-3


Ini merupakan entry yang terakhir untuk tahun 2010. Seperti yang kau orang maklum esok dah nak masuk tahun 2011. Beratnya hati aku nak tinggalkan tahun 2010 ni. Macam-macam benda yang jadi sepanjang tahun ni. Segala kenangan pahit, manis, kelakar dan semua la akan aku simpan dalam memori aku. Walapun sebenarnya lebih banyak kenangan pahit yang jadi. Tapi biarlah semua tu berlalu pergi sebagai sumber kekuatan aku untuk tahun 2011 yang bakal tiba esok.


Yang paling tak sangka sekali bila dah masuknya tahun 2011, itu bermakna aku akan ke tingkatan 5. Wahh, SPM akan bakal menghantui kami semua yang tingkatan 5 ni. Haha. Kena la prepare awal-awal dengan segala senjata ilmu untuk berperang dalam SPM nanti. Sekejap je macam dah nak habis sekolah. Rasa macam baru-baru je masuk sekolah menengah ni. Hukhuk~ Bila dah masuk tahun 2011 jugak. Itu bermakna hubungan aku dan si dia akan menjangkau ke angka 4 tahun pulak. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Tak sangka betul. Hehe.


Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua orang di seluruh dunia ni. Happy New Year guys! Till here entry untuk tahun 2010. See you in entry 2011 pulak. Ngee~ Buhbai.


P/s: Apa azam tahun baru kau orang. Share la dengan aku. Hikhik thUntitled-4-1


Toodles~

29 December 2010

Exercise kaki xD

Salam, heyy readers. thmisc-10


Today adalah hari dimana ia dapat menguruskan kaki aku ni. Ohh sebab apa aku berkata begitu? Ia disebabkan aku telah berjalan jauh dengan buah hati tersayang dan adik aku. Kami berjalan dimana? Wahh banyak sungguh persoalannya. HAHA. Okay okay, straight to the point je. Actually hari ni aku keluar untuk mencari kasut sekolah. Serious sangat azab untuk mencari kasut sekolah aku. Sebab bila aku tanya je size yang aku nak mesti dah habis. Sangat tragis bukan. Disebabkan tu jugaklah kita orang berhijrah dari mines ke jusco equine. Semata-mata nak cari kasut sekolah je. Hakhak.


By the way, saiz yang aku cari tu adalah size 2. Ohh ye aku tahu kaki aku kecik. So ada masalah? * Tiba-tiba pulak nak cari pasal. Hokhok. Lepas je tak jumpa size kasut yang aku nak dekat mines kita orang terus jalan-jalan dan pusing-pusing. Lepas tu pergi makan, beli komik dan beli cd game * ni buah hati tersayang yang nak beli. Bila dah tak jumpa size kasut. Kita orang buat keputusan untuk cari dekat jusco equine pulak. Tapi penghijrahan kita orang tak membuahkan hasil pun. Sebab kasut still tak ada size jugak. Jadi terpaksalah aku beli size 3. Huhu.


Apa-apa pun hari ni aku sangat berpuas hati sebab dapat beli 7 buah komik. HAHA * gelak besar. 5 buah beli dekat mines dan 2 buah lagi beli dekat jusco. Tapi dalam puas-puas hati tu ada benda yang aku tak puas hati. Iaitu kasut sekolah aku tu la. Asal la longgar bebenor. Huhu. Nasib la, dah tak ada rezeki nak beli kasut size 2. Redha jelah. Okay la, rasanya sampai sini jelah entry kali ni. Buhbai readers! thmisc-3


Toodles~

26 December 2010

Mari tanggalkan tulang

Salam, heyy readers. 60


Okay first, ignore je title tu. Itulah akibatnya apabila sudah kehabisan idea untuk memberi title. Hakhak. Actually badan aku ni sakit-sakit. Apa kena entah. Mungkin sebab berulang-alik dari kampung ke serdang ni. Haihh, letih toksah cakap la. Memang letih yang amat la. Walaupun tak ada la sampai 3 jam perjalanan nak ke kampung aku tu. Tapi letih dia bukan main lagi la. Rasa nak tertanggal segala sendi-sendi, tulang-tulang dan sebagainya la. Haha thUntitled-2


Semalam pergi kenduri kahwin. Punya la lama dekat kenduri tu. Bosan memang tahap maksimum dah. Sampai dah tak tahu apa nak buat. Elak time tu aku nak balik rumah nenek sedara jalan kaki je. Tapi bila mengenangkan anjing yang berkeliaran dekat jalan-jalan tu, aku padamkan jelah hasrat tu. Tak ada kerja pulak aku nak berlari pakai kain kalau kena kejar. Haha. Lain la kalau ada yang baik hati nak tumpangkan awek-awek cun ni * perasan themoticon-15 Hokhok.


Okay, rasanya sampai sini jelah. Idea sudah berlari-lari anak dari kotak minda aku ni. See you next time guys. Buhbai thmisc-10


Toodles~

24 December 2010

Hometown

Today nak balik kampung until hari ahad ni. So aku akan away dari blog ni buat masa beberapa hari. Tinggalkan pesanan kau orang dekat shoutmix tu ye. Okay till here readers. Take care all! thUntitled-12-1



Toodles~

23 December 2010

Congrat budak kurus

Congrat untuk adik aku sebab dia dapat 7A 1B untuk PMR. Hadiah kau tuntut la dekat ibu. Haha 64

Thanks a lot Adik Najwa :D

Salam, heyy readers 60


Okay actually tak ada idea nak update ni. Just nak show off sikit ni. Haha 46 Kau orang nampak tak apa perubahan dekat blog ni. Alaaa nampak tak? Apa tak nampak jugak? Haihh, biar aku straight to the point jelah. Tu cuba pandang dekat atas tu. Nampak tak header blog aku yang comel tu. Hakhak. Okay okay, cukup dina. Geli pulak rasanya. So aku nak ucap berbanyak terima kasih dekat Adik Najwa sebab sudi nak buatkan header untuk blog aku yang tak berapa nak comel ni. Hoho. Thanks again ye. Happy sangat ni. Sampai tak terkata apa dah. Hehe. So till here readers, daaa 61


See, ni la header aku yang cute tu * perasan. HAHA.


P/s: Click sini untuk ke blog Adik Najwa 12


Toodles~

22 December 2010

Good luck budak kurus :P

Ohh sebelum tu, lupa pulak. Aku nak ucap good luck untuk adik aku yang bakal ambil result PMR esok. Hope dia dapat straight 8A's. Amin, insya-Allah thUntitled-1-1


Toodles~

20 December 2010

Aku mahu topup FREE !!

Salam, heyy readers. thUntitled-1-1


Okay hari ni aku nak update tentang contest yang telah di tag dekat aku oleh Nadia Zaidee thmisc-3 Wah, agak excited ye sebab ini adalah contest yang pertama aku join. Sebelum ni pun memang ada orang tag aku untuk join contest-contest ni. Tapi aku tak melibatkan diri pun. Mana la tahu kalau-kalau ada rezeki ke nak menang contest yang ni. Hehe. Insya-Allah thUntitled-4-1 Okay mari kita teruskan dengan cara-cara untuk join contest ni, tarikh tutup contest dan hadiah yang ditawarkan.


Cara-cara untuk join contest

- Korang semua mestilah menjadi followers aku and like page facebuk aku terlebih dahulu ..
- Buat satu entri mengenai contest ini .. Pastikan tajuk entri tersebut ialah "Aku mahu topup FREE !!"
- Letakkan banner contest ini didalam entri tersebut
- Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen ini
- Tag beberape orang bloggers yang lain .. minimum 2 and maximum 5
- Akhiri entri tersebut dengan Assalamualaikum bagi yang islam .. Dan yang non-muslim pula Salam sejahtera


Tarikh tutup contest ini adalah pada 17/1/2011

Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah .. !!

Hadiah Utama - Topup RM20
Hadiah Kedua - Topup RM10
Hadiah Ketiga - Topup RM5


Dalam syarat dekat atas tu dia suruh tag minimum 2 dan maximun 5. Tapi disebabkan aku ni malas sangat, so aku tak nak tag siapa-siapa la ea. Hikhik. Pada yang berminat sila la join okay thUntitled-12-1 Till here readers. Assalammualaikum.


P/s: Untuk maklumat lebih lanjut sila pergi ke blog ini http://humblemodest.blogspot.com/.


Toodles~

19 December 2010

Finally, I did it :D

Salam, heyy readers! thUntitled-4-1


Yeah! Finally aku berjaya edit gambar seperti diatas ni. Walaupun tak la secantik mana pun. Tapi aku tetap berpuas hati. Hoho. Aku tengok tutorial ni untuk buat seperti gambar diatas. By the way, thanks a lot to Syahirah for the tutorial thUntitled-12-1 Till here readers.


Toodles~

17 December 2010

Hello-hello

Salam, heyy readers! thmisc-10


Long time no see ya. Hok hok. Agak lama jugak ye aku tak update blog ni. Semalam aku ada memberitahu pada semua readers kesayangan aku bahawa lately ni aku agak busy. Yes, aku memang busy sangat-sangat lately ni. Semuanya bermula sejak aku balik dari holiday tempoh hari. Lepas balik dari holiday je ibu suruh aku duduk kampung. Mula-mula tu aku agak keberatan jugak. Tapi bila dah 4 hari duduk kampung rasa seronok pulak.


Lepas beberapa hari ibu call suruh aku balik sebab adik-adik tak ada siapa nak jaga. Waktu tu aku keberatan sungguh nak balik rumah. Tapi apakan daya aku tak mampu nak menolak. Ibu ada banyak tugasan yang harus di buat dekat sekolah. Jadi aku kena faham situasi ibu. Takkan nak biarkan adik-adik aku macam tu je. Kesian pulak nanti. Jadi aku pun bersetuju jugak untuk balik. Uhh pilunya hati nak tinggalkan kampung. Huhu. * Ayat skema.


So masuk hari ni dah 2 hari aku balik rumah. Rasa rindu dekat kampung masih lagi tak hilang. Walaupun masa dekat kampung memang bosan tahap maksimun, tapi semua tu cukup indah bila di ingatkan balik. Aishh sebak pulak rasanya. Asal entah nak emo tak tentu pasal ni. Huhu. Sabar jelah oi. Okay till here my lovely readers. Take care thmisc-9

Tiba-tiba pulak terasa nak makan benda yang manis-manis thUntitled-9


Toodles~

16 December 2010

Busy-ness

Lately ni saya sangat BUSY. Jadi harap maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox. Kemungkinan saya akan balas lambat. Harap maklum :)


Toodles~

08 December 2010

AWAY~

Salam,heyy readers. [Peace!]


Saya akan meng'away'kan diri dari blog buat beberapa hari ni. Kerana pergi ber'holiday' dengan family. Jadi saya memohon maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Segala mesej anda mungkin akan di reply lambat. Harap maklum.


Toodles~

01 December 2010

Tagg-ed

Salam, heyy readers. [Peace!]

Saya di tag oleh Diba :)

So here the rules:

" once you have been tagged , you are supposed to write a note with 25 random , things , facts or goal about you . at the end , choose 25 people to be tagged . you have to tagged the person who tagged you . if i tag you , its because i want to know about you . "


Okay, here the answer:

1. Anak sulung dari lima orang adik beradik
2. Suka membebel pada adik-adiknya. HAHA. Macam nenek-nenek je.
3. Sudah mempunyai teman istimewa.
4. Suka nangis kalau dah terlampau tertekan.
5. Selalu pendam semua masalah yang dihadapi.
6. Berangan adalah hobi yang tak boleh dibuang. Hakhak.
7. Sangat-sangat addict dengan benda yang comel dan kawaii. AWW.
8. Suka memasak benda yang berasaskan manisan.
9. Bercita-cita untuk menjadi Pastry Chef.
10. Cepat terasa dan mudah ambil hati.
11. Cepat merajuk dan agak payah untuk dipujuk.
12. Suka makan tapi beriya-iya nak kurus. HAHA. Macam mana tu.
13. Degil dan ego.
14. Menghormati orang lain kalau orang tu hormat saya.
15. Suka cari pasal dengan orang.
16. Mudah rasa cemburu.
17. Sangat tak suka sidai baju. AHAHA.
18. Suka lipat baju bila ada mood je.
19. Suka basuh pinggan dan sebagainya.
20. Tak suka basuh periuk nasi. Bhaha.
21. Tak suka dibebel oleh siapa-siapa pun.
22. Tulisan sentiasa berubah. Sampai buku pun tak berapa nak kemas. Hehe.
23. Agak cerewet dalam pemilihan pakaian.
24. Sangat suka makan benda yang manis, pedas, makanan yang berunsurkan tauhu dan yang paling penting masakan ibu.
25. Perangai yang susah nak di jangka dan susah untuk di fahami.


Tag 25 people:

- Saya tak nak tag siapa-siapa. Kalau nak tag ni ambil la. Hee~


Thanks yeah, i'm done :D

29 November 2010

29 November 2010

Salam, heyy readers. [Peace!]


Hari ni adalah birthday adik aku yang lelaki. Dia adalah satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Jadi aku nak bagi satu ucapan ringkas untuk dia.

First of all, Happy Birthday Umar! Dah 3 tahun dah budak kecik ni. Hehe. Dah semakin besar dah adik-adik aku semua. Hope bila Umar dah besar nanti dapat menjadi seorang anak yang berguna untuk ibu ayah, dapat menjadi seorang muslimin yang baik untuk Islam dan rakyat yang mempunyai etika yang elok untuk negara pada masa hadapan kelak. Semoga Umar dapat jadi seorang ustaz yang ibu selalu harapkan. Apa-apa pun along sayang Umar sangat-sangat! Walaupun kadang-kadang along suka marah-marah. Marah tu tandanya sayang kan. Hikhik.


With love: Your sister


P/s: Ucapan yang entah apa-apa kan. HAHA. Adik aku tu baru je 3 tahun. Tapi ucapan mengalahkan apa je xD


So till here :) Toodles~

27 November 2010

Award and Tag again :)

Award dari Amalyna :D


Then jawab soalan ni pulak:

1. korg rase robert pattinson hensem tak ?
- Hm, not bad kut.

2. ape yang korg rase bes gune blog ?
- Sebab boleh taip-taip. HAHA. Entah apa-apa punya jawapan.

3. 3 benda yang orang tak patut tahu tentang korg ?
- Kata tak patut tahu. So tak perlu nak bagitahu kan. Hikhik

4. mak / ayah yang korg lebih rapat ?
- Dua-dua rapat. Tak ada istilah pilih kasih,

5. 10 ciri-ciri lelaki idaman * soalan cepumas . haha
- Baik
- Setia
- Penyayang
- Mengambil berat
- Pandai ambil hati orang tua
- Menghormati semua orang
- Pandai menguruskan hubungan diantara pasangannya
- Memahami diantara satu sama lain
- Tahu pantang larang bercinta sebelum kahwin
- Boleh membimbing pasangannya pada masa hadapan

6. brand ape yang korg paling suke fesyen dorg ?
- Tak kisah. Asalkan sedap mata memandang dan tak menjolok mata.

7. ape yang bes pasal pakwe korg ?
- Terlalu banyak kalau nak di bagitahu. Hehe

8. pendapat korg tentang blog amalyna ? hehe
- Blog dia comel :)


Tag dari Nurul Hana :D

Here the rules:


Jawab soalan ni pulak:

If someone says. "Is this okay?" you say..
* Listen to your heart - DHT

How would you describe urself?
* I'm gone - Jay Sean

What do you like in a guy/girl?
* No other one - Taio Cruz

How do you feel today?
* Stuck in the moment - Justin Bieber

What is your life's purpose?
* Wouldn't change a thing - Demi Lovato

What's your motto?
* Not afraid - Eminem

What do your friends think of you?
* Get a life - Lil Wayne

What do you think of your parents?
* Forever - Drake Feat. Lil Wayne, Kanye West & Eminem

What do you think about very often?
* Can't stop won't stop - Lindsay Lohan

What is 2 + 2?
* 2012 - Jay Sean (ft. Nicki Minaj)

What do you think of your bestfriend(s)?
* Got your back - T.I. Ft. Keri Hilson

What do you think of the person you like?
* Perfect two - Auburn

What is your life story?
* Impossible - Shontelle

What do you want to be when you grow up?
* Own steps - Step Up 3D Soundtrack

What do you think of when you see the person you like?
* Stuck with each other - Shontelle ft Akon

What will you dance at your wedding?
* Gravity - Sara Bareilles

What will they play at your funeral?
* Yo Side Of The Bed - Trey Songz

What is your biggest fear?
* Letting Go Dutty Love - Sean Kingston Ft Nicki Minaj

What is your biggest secret?
* Secret - One Republic

What will you post this as
* What you got - Akon ft Colby O donis

Tag 20 people
* I don't want tag anyone.


Okay, I'm done!

25 November 2010

Thank you :D

Salam, heyy readers. [peace!]


Saya dapat award dari Nadia Zaidee :)


Lepastu kena jawab soalan ni pulak:

7 THINGS ABOUT ME

- Seorang yang degil dan ego
- Anak pertama dari 5 orang adik beradik
- Bercita-cita untuk jadi seorang chef satu hari nanti
- Sangat kedekut. HAHA
- Sangat suka dengan benda yang comel dan kawaii
- Sayang dengan seseorang yang digelar MR. A <3
- Seorang yang sukar untuk difahami


Perlu bagi award ni dekat 10 bloggers lain :-)

- Saya tak nak bagi award ni dekat siapa-siapa. Kemalasan melanda. Hikhikhik.


P/s: Thanks again Nadia Zaidee. HEE~

22 November 2010

Tag-gy

Saya di tagged oleh Natasya :D


Jom kita teruskan dengan tag tersebut:

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
- My family, My friends and My boyfie <3

Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
- Topup

Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
- Di sebuah dewan yang boleh memuatkan semua kenalan saya. Hmm tema? Belum difikirkan lagi.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
- Yes, hihi. *Malu

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- I'm not sure about that. Kalau dia yang menjadi suami saya. Insya-Allah hingga ke akhir hayat.

Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
- Di rumah family saya. Hehe.

Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
- Komik. Tapi tak ingat tajuk apa.

Apakah nama penuh korang?
- Tu dekat sidebar ada tulis.

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
- Dua-dua kut.

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
- Heliza. Hek hek hek. Dia comel.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
- Ada sesetengah baju je.

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
- New York. Ahaha.

Pilih salah satu, peluk atau cium?
- Hah?

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
- Blog dia comel, dia suka chocolates, marshmallows and pink, lastly she practice taekwondo.

5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
- My phone, my purse dan semua present yang saya dapat.

5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
- Perfect two + Auburn, That should be me + Justin Bieber, Love the way you lie + Rihanna, Insya-Allah + Maher Zain, Tunjukkan aku + Boneca.

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
- 14 November 1994. Last year? Tak ingat la. Hihi

7 orang blogger yang korang nk tag
- No else.

Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
- No answer.


Okay, I'm done! :)

Kawan-kawan, dengar sini ye

Heyy readers. [peace!]


Okay actually saya ketiadaan idea untuk meng'update' blog sekarang. Cuma saya nak maklumkan pada semua kawan blogger bahawa saya tidak menerima sebarang tutorial. Kecuali saya yang sengaja nak buat. Bukan apa nanti bila saya tak buat tutorial yang semua kawan-kawan mintak mula la ada yang tak puas hati. Lepastu mula la cakap saya kedekut ilmu la, buat tak tahu la dan sebagainya. Dalam dunia blog ni bukan saya je yang buat tutorial. Banyak lagi blog yang menyediakan tutorial. Rajinkan la sikit tangan anda untuk search Google dan yang berkenaan dengannya.



Tapi disebabkan saya tak nak anda semua bersusah payah untuk mencari, di sini saya senaraikan blog yang mempunyai banyak tutorial yang berguna. Antaranya ialah:

Saya rasa ni je blog-blog yang saya tahu menyediakan pelbagai tutorial yang berguna. Sila la melawat blog mereka ni ye :) Lepasni saya tak nak ada yang bising-bising lagi okay. So till here readers.


P/s: Senarai blog tu akan sentiasa di update. Insya-Allah.


Toodles~

21 November 2010

Maki la lagi ye :)

Ehh see, ada orang maki saya la. Hehe. Nah tengok ni

Click gambar untuk lihat lebih jelas


Kelakar betulkan. Kalau dah tahu saya tak layan semua comment-comment tu, kenapa tak ikhtiar untuk cari tutorial dekat blog orang lain. Nak jugak tunggu tutorial dari saya. Haha. Saya rasa punya la banyak blog yang menyediakan banyak lagi tutorial. Tak faham betulkan. Terima kasih ye sebab maki saya. Saya hargai sangat :)


Awak buat saya nak gelak je. Hihi. Sabar jelah.

20 November 2010

20 November 2010

Actually tak tahu nak update apa. Cuma tak sangka my followers dah mencecah 500. Tak sangka sungguh. Hehe. Thanks ye pada semua yang sudi follow blog tak seberapa ni. Love you all!

17 November 2010

17 November 2010


Salam Aidiladha khas buat Semua :)

14 November 2010

14 November 2010

Happy Birthday to me :)


Thanks pada semua yang wish. Sayang anda semua ❤


I'm sixteen already, ngee.

09 November 2010

Orang gila tak sedar diri

Orang gila tu buat aku sakit hati je!


Kalau diri kau tu dah cukup bagus dan nak sound-sound orang aku boleh terima. Tapi kalau diri sendiri pun tak betul baik tak payah okay. Aku cukup benci orang yang suka sound orang tak tentu pasal tanpa bukti yang kukuh. Diri sendiri pun tak reti nak jaga. Inikan sibuk nak jaga tepi kain orang. Aku benci dengan orang gila yang suka kacau orang tu. Kenapa dia wujud lagi dekat dunia ni. Dah banyak kali pulak tu. Tak aman betul hidup aku. Tak terjamin keselamatan aku dekat sini. Pergi m _ _ i la orang gila. Jangan kacau hidup orang lagi. Dah pernah masuk jail pun tak sedar-sedar lagi. Jadah haram betul. HUH!



P/s: Aku tahu kau orang mesti blur-blur baca entri ni. Tak apa la, biarlah aku dan orang-orang yang tertentu je faham.

08 November 2010

Hati aku memang selalu macam ni

HEY HEY !


Ini merupakan entri yang kedua aku update hari ni. Entah kenapa hati aku ni yang membuatkan aku terasa nak update lagi. Walaupun baru je kejap tadi aku update blog. Tadi hati aku elok je tenteram dan aman. Tapi sekarang hati aku ni bagaikan ditoreh-toreh dengan pisau yang amat tajam. Aku pun tak pasti kenapa aku rasa semua ni. Air mata ni pun macam murah je dia nak keluar. Tapi aku tahankan je. Aku dah penat nak nangis-nangis ni -,- Kenapa la aku rasa semua ni. Tanpa sebab pulak tu. Pelik, sungguh aku pelik.

Hati aku selalu je tak menentu. Mula-mula tu okay je. Boleh happy-happy dan senyum-senyum bagai ni. Tapi lepastu secara tiba-tiba mesti rasa sedih pulak. Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan sampai rasa sedih macam ni. Kenapa dengan aku ni? Aku sendiri pun tak faham diri aku. Inikan orang lain, lagi la tak faham. Haishh. Entah la. Buntu dohh. Ahh rasa nak nangis. Tahan air mata tu dina TT-TT Okay la, till here readers. Not in good mood -.-


Toodles~

Can't forget it

Salam. Heyy readers [peace!]


Seperti yang dimaklumkan semalam. Hari ni aku ada exam tasawwur. Hm soalan dia not bad la. Boleh tahan susah jugak. Dah kata PPD yang buat soalan. Memang mencabar gila la. Rasa macam nak tercabut saraf-saraf otak aku ni nak fikir jawapan. Haiyoo -.-" Kertas satu memang susah gila la aku cakap. Aku tinggal tujuh soalan dekat kertas ni. Jawapan yang buat pun belum tentu betul. Kertas dua pulak not bad la. Ada separuh senang, ada separuh susah. Berapa soalan entah aku tinggal kertas ni. Hope dapat markah yang okay okay jelah. Amin.


Tadi dekat sekolah pelajar katering semua busy. Tak menang tangan dibuatnya. Ada kelas form two ni buat jamuan. Dia orang tempah makanan dekat katering. So budak-budak katering pun buat la apa-apa yang patut. Mana-mana budak katering yang ambil exam tasawwur tadi sepatutnya kena bertugas dalam bahagian penyajian. Tapi tengok-tengok kena siapkan tempahan pastri gadis mulia. So aku dengan tiga orang lagi rakan seperjuangan aku pun menyiapkan la tempahan ni.


Satu kumpulan tiga adunan. So disebabkan ada dua kumpulan je dapat la enam adunan * Cehh belajar math kejap.HAHAHAHA. Masak punya masak sampai la pukul tiga lebih. Semua dah siap-siap kemas nak balik. Tapi tadi aku dengan tiga orang rakan seperjuangan aku ni balik lambat sikit. Sebab kita orang kan masuk lambat sikit. So keluar pun lambat la. Ngeh ngeh ngeh. Lepas dah siap semua kita orang pun dilepaskan la untuk balik. Lepak-lepak dekat kantin kejap. Dalam pukul berapa entah baru la kita orang buat keputusan nak balik. Dah sampai rumah aku terus makan. Lapar gila kut. Then rehat-rehat kejap. Penat memasak dengan perah otak dekat sekolah tadi. Hek hek hek.


--> Topic change <--


Hari ni jugak ada satu peristiwa yang mungkin aku tak dapat lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku terkunci dalam bilik sendiri. Ni sebab tombol pintu tu punya pasal la. Boleh pulak dia nak buat hal pagi-pagi buta. Aku dah la nak siap-siap pergi sekolah. Tambah pulak ada exam. PEH! Punya la gabra gila aku pagi tadi. Agak mengambil masa yang lama nak bukak pintu bilik tu. Sekarang pintu bilik aku ni dah tak boleh nak kunci. Sebab dia punya apa benda entah nama benda alah tu dah pecah, patah dan hancur berderai. Fobia gila nak tutup pintu bilik. HAHAHAHA.


Nasib baik sempat nak siap-siap pergi sekolah. Serious pagi tadi aku siap ekspress gila. Kalau tak mandi pun dah ambil masa yang lama. Hua hua hua * Kantoi. Dalam pukul tujuh berapa minit entah baru aku dan adik aku gerak ke sekolah. Kita orang ambil masa lima minit je nak sampai sekolah. Cepat gila kut kita orang jalan. AHHHA. Ni kes dah cuak lambat pergi sekolah la ni. Nasib tak lambat. Sempat jugak la aku nak baca buku tasawwur pagi tadi. Kalau tak aku dah buat keputusan tak nak pergi sekolah even ada exam. Nasib baik semuanya dapat diselesaikan. Dapat jugak aku ambil exam hari ni. Alhamdulillah :)


So till here readers. Tangan lenguh menaip.


Toodles~

07 November 2010

Uhh esok tasawwur -.-"


Om-ee-ge! Esok exam tasawwur derr. Gua cuak gila-gila ni. Awwww rasa nak menjerit je dohh. Ya-Allah bantulah hamba mu ini. Kau tenangkan hatinya dan permudahkan la agar aku dapat jawab exam esok. Amin.


Ni je kut aku nak update. Till here readers.


Toodles~