09 November 2009

Miss You Friends


divider4

Dari kiri Syira , Dayang , and Dieyna


Korang mesti ingatkan entri aku yang sebelum ni? Entri yang aku mintak maaf kat cikgu² and kawan² aku tu. Ok masa kat entri tu kan aku ada mention kan 2 orang besties aku. So kat atas tu la 2 orang besties yang aku maksudkan tu. Dengan dorang la aku selalu habiskan masa kat sekolah. Kitorang kalau pergi mana² pun mesti bertiga. Kalau gaduh pun mesti bertiga jugak. Haha. Semua tu la yang buat kitorang rapat. Lagi-lagi kitorang semua sekepala and open minded. Kitorang boleh kongsi apa saje cerita yang kitorang nak . Tak payah la nak malu² kucing pulak. Kih³. Tapi kalau korang nak tau la , sape² yang tak nak tau tu suka hati korang la kan. Haha. Ok² sambung balik , kalau korang nak tau kawan aku yang duk tengah-tengah tu dia laen sikit dari aku and kawan yang lagi sorang tu. Sebab? Ok sebabnya ialah dia tu sensitif sikit. Dia cepat merajuk and cepat terasa. Bila nak pujuk punya la payah . Nak kena tunggu esok la baru ok. Hehe. Thats why aku cakap kitorang selalu gaduh . Yang lagi sorang tu jarang gaduh sebab dia tu jenis yang tak kesah. Tapi dia garang gila . Kalau dia marah aku pun takut dibuatnya . Hik³. Yang duk tengah² tu sedang dalam In Love dengan jejaka bernama A***. Haha, kebetulan nama buah hati kitorang tersama pulak. Mula dari huruf 'A'. Yang sorang lagi tu pulak single mingle saje. Tapi sekarang mana la tau dah ada buah hati ke . Hik³. Suka hati dia la kan. Asalkan dia bahagia dengan hidup dia. Aku pun tumpang happy jugak . Aku hope sangat kita akan berkawan sampai bila². Nanti kalau korang dah nak kawen jangan lupa jemput aku ye. Haha. Jauh betul menyimpang. Kih³. And aku nak korang tau yang aku sayang korang sangat² even aku tak pernah nak cakap depan². Korang tau sebab apa? Sebabnya aku malu. Aku memang pemalu. Korang sendiri pun tau. Hehe. Ok la walau apa pun aku harap persahabatan kita akan berkekalan. Even kita kena bawak haluan masing². Insya-Allah. Ok la , aku rasa sampai sini je dulu entri kali ni. Penat maa menaip. Haha . Ok laa , byebyee~



Korang kawan terhebat !

divider4

No comments: