29 November 2009

need someone

okayy, seriously aku memang need someone right now . tah tiba tiba je mood ni hilang terus . hati pulak sedih tak tentu pasal . mahu nak mengalir air mata aku ni :'( ehh kenapa dengan dina ni ? kenapa tiba tiba je jadi macam ni ? apa yang tk kena . huaahhh tension okay -.- ada tk siapa siapa boleh dengar luahan hati ni ?

wehh aku need someone lah . please :'( siapa sudi teman aku . why 'si dia' tidur awal sangat ? act aku memang perlukan dia sekarang . tapi apa hak aku kan nak halang dia dari tidur . biarlah aku pendam je apa yang aku rasa . mugkin tu lebih baik kan dan aku lebih senang macam tu -.-

kau pulak . aku harap kau berhenti untuk suka kat aku . aku memang tk ada niat nak buat kau kecewa . aku tk boleh terima kenyataan kau suka aku . aku just anggap kau KAWAN aku okay . tk lebih dari tu . even kau dah banyak tolong aku . aku hargai sangat semua tu okay . kau cari lah orang lain . lupakan jelah perasaan kau tu . kenyataannya kita hanya kawan dan tk lebih dari tu . aku senang dengan kau sebagai kawan . aku nak keadaan macam biasa . please .


dah lah tk ada mood aku nak tulis panjang panjang . * awak awak, saya memang perlukan awak sekarang :'(

28 November 2009

Tired -,-

Assalammualaikum . Okayy, hari ni pun post pukul dua pagi jugak . Haiyo macam tk ada time lain dah nak post -,- act tk ada masa nak post siang tadi . Tk sempat nak on . Tapi biar jelah .

Hm hari ni memang tersangat lah penat . Pagi tadi dalam pukul sebelas lebih lah kutt pergi rumah nenek . Alahh tk jauh mana pun . Tk sampai sejam pun kalau pergi . Dah sampai rumah nenek terus lah salam siapa yang patut . Then borak borak dengan sepupu dan dapat hadiah hari jadi . Even dah lepas HAHA ! Dorang kata tk sempat nak bagi sebab tk jumpa aku . Tk kisah lah kan . Lepastu makan makan kejap . Then lepas dah makan semua mana yang lelaki tu siap siap lah nak pergi solat jumaat . Manakala orang di rumah pulak menyiapkan makanan tengah hari . Act mak sedara aku je yang siapkan haha * kejam -,- Lepas dorang dah habis solat jumaat makan lah tengah hari sama sama .

Hari ni jugak aku dapat tahu yang aku dapat balik kampung . Yess, memang happy gila lah . Ye lah semalam dah touching touching dah tk dapat balik kampung . Tengok tengok dapat jugak . Memang dah terbayang dah suasana dekat kampung tu . Dengan adik adik sepupu aku lagi . Excited lah nak balik . Tapi tk tidur sana pun . Ni pun aku baru je sampai rumah dalam pukul satu pagi tadi . Tu yang penat sikit -,- gerak dari rumah nenek aku dalam pukul dua belas . Act mengecewakan je balik kampung . Sebab sepupu aku tk ada . Maybe dorang dah balik ke rumah dorang semula . Sedih je ;'( Punya lah berharap gila dapat jumpa dorang tapi tk dapat jumpa pun . Hm redha jelah -,- tapi tk apa sebab balik kampung pun still best jugak . Sebab tadi aku and adik aku kerja kan pokok jambu nenek aku haha ! Syok gila lah petik buah jambu . Yang petik adik aku sebab dia tinggi, siap panjat meja yang ada dekat situ lagi haha . Aku tukang bagitahu je jambu mana yang nak petik . Di sebab kan jambu jugak lah fon aku jatuh dekat atas tanah yang terdapat sedikit batu dan calar dengan begitu tragis sekali * padahal salah aku jugak . Gatal sangat nak baling baling buah jambu tu . Ha amek kau fon jatuh haha . Padan muka -,- . Then adik aku yang enam tahun , ibu aku , nenek sedara dan adik aku yang 2 tahun tu pergi tangkap tangkap ikan dekat belakang rumah nenek . Malas lah nak join . Dengar cerita siap jatuh jatuh lagi haha . Memang gempak lah ;D Btw, hari ni memang best lah dan sangat letih -,-

Ehh mata dah mengantuk lah . Maybe ' Si Dia ' pun dah tertidur . tk rep pun msg aku . Hm, tk apa lah . Good night . Nak tidur .


Sejak akhir akhir ni aku suka buat entri yang bercampur campur . Kenapa tah . Biar jelah -,-

27 November 2009

Assalammualaikum . Okay okay memang tk ada kerja sungguh post pagi pagi yang tk berapa nak pagi ni * ikut ayat adik haja haha . Sorry adik . heee . Tapi aku still nak post jugak . Lagipun dah lama dah tak post . Haihh kesian dekat blog ni . * Tah apa apa je dina ni, haiyo -,-

Okay okay . Act tk tahu nak post apa ni . Memang betul betul tk ada idea ni . Hm, cuma pagi yang tk berapa nak pagi ni aku rasa sunyi sikit . tk tahu lah sebab apa -,- sedih je.

Sekarang dah ramai yang balik kampung kan ? Aku je tk dapat balik ;'( Tk berkesempatan lah sebab ayah aku ada hal . Haihh, time time macam ni lah baru nak ada hal . Haiyo -,- sabar jelah . Esok ingat lepas korban dekat masjid nak balik kampung lah . Tengok tengok tk jadi nak balik . Raya dekat sini jugak lah nampaknya tahun ni . Bosan lah -,-

Ehh tadi jumpa my hunny bie kejap . Ye lah esok dia dah nak balik kampung . So tk dapat lah nak jumpa . Minggu depan dia SPM semula . Jadi tk nak lah kacau dia . Nak dia focus betul betul dekat SPM nanti . Hm, even dah jumpa tadi tk tahu lah kenapa still rasa rindu -,- tk apa lah . Nanti lepas dia habis exam kitorang hang out lah . Ouhh tk sabar nak tunggu saat tu heee ;) Tadi masa jumpa pun dia memang dah ada ajak nak keluar lepas dia habis exam . Dia ajak tengok wayang . Cerita apa tah tadi . Tk ingat HAHA ;P * dina memang pelupa, haiyo -,-

Hm tadi chat dengan amin dekat ym . Okayy dia kawan sekolah aku . Serious dia memang baik gila lah . Dekat sekolah and dekat luar memang different gila . Dekat sekolah dia tu sedikit anoyying HAHA ! * kejam sungguh dina ni -,- . Tapi bila dekat luar dia memang baik . Suka jugak lah cari jalan penyelesaian sesuatu masalah dengan dia . Di sebabkan dia jugak lah aku belajar untuk menjadi orang yang matang . Thanks sangat di atas semua nasihat kau heee ;)

Then tadi ym jugak dengan wani saaban * ehh kalau salah eja nama ayah kau ni sorry, heee . Okay okay dia pun kawan sekolah aku jugak ;) haihh, kalau chat dengan kau mesti gelak tk ingat dunia haha . Macam yang aku cakap tadi belum lagi kita berjumpa . Confirm gelak sampai pecah perut . Dua dua masuk hospital . Katil sebelah sebelah je HAHA ! Sengal je aku ;P Chat dengan kau memang gempak ;D Teringat pulak time yang aku sakit perut tu . Rasa macan nak m*** je haha . Ehh tadi kau cakap mak kau masak pedas kan ? Ha habis lah tengah tengah malam kang sakit perut macam aku . Padan muka ;P * kejam betul kawan kau ni wani . haihh -,-

Okayy sebelum aku lupa aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk korang semua ! ;D Selamat mengorban lembu dan kambing ye, HAHA ! * sengal je ucapan ;P Ikhlas dari Dina ;)


Entry yang agak serabut, haha . Biar jelah -,-

22 November 2009

keadaan kembali pulih ;)

Hello korang [peace]

Hari ni tk ada apa apa yang syok kut. Macam biasa je dari hari yang lain lain dan hari ni jugak aku dapat rasa yang masalah aku semakin menghilang. Entah macam mana lah masalah tu boleh nak pergi macam tu. Tapi tk sia sia jugak lah kesabaran aku selama menempuh masalah ni. Alhamdulillah. Jadi sekarang macam lapang sikit la kepala ni. Tk berapa banyak sangat fikir pasal masalah dan aku dah tk larat untuk menangis lagi. Cukup la hal yang lepas lepas tu aku jadikan pedoman untuk aku terus hidup di atas muka bumi ni.

Sekarang hati ni lapang sikit. Tk ada lah aku asyik tertekan je fikir pasal semua ni. Aku pun dah tk larat dah. Bersyukur sangat sebab semua ni semakin pulih macam biasa. Tk lupa jugak dekat my hunny bie yang selalu jadi mangsa aku. Hehe. Memang dia jelah yang selalu jadi mangsa. Tk ada orang lain dah sebab dia jelah yang selalu mesej aku. Dia jelah yang bersusah payah nak pujuk aku tapi aku buat tk tahu je. Kesian dia, huhu. Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mintak maaf sangat dekat my hunny bie sebab buat dia macam ni. I'm so sorry my dear. Selalu buat you macam ni. Tk fikir pun perasaan you. Dah lah you tengah SPM kan. Kesian you. Sorry ea sayang.

Hm, kepada kawan kawan pulak bila lah aku dapat jumpa korang kan? Rindu ouh dekat korang semua. Aku dapat tahu ramai yang pindah sekolah. Sedih lah tk dapat jumpa korang nanti. Mana member member aku yang dah pindah tu korang jangan lah lupa dekat aku ye. Aku dekat sini sentiasa ingat dekat korang. Semoga korang berjaya belajar dekat sekolah baru nanti. Biasa biasa kan lah diri tu ye. Hehe. Hm, bila ea result PMR nak keluar? Aku dah cuak gila dah ni HAHA! Tapi dalam cuak cuak tu jugak tk sabar nak jumpa korang semua. Tk sabar nak tunggu saat tu. HEHE sabar dina sabar. Jangan gopoh sangat tengok tengok result tk okay. Uishh! Harap harap tk lahh -,- Apa apa pun aku dah mula tenang sekarang. Tu yang penting. Alhamdulillah =)
------------------------------------------------------------------

Ohh ye sorry sangat sangat pada siapa siapa yang bagi mesej dekat shoutmix tu. Tk sempat nak balas lah. Thanks jugak dekat siapa siapa yang link blog ni okay. Insya-Allah ada masa lapang atau pun diri ni rajin akan di link balik pada siapa siapa yang link tu. * Kenapa macam pelik je ayat ni .



Kepala aku rasa ringan sikit HAHA xD From now think positif lah dina, okay? I know you can do it. * bagi semangat dekat diri sendiri. HAHA

15 November 2009

Jay Sean





Yeahh, Jay Sean. Dia cute ouw. Haha. Mula terminat dekat dia masa dengar lagu Stolen dekat Channel Hitz. Memang terpaku la time tu. Tak boleh gerak² dah. Haha. Masa tengok video clip dia tu aku tengok dengan adik aku. Kitorang cakap rambut dia salah potong time dalam video clip tu. Haha. Rambut dia pelik ouhh. But takpe² dia still cute. SUKA². Hikhik. Gatal sungguh mu ni Dina. Jealous 'Si Dia' nanti. Aku bila time ada jea lagu ni mesti terjerit-jerit macam org gila. Haha. Entah apa² je kau ni la Dina. Eh, dah la. Aku dah kebuntuan idea ni. Hikhik. Ok la byebye ~



Aku tau entri ni memang merapu habis O_O

14 November 2009

Aku dah 15?

Yaaa, sungguh tak ku percaya yang aku dah 15 years already. Hehe. Aku dah semakin tua laa. Haha. Tapi takde la tua sangat. Muda lagi apa. Hikhik. Pape pun thanks sesangat pada sape² yang dah wish. Tak ramai mane pun yang dah wish kat aku. Antara orang² yang dah wish adalah 'Si Dia', Syira (My Besties), Sofwan (Ex Boyf adek aku), Alep (Old Friend), Cik Imah kita yang cute sesangat and kawan² kat ms yang aku pun tak berapa kenal. Haha. Kejam². Pape pun Happy Birthday To Me laa. Haha. Tak malu betul wish kat diri sendiri. Tapi suka hati aku laa kan. Tak susahkan korang pun. Haha. Ni jela entri kali ni. Aku dah merepek tak tentu hala dah ni. Byebye ~





Lagi sekali Happy Birthday To Me. Haha. Tak habis² xD

09 November 2009

Miss You Friends


divider4

Dari kiri Syira , Dayang , and Dieyna


Korang mesti ingatkan entri aku yang sebelum ni? Entri yang aku mintak maaf kat cikgu² and kawan² aku tu. Ok masa kat entri tu kan aku ada mention kan 2 orang besties aku. So kat atas tu la 2 orang besties yang aku maksudkan tu. Dengan dorang la aku selalu habiskan masa kat sekolah. Kitorang kalau pergi mana² pun mesti bertiga. Kalau gaduh pun mesti bertiga jugak. Haha. Semua tu la yang buat kitorang rapat. Lagi-lagi kitorang semua sekepala and open minded. Kitorang boleh kongsi apa saje cerita yang kitorang nak . Tak payah la nak malu² kucing pulak. Kih³. Tapi kalau korang nak tau la , sape² yang tak nak tau tu suka hati korang la kan. Haha. Ok² sambung balik , kalau korang nak tau kawan aku yang duk tengah-tengah tu dia laen sikit dari aku and kawan yang lagi sorang tu. Sebab? Ok sebabnya ialah dia tu sensitif sikit. Dia cepat merajuk and cepat terasa. Bila nak pujuk punya la payah . Nak kena tunggu esok la baru ok. Hehe. Thats why aku cakap kitorang selalu gaduh . Yang lagi sorang tu jarang gaduh sebab dia tu jenis yang tak kesah. Tapi dia garang gila . Kalau dia marah aku pun takut dibuatnya . Hik³. Yang duk tengah² tu sedang dalam In Love dengan jejaka bernama A***. Haha, kebetulan nama buah hati kitorang tersama pulak. Mula dari huruf 'A'. Yang sorang lagi tu pulak single mingle saje. Tapi sekarang mana la tau dah ada buah hati ke . Hik³. Suka hati dia la kan. Asalkan dia bahagia dengan hidup dia. Aku pun tumpang happy jugak . Aku hope sangat kita akan berkawan sampai bila². Nanti kalau korang dah nak kawen jangan lupa jemput aku ye. Haha. Jauh betul menyimpang. Kih³. And aku nak korang tau yang aku sayang korang sangat² even aku tak pernah nak cakap depan². Korang tau sebab apa? Sebabnya aku malu. Aku memang pemalu. Korang sendiri pun tau. Hehe. Ok la walau apa pun aku harap persahabatan kita akan berkekalan. Even kita kena bawak haluan masing². Insya-Allah. Ok la , aku rasa sampai sini je dulu entri kali ni. Penat maa menaip. Haha . Ok laa , byebyee~



Korang kawan terhebat !

divider4