31 December 2009

goodbye 2009 -,-

Salam . Hello .



haihh -__- berat sungguh hati ni nak tinggalkan tahun 2009 . macam macam kenangan lah yang terjadi sepanjang 2009 ni . ada kenangan pahit, kenangan manis, kenangan masam, kenangan kelat and macam macam kenangan lagi lah . kenangan yang paling tk boleh dilupakan time duduk dalam bilik peperiksaan untuk berjuang dalam PMR . memang kenangan yang tk boleh dilupakan lah . rasa macam nak ulang balik je saat tu -,- tapi aku tahu tk kan boleh berbuat demikian .


hari nak amek result PMR pun kenangan yang tk boleh dilupakan jugak . hari dimana aku dan kawan kawan berkumpul ramai ramai . ya Allah indah sungguh saat tu . dengan bermacam macam ragam yang aku lihat . memang sukar untuk aku padam kan memori tu dari fikiran aku . kenapa aku harus tinggalkan tu semua -______- aku tk nak form 4 lah . rindu sangat saat saat form 3 . memang terindah lah . rindu dekat kawan kawan yang dah pindah sekolah . tk tahu lah boleh jumpa korang lagi tk .


tk lupa jugak kenangan dekat dalam kelas 3 Dedikasi yang sentiasa riuh tu . rindu dekat budak budak lelaki yang duduk dekat belakang tu . lagi lagi Haikal . rindu doe nak dengar lawak kau . rindu nak bergosip dengan kau HAHAA . then fazli rindu aku nak marah kau . aku memang suka gila cari pasal dengan kau . sebab kau mesti akan bagi respon yang menarik hehe . azfar pulak partner untuk simpan rahsia . bila aku tanya balik mesti dah tk ingat dah hahaha . hebat lah kau ni . bagus betul . tk ada lah kau cerita dekat orang lain kan . haihh senang cerita lah kan aku rindu semua yang ada dekat dalam 3 Dedikasi . rindu nak sama kelas dengan korang -.-


tapi even aku tk nak 2009 tu pergi ia tetap akan pergi jugak kan . jadi selamat datang 2010 . hope korang semua akan terus maju ke arah kebaikan dan semoga korang akan terus berjaya * macam perli je ayat hahaha . heyy aku tk maksud kan dekat siapa siapa okay :) jangan lah ada yang terasa . kalau ada sorry sangat sangat . tk ada niat okay .



entri terakhir untuk 2009 ni =(

30 December 2009

facebook

Salam . Hello .



ohh ye just nak bagitahu facebook telah di buka semula :D act sebelum ni aku deactivate kan account facebook aku . ada lah sebab sebab yang tertentu . heee ~ mungkin lepas lepas ni aku deactivate kan balik HAHAA . tah apa apa je dina ni . heh, suka hati lah kan xP

--------------------------------------------------


entri yang simple je . tk ada idea nak update -.-

ting tong

Salam . Hello .



tadi akibat kebosanan yang amat aku pun membuat keputusan untuk delete post aku yang sebelum sebelum ni . banyak jugak lah yang aku dah delete . then lepas dah delete tu aku baru perasan yang post tutorial nak buat script emoticon tu aku terdelete sekali . aduyai -___- masalah masalah . so disini aku nak bagitahu yang aku tk kan buat tutorial tu lagi . sorry guys -.- kalau korang nak buat script emoticon tu korang search dekat google okay . sorry sangat sangat .


rajin rajin kan lah tangan korang tu untuk search dekat google . segala kesulitan harap dimaafi .



kalau korang nak search untuk buat script tu . korang tulis je cara-cara membuat script emoticon sendiri . insya-Allah jumpa lah nanti

28 December 2009

rugi rugi

Salam . Hello .



hari sabtu lepas pada 26/12/2009 ada cerita titanic . dekat tv 2 . serious memang dah excited gila dah nak tengok cerita tu . yo yo o lah aku tunggu sampai pukul 10 malam . tiba tiba ibu cakap nak balik kampung . nevermind lah kan . aku tanya ibu agak agak sampai kampung pukul berapa . ibu cakap dalam pukul 10 kut . hah selamat . dalam hati dah cakap ' dapat jugak aku tengok titanic ' hahaha . even dah tengok banyak kali pun . aku tetap tk kan melepaskan peluang tu . tersangat rugi ouh kalau tk tengok -__-


then sampai rumah nenek dalam pukul 10 . whoah selamat . ingat nak tengok lah kan . tapi tk boleh pulak sebab orang orang dekat rumah nenek aku tu tengok tv pulak . diorang tengok cerita apa tah . tk silap aku cerekarama . duhh, hancur hati aku ni -.- apakan daya aku terpaksa jugak akur * cehh tk boleh belah ayat =P then malas nak fikir pasal tu lagi aku pun terus lah pergi dapur . makan makan kejap . then naik atas melayan perasaan dengan adik aku .


masa dekat atas tu aku tk buat apa pun . just tengok adik aku main ps 2 . suruh adik aku yang sorang lagi tu ajar main cube . haihh, pusing kepala aku . tk dapat dapat hahaha . aku tahu buat satu je -,- tk kisah lah kan . lepas dah lama sikit lepak dekat atas aku pun turun lah bawah kejap . tiba tiba aku tengok diorang tengah tengok cerita titanic . tu pun part yang dah nak habis . part yang aku suka pulak tu :D aku pun join lah kejap . tengok tengok sampai lah habis . rugi betul tk dapat tengok dari awal . tengok part akhir akhir pun jadi lah HAHAA xD

26 December 2009

lalalililulu :)

away away away :)
balik kampung, heee .
my lovely village here i comeeeee ! ngee~
ohh hello grandma . ohh hello grandpa =P

pstt: sengal sengal je dina HAHAA xD


act tk lama mana pun aku balik . esok dah bilik sini balik hahahaaa . sebab hari isnin ni my mum ada meeting . then my dad kerja . over excited kan minah ni, haiyoo -__- ( geleng geleng kepala )

belog oh belog

Credit: istockphoto


Salam . Hello .



tadi akibat kebosanan yang amat . aku pun ber'belog' walking . wahh, hebat hebat belaka belog belog yang aku jumpa . tapi majoriti perempuan jelah . comel comel belaka aku tengok belog diorang tu . jealous sehh aku tengok hahaha . tapi tk apa lah, aku dah cukup berpuas hati dengan belog aku ni :) hasil penat lelah aku ni * cehh, nak jugak bagitahu . muahahaa . hm, majoriti belog yang aku jumpa banyak jugak lah yang guna template 3 column . hebat betul diorang ni .


aku pernah lah jugak try nak buat 3 column . tapi tk berapa nak menjadi . aku paling tk suka bila sidebar tu dia rapat dengan post entry . haihh, menyampah -,- then bila aku jauhkan sikt sidebar dengan post entry tu mesti sidebar belah kanan ada dekat bawah . pening pening . lepastu sidebar tk cukup besar . nak letak gambar pun tk muat . duhh, menguji kesabaran sungguh . sabar sabar ==" aku tengok belog diorang sidebar semua cun cun je . saiz pun kena then tk terlalu rapat dengan post entry . macam mana eh diorang buat ? seriouss aku jealous, grr -__-


okay okay, tk apa . kita lupakan dulu pasal tu . sekarang ni aku malas betul nak buat tutorial . haha * kejam kejam . aku bukan apa lately ni mood aku tk menentu . kejap kejap okay . lepastu tk okay . haihh tk faham aku . kenapa lah aku jadi macam ni . plus kecewa dengan result PMR . tk payah tanya lah aku dapat berapa . orang orang yang tertentu je tahu . mana mana yang dah tahu tu diam diam jelah eh . pada siapa siapa yang nak tanya tu hentikanlah niat korang . aku akan jawab ' no comment ' atau ' biarlah rahsia ' * cehh konon konon nak tiru dato siti nurhaliza . kecoh je kau ni dina =P .


okayy, so aku rasa sampai sini jelah . entri ni pun aku tk tahu apa motif dia HAHAA . korang layan jelah eh . thanks jugak pada siapa siapa yang melawat belog aku yang tk seberapa ni =) thanks jugak pada siapa siapa yang dah follow . sorry kalau aku tk follow balik . inform lah kalau ada siapa siapa yang nak aku follow belog korang, okay ?


aku tk tahu apa motif gambar dekat atas tu dengan entri ni, heee . ignore jelah :D

25 December 2009

- - - - - - -

Salam . Hello .



act tk ada motif nak post, haha . just saja nak test signature tu . berfungsi ke tk . kalau berfungsi kira bagus lah . dah lah cukup cukup lah eh . tah apa apa je punya entri, muahaha xD * well dina ni memang sengal sengal sikit . ohh dengan bangga mengaku diri sendiri sengal HAHAA .


ohh ye sebelum tu . ada lah someone ni yang aku tk kenal . yang menggunakan nickname sebagai " .... sad and tension girl " . tah siapa siapa je . tiba tiba je bagi msg dekat shoutmix tu . msgnya yang berbunyi macam ni " hai! nape x follow blog sy???? org mcm nie, x sepatutnya di followkan... !!!!! " . dia tk sertakan link dia sekali . lantak lah . malas aku nak amek tahu . bagi pengetahuan awak yang tah siapa siapa je tu mintak sorry lah eh sebab tk follow blog awak . dekat shoutmix tu tah berapa banyak msg dah . mungkin saya tk perasan msg awak . tolong jangan sesuka hati nak main tuduh tuduh je . saya bukan orang suruhan awak nak ikut cakap awak . faham ? saya cakap baik baik ni . tolong hormat saya . awak hormat saya, saya hormat awak jugak . macam tu jugak dekat semua orang okayy ?


haihh, macam macam -,- ( geleng geleng kepala )

23 December 2009

-______-

Salam . Hello .



esok nak amek result tapi hari ni ada masalah baru pulak datang . haihh -,- aku tension doe . seriousss . kenapa lah aku di duga macam ni ? aku dah penat weyy . tk sanggup dah :'(


ibuuuuu !
i'm sorry ! :( tk sengaja nak buat macam tu . i'm really really not mean it . sorryyyyyyy ibu -__- sayang ibu lah <3

she's my superb mother in the world !

19 December 2009

award :D

award


dapat award ni dari husna / http://nurulfatinhusna.blogspot.com/ . thanks a lot ya :D hee . btw, sorry lambat amek award ni . tk update blog -__-

17 December 2009

cuaknya -__-

Salam . Hello .



hm, tadi tengok lah berita kan then tiba tiba ada pengumuman pasal bila result pmr keluar . goshh! result pmr betul betul keluar 24 Disember iaitu jatuh pada hari khamis minggu depan . ya Allah aku dah cuak gila dah ni . tah apa lah result yang aku dapat . subject yang paling aku takut sekali math, english, sejarah, geografi . tapi yang paling paling aku takut math lah haihh cuak gila lah . sabar dina sabar . insya-Allah tk ada apa apa lah * tenangkan diri sendiri . apa apa pun good luck untuk semua calon pmr yang lain . hope korang pun akan dapat result yang bagus, insya-Allah. sama sama lah kita berdoa pada Allah .

11 December 2009

the best day ever :)

Salam . Hello .


peringatan: entri ni khas untuk orang yang rajin membaca je haha . ternyata entri kali ni memang panjang . so pada siapa siapa yang tk rajin nak membaca tu tk payah lah susah susah nak baca ye hee . takut ada yang muntah berdarah pulak lepas baca entri ni HAHAA x)




okay, now aku dah bersedia nak update entri ni . haha macam apa je kau ni lah dina :P hari ni memang penat gila lah . tk tahu macam mana nak cakap . tapi penat penat pun best hee :D okay okay jom kita teruskan dengan cerita aku . pagi tadi aku bangun awal dari hari yang lain lain HAHAA . aku bangun pukul tujuh pagi tapi mandi pukul tujuh setengah akibat tidur yang amat lewat pada malam tadi . * ceh ayat skema x) lepas dah mandi semua aku on myspace and blog sementara nak menunggu pukul lapan .


pukul lapan tu aku nak kena kejutkan awek eyrie haha . dah masuk pukul lapan tu aku pun kejutkan lah adik aku . tu pun tk tepat pukul lapan . so aku pun kejut lah kan . adik aku boleh pergi sambung tidur . haihh apa nak jadilah dengan budak tu . lepastu aku pun cakap lah dekat dia yang dia nak bangun pukul berapa . lambat kang baru tahu . lepas aku cakap macam tu baru lah dia bangun then terus ke bilik air untuk bersiram * bahasa istana tu HAHAA . kecoh je kau ni dina .


so time dah nak dekat pukul sembilan tu baru lah aku terhegeh hegeh nak pakai tudung . nasib time tu mak sedara aku tk datang lagi . so lepas dah pakai tudung semua aku rasa macam nak tukar baju pulak tapi time dah jumpa baju yang aku nak pakai tu je tiba tiba ibu cakap yang mak sedara aku dah sampai . haihh kelam kabut habis aku time tu . tk menyempat nyempat dah . decide nak bawak bag tapi tk bawak pulak sebab nak cepat sangat . serious tk biasa sangat kalau tk bawak bag . tapi nevermind lah kan .


okayy act boyfie adik aku pun ikut sekali . goshh, tk sangka gila lah plus jealous jugak lah dekat dia sebab boyfie dia ada . tapi nak buat macam mana lagi kan, redha saja lah -,- tempat first yang kitorang pergi ialah tabung haji sebab mak sedara aku nak amek duit . time tu macam macam lah benda yang jadi . boleh pulak mak sedara aku lupa nak bawak kad pengenalan . so tk boleh lah nak keluarkan duit . haihh tragis sungguh . so kitorang pergi lah ke tempat yang seterusnya iaitu ke karnival cuti sekolah .


fyi, ni first time aku menjejakkan kaki ke situ HAHAA . jakunn nya dina :P so dah sampai di destinasi yang ingin di tuju kitorang pun jalan jalan lah kan . mata aku tk habis habis dok usha adik aku dengan boyfie dia . sweet deyh diorang . jealous tahu, grr -_- tk apa tk apa nanti nak ajak si dia hangout HAHAA . * ngada ngada lah kau ni dina, haiyo . time dekat sana tu aku tk buat apa pun just jalan jalan je tanpa arah tuju . tapi ada sepupu aku yang volunteer untuk join aktiviti aktiviti yang disediakan . menarik jugak lah :)


part yang paling aku suka sekali time masuk rumah hantu . serious seram gila tahu . nak menitik dah air mata aku time tu . tapi dia tk nak keluar pulak haha . gedik betul air mata aku ni, malu malu pulak dia nak keluar :P time dekat dalam rumah hantu hanya Allah je yang tahu betapa lajunya jantung aku ni berdegup . mak aihh macam nak tercabut tahu . takut gila lah wa cakap dekat lu HAHAA . time dah masuk je rumah hantu tu ada hantu tengah duduk dekat kerusi . dia macam ada ketuk ketuk apa benda tah . ingat dia tk bergerak lah kan . bila lalu je dekat dengan tempat dia, dia terus bangun then terus dekat dengan kitorang . aku terus menjerit haha . takut sehh -.-


lepas je dekat tempat tu kitorang jalan lah lagi kan . ikut jelah abg yang bawak kitorang tu . aku macam ada terpijak something, rasa macam tangan . eeuuww geli tahu . aku pun tk tahu lah apa benda tu . tk berani aku nak tengok . then bila dah sampai dekat tengah tengah rumah hantu tu ada pontianak dah sedia menunggu kitorang . dia ikut tahu, yang aku tahu dia memang ada dekat sebelah aku . aku menjerit terus dah . tk sanggup nak tengok muka pontianak tu . serious seram plus buruk gila . then dia boleh libas libaskan rambut dia yang panjang tu dekat kitorang . tiba tiba kena dekat muka aku . geli gila tahu . tah berapa tahun dia tk basuh rambut agaknya haha . wehh pergi cuci rambut kau dululah wahai encik hantu . barulah boleh libas libaskan dekat orang :P tah apa apa je kau dina . dah takut tu diam diam jelah =="


lepas dekat tempat pontianak tu kitorang pun meneruskan perjalanan untuk meng'explorer' rumah hantu tu . time tu aku sempat lagi toleh belakang untuk tengok adik aku . okay, korang tahu apa yang aku nampak ? okay okay aku nampak ada pontianak tu ikut belakang boyfie adik aku . goshh dia nampak relax je tahu . akak tabik lah dekat adik eyrie hehe . * apa apa je kau ni dina :P okay sambung cerita, lepas je tempat pontianak tu kitorang lalu dekat tempat hantu pocong pulak . ya Allah melompat lompat pulak dia . mengikut pulak tu . rasa nak meraung aku dekat situ . tapi apakan daya, meraung dalam hati jelah oi -,-


so finally dapat jugak jalan keluar . fuhh lega gila aku time tu . keluar je dari rumah hantu tu aku terus terduduk dekat situ jugak . serious tk boleh tahan rasa takut tu . dah lah aku ni penakut gelap . hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa . serious time tu satu badan aku menggigil . macam dah tk mampu nak buat apa apa dah . sebelum nak keluar dari rumah hantu tu siapa tah yang tarik shawl aku . haihh tk betul dah jadinya . nak betulkan aku dah tk larat sebab tangan aku menggigil gila gila lah . so aku mintak tolong adik aku haha . tu membuktikan betapa takutnya aku x)


lepastu pusing pusing satu karnival . today macam tk berapa interesting sangat . so macam bosan sikit lah . jadi mak sedara aku buat keputusan untuk jalan jalan pergi tempat lain pulak . ada dua cadangan time tu . antaranya nak pergi mines atau alamanda . so setelah kata putus di ambil kitorang pun pilih untuk pergi ke alamanda . so apa lagi gerak lah pergi alamanda . time dekat alamanda ni aku pendekkan cerita jelah ye . tangan penat dehh menaip -__- time dekat alamanda tu aku ada tolong snap kan picture untuk adik aku dan boyfie dia . duhh serious sweet gila diorang . haihh bertambah jealous aku dibuatnya -,- then ada lah jugak sembang sembang sikit dengan boyfie dia . boyfie dia sporting jugak lah plus agak pemalu :)


lepastu kalau dah pergi alamanda tu aku tk kan melepaskan peluang untuk pergi MPH bookstore . so tempat wajib yang aku mesti pergi dekat dalam bookstore tu dah tentu lah bahagian comics hee . so aku beli dua comics je untuk menambahkan koleksi comic yang telah sedia ada dekat rumah ni :) aku beli comic yang bertajuk Biru Violetku dan Destiny Violet . dua buku tersebut hasil lukisan dari OBATA Yuuki * aku tk kenal HAHAA, apa apa jelah . act buku yang destiny violet tu aku dah ada tapi kawan adik aku pinjam . then tk tahu dah mana buku tu pergi . so aku beli lagi tapi kali ni aku beli dua dua jilid . ada jilid pertama dan jilid dua . wah suka suka :) sekarang ni aku tengah cari comic yang bertajuk BUAH tapi untuk buku yang pertama punya . buku yang kedua dan ketiga aku dah ada . haihh mana nak cari eh ? -__- hm tk apa lah, nanti try survey lagi .


okayy lah tangan dah lenguh ni hee . tata =3

10 December 2009

ohh esok

Salam . Hello .



tadi pergi rumah nenek . ye lah seperti di entri yang sebelum ni aku pergi rumah nenek sebab nak sambut birthday sepupu aku . okay I thought pukul empat lebih mak sedara aku amek dekat rumah . tapii ? haa tapi pukul lapan dia amek . gosh, bayangkan gila lama aku tunggu dekat rumah . dengan kelam kabutnya aku mandi sampai tk fikir lain dah HAHAA . yang tk boleh belah aku dah siap pakai tudung dah . haihh panas tahu tk, dah lah pakai baju hitam -.-


okay okay lupakan pasal tu . so pukul lapan tadi mak sedara aku amek dekat rumah . tapi tk terus pergi rumah nenek lah . kitorang pergi beli ais batu kejap . then lepas dah beli ais batu baru lah bertolak pergi rumah nenek . bila dah sampai dekat rumah nenek tu tk ramai lagi yang datang . tk silap aku sorang je yang baru datang . tu pun aku tk kenal siapa . kawan pak su aku kalau tk silap . muka dia not bad lah, handsome jugak lah HAHAA * sempat lagi menggatal haihh -.- teruk betul perangai .


so sementara tunggu orang lain datang tu aku pun lepak lah dekat dalam bilik sepupu aku dulu . huaaahh best, nasib baik ada aircond . sejuk je hee . suka suka :D * tah apa apa je dina . macam tk pernah dapat aircond pulak, padahal dalam bilik sendiri ada :P ehh tk ada niat nak show off okay . just fyi je hee :) biasa lah dina ni kan kecoh satu dunia . siapa tk kenal kan HAHA x) tah apa apa je kau . dah lah stop it lah dina -.-


okayy, event mula pukul berapa tah . aku tk perasan pulak . malas nak tengok jam * elehh padahal tk pakai jam . mengaku jelah haha . kecoh lah kau dina :P time event dah mula tu aku still lepak lagi dekat dalam bilik lagi . serious time tu memang macam malas gila nak keluar bilik . plus bilik tu sejuk kan haha . tapi tiba tiba terdengar nama ku di sebut pulak . haiyo, tk ada chance lah nak menyorok . so terpaksa lah keluar . haihh nasib nasib -,-


tapi aku keluar lepas diorang dah nyanyi lagu birthday tu . malas lah nak join . macam budak budak je * cehh konon konon dia dah besar sangat lah tu . perasan lah kau dina :P kalau tk matang tu mengaku jelah HAHAA . okay lepas dah potong kek semua tu masing masing pun amek lah makanan kan . then lepastu makan lah kan . lepas makan duduk menghadap depan tv . tengok cerita upin dan ipin hee . best best . comel lah upin dan ipin tu . nak amek jadi adik angkat boleh ? haha * crapping je dina ni, haiyo -,-


lepas dah makan, sembang apa semua . tetamu tetamu pun balik lah kan . tinggal lah aku dengan adik adik aku berempat . tunggu time nak di hantar balik rumah je . haihh time tu macam nak menangis je . serious takut gila kena tidur dekat rumah nenek . aku sanggup balik jalan kaki tahu . alahh bukan jauh mana pun . cuma takut sikit lah sebab gelap HAHAA . fyi, dina ni memang penakut okayy . lagi lagi gelap . haihh kalau time blackout aku peluk je siapa siapa yang dekat dengan aku . memang best lah siapa yang dapat peluk dari aku tu haha * perasan je dina ni -,- tah tah diorang pun tk ingin dapat peluk dari kau .


ehh aku rasa dah lari dari topic ni . act bukan ni yang aku nak cerita HAHAA . title pun lain je . tk ada kena mengena langsung dengan cerita. haiyo dina ni . macam keling lah -.- okay okay, act esok aku nak keluar dengan sepupu sepupu aku . kitorang nak pergi bukit jalil . dalam pukul sembilan esok keluar dari rumah . pergi dengan mak sedara aku sekali . fyi aku ni susah ouh nak keluar dengan sepupu sepupu aku . nak kena paksa baru nak . tu pun kadang kadang aku tk nak . so ni di kira first time aku setuju dengan rela hatinya hee . tah apa apa je dina ni, haiyo -.-

duhh -__-

Salam . Hello .



gahh ! bosan lah . hari ni nak kena pergi rumah nenek sebab nak sambut birthday sepupu aku . okayy, act aku tk ikhlas nak pergi haha * huaahh aku kejam -__- mesti korang pelikkan . sebab sepatutnya aku tk patut rasa bosan sebab boleh keluar . tapi bagi aku bosan sebab setakat pergi rumah nenek aku je nak buat apa kan . haihh .


sebab kenapa aku tk suka pergi rumah nenek aku ialah nanti mesti aku kena tidur dekat sana . aku tk nak lah -,- dah lah aku tk biasa even rumah nenek aku sendiri . okay sebab kenapa aku tk biasa ialah aku ni pemalu lah . aku tk biasa bergaul dengan orang sangat . haihh susah betul lah . macam mana ni ? wehh, aku tk nak pergi lah . erghh benci ! -,-


tk kan aku nak cakap tk nak . ibu dah cakap okay dah dekat mak sedara aku and pukul empat lebih nanti mak sedara aku nak datang amek . so aku dah tk boleh bantah . tapi aku tk nak . duhh serabut kepala lah . kenapa mesti nak paksa eh ? aku tk faham lah . kalau orang dah tk nak tk payah lah nak paksa paksa . cuba kalau aku paksa suruh dorang buat benda yang dorang tk suka . mesti dorang tk nak kan . dah lah tk ada mood nak tulis panjang panjang . grr tk suka -__-

08 December 2009

Thanks Follower :D

Salam . Hello .




yeayy, finally sampai jugak follower yang ke seratus :D thanks sangat sangat pada semua yang sudi follow blog ni . terharu ni :') tk tahu lah macam mana nak balas jasa korang . hanya dengan kata terima kasih jelah yang mampu aku ucapkan :) thanks a lot to all my followers okay (^_~) hee . ter'over' excited pulak aku ni, haiyo -.- padahal ada orang tu follower sampai beribu ribu tk heran pun haha . nampak sangat aku ni batak bwekk :P suka hati aku lah kan :) asalkan aku tk susahkan korang, tu yang penting hee .

OMG

Salam . Hello .



okayy hari ni memang tk percaya gila lah . aku bangun pukul 2.31 p.m. . ya Allah lambat gila aku bangun . tk pernah aku bangun selambat tu . ni gara gara malam tadi bersembang dengan adik aku lah . act time tu mata memang dah mengantuk gila tapi dengar adik aku berceloteh sampai lah pukul lima pagi . haihh aku dah tk larat nak bukak mata dah time tu . tapi sebab nak dengar adik aku bercerita tahan kan jelah . kang sian pulak dia cerita sorang sorang haha . * kejam kejam -.-


jadi hari ni aku rasa macam sekejap je . bangun tidur capai tuala terus pergi mandi . lepastu dah mandi pergi dapur amek nasi duduk depan tv and makan lah kan . lepas dah makan terus menghadap comp sampai lah pukul 7.17 p.m. * time aku tulis entri ni . haihh dah nak maghrib dah weh . dina dina kau boleh online lagi ? -.- tapi tk apa, aku cu** cu** malaysia haha * kecoh jelah kau ni dina bwekk :P


hm hari ni tk keluar mana mana pun . macam biasa lah kan bosan je . jadi 24 hour online and main game jelah . tu pun bosan jugak, grr -,- dah tk ada benda lain dah nak buat . aku nak keluar tapi nak pergi mana je . macam lah ibu bagi keluar . nak jumpa si dia malam ni pun aku tk bagitahu lagi . cuak sehh . takut free free kena marah T_T macam mana ni . mesti si dia dah berharap sangat boleh jumpa kan . aku tk nak lah kecewa kan dia . haihh susah betul lah -.-


cuak lah nak bagitahu . tapi nak kena bagitahu jugak * tah apa apa je ayat aku ni haha . eit dina kau kena berani lah . sian dia berharap nanti . kang dia merajuk kau bukan nak pujuk pun . kau biar je dia macam tu * aku memang kejam -.- so kau mesti berani tanya jugak . elehh aku ni cakap je lebih tapi bukan berani nak buat pun HAHAA . tah apa apa je kau . yo yo o je bagi semangat dekat diri sendiri, haiyo -.- apa lah kau ni dina xP

ZzZzZzZ

Salam . Hello .



Okay okay, jam dekat desktop comp ni sekarang dah menunjukkan pukul 3.40 pagi * waktu aku tulis entri ni . hm tah kenapa mata ni segar semacam je . tk ada tanda tanda pun nak tidur . haihh apa kena tah mata ni . tk mengantuk pulak dia . kalau ikut hati aku memang nak tidur . risau jugak kalau esok terbangun lewat haihh -,- wahai mata yang tersayang cepat lah kau mengantuk . haha merepek je dina ni lah, haiyo :P


time ni mesti semua orang dah syok di buai mimpi yang indah indah kan ? mungkin ada jugak segelintir yang perangai macam aku ni haha . post entri tk kena masa . ish ish ish, anak dara siapa lah ni kan ? tk kenal haha . tah apa apa je :P tk nak mengaku pulak dia . hm nak buat apa eh time time macam ni ? ehh kau ni dina . time time macam ni patut tidur lah . rehat kan mata, sian mata tu asyik terkelip-kelip je * sengal gila aku . tanya then jawab sendiri haha x)


biasanya time time macam ni aku and adik aku pergi selongkar dapur cari makanan haha . haihh tk senonoh perangai xP jangan diikut perangai anak dara dua orang ni hee . tapi hari ni kenapa tah tk pergi selongkar dapur tu hehe . sebab dah tk ada apa kutt . agaknya lah :) aku selalunya time time macam ni suka buat air panas . lagi lagi air vico . pehh sedap sehh . haihh tiba tiba terasa pulak nak minum vico haha . mengidam pulak dia :P apa apa jelah makcik dina ni wekk x) ngada ngada je .


ehh kejap lagi nak buat air lah . haihh dah terasa rasa dah air tu kat lidah ni ha . heee . apa apa je kau ni lah dina . merepek je tahu . ish ish ish haha :P ouhh ye, esok last day untuk semua calon spm exam kann ? wahh dah habis dah spm kan ? rasa macam sekejap je hee . my dear pun dah nak habis exam jugak :D lepas ni tamat lah alam persekolahan bagi tingkatan lima kan . lepastu tunggu result pulak * ehh kau ni dina, macam kau pulak yang amek spm . kecoh lah kau wekk xP . kau tu tunggu result pmr lah . tk lama je lagi -,-


haihh tiba tiba rasa takut pulak bila cakap pasal result pmr . entah apa lah result yang aku dapat kann ? harap yang baik baik jelah . insya-Allah aminn ! kalau dapat lulus cukup cukup makan tu pun jadi lah -.- tu pun aku dah bersyukur sangat . jangan ada yang gagal sudah lah . malu weh nanti . huhu . cuak lah . aku cuak jugak tahun depan dah nak masuk form 4 . sekejap betul rasanya -,- ergh macam macam lah yang aku cuak . nak tercabut saraf otak aku fikir pasal semua ni haha . dah lah merepek habis entri ni . tk ada motif langsung :P baik pergi tidur zzzzzz .

04 December 2009

=____=

Assalammualaikum . Hello .



=____=



gahh ! hari ni memang bosan gila lah . tk keluar mana mana pun . so bila dah tk keluar tu nak buat apa lagi kan . 24 hour online jelah -,- pagi tadi dalam pukul berapa tah abg aku msg . tapi tk lama mana pun kitorang msg . msg ke berapa tah dia dah tk rep msg aku . haihh, biar jelah . busy kutt . nevermind lah kan . then lepas msg abg aku . ada msg masuk lagi tapi kali ni dari si dia pulak .


msg dengan si dia lagi lah sekejap gila . tk sampai lima msg pun haha . sebabnya aku tk ada mood nak msg time tu . so keadaan tu berlarutan lah sampai ke petang . serious memang bosan gila lah . so hari ni aku online jelah . tk buat apa pun . grr, bosan bosan -.- ingat nak edit edit lah blog ni untuk hilang kan bosan tapi tk ada benda dah yang boleh di edit . nak edit ms pulak macam tk ada mood . on ms pun kejap kejap je .


serious ms sekarang gila bosan . rasa nak delete delete je ms tu . nak layan facebook pulak tk berapa sangat sebab baru baru jugak lah buat facebook tu . so tk berapa pandai sangat nak guna . friendster lagi lah boring . ada kawan pun macam tk ada . nak layan blog pulak tk tahu nak update apa . haihh, tragis sungguh . bosan gila lah . nak keluar pulak nak pergi mana je . macam ibu bagi keluar . hm, entah lah -.- memang tk ada apa dah yang boleh aku buat .


grr, bosan lahh -.-

03 December 2009

kenapa dia annoying sangat ?

Assalammualaikum . hello .



Why you are so annoying ?



okay, serious tengah sakit hati gila dekat someone ni . rasa nak menjerit je kalau boleh . rasa nak nangis pun ada jugak . tk apa tk apa sabar dina . sabar tu separuh daripada iman . biar jelah dia nak buat apa pun . bukan masalah kau pun . lantak dia lah nak buat suka suka hati dia . tk payah amek kisah pun . lagi di layan lagi tambah sakit hati ni .


hm sabar sabar -,- kau boleh lakukan . kau mesti kuat untuk lalui hal sekecik ni . jangan di sebabkan ni je kau tk setabah dulu okay . ye aku tahu aku boleh lakukan . aku akan cuba untuk jadi setabah dulu . jangan di sebabkan dia sorang je kau gagal dalam menahan perasaan kau . dia tu siapa je, kau tk boleh tewas di sebab kan dia je okay .


try to be calm down dina . kau pasti boleh lakukan . yakin dengan diri kau sendiri . ya, i will try my best . dia memang anoyying . tk pernah nak faham aku . aku fedup okay -,- bila semua ni nak berakhir ? kan best kalau aku tahu tarikhnya . tk payah lah aku menderita macam ni . urghh sakit betul hati aku ni :'(


maaf kalau ada yang terasa . aku just meluahkan apa yang aku rasa okay -.-

dia kawan saya jugak hee

Assalammualaikum . hello


Eit kawan :D


okay, ni kawan aku . nama dia Nursyazwani bt Saaban :) dia ni sengal sengal sikit HAHAA . sorrry hee . tapi dia baik tahu . gila gila sikit . sama lah macam aku :D kalau chat dekat ym mesti gelak tk ingat dunia kann ? gelak je tahu . tanpa henti kihkih .


dia dah pindah school -.- tahun depan tk dapat lah jumpa dia lagi . haihh sedih lah . mesti rindu dekat dia nanti . tk apa lah kan dekat ms and ym pun boleh lepaskan rindu hee . hope persahabatan kita akan berkekalan . insya-Allah :) hope kau kekal jugak dgn si dia :)


dia ni tinggi gila tahu haha . macam model . kalau berdiri sebelah dia memang terserlah kerendahan aku -,- haha . heyy, kau jadi model jelah pmpuan . memang sesuai untuk kau HAHAA . apa apa pun thanks sgt sebab mention kan aku dekat blog kau . terharu doe :) aku ikhlas tolong kau okay hee . sayang kau kawan :D

Bored kan ?

Assalammualaikum, hello [peace]


Okay act tadi dah update tapi tangan ni gatal sangat nak update lagi -,- just nak cakap blog aku ni nampak bosan dan tk lawa kan ? grr, bosan betul tengok blog sendiri lah . rasa macam nak delete blog pun ada jugak . hm . entah lah . kecewa betul tengok blog ni lah :'(


haihh, macam mana lagi eh aku nak modifield blog ni . any idea guys ? huahhh tension betul aku dengan blog ni lah . kang kalau delete menyesal je nanti . idea please come to me -,- i need you now lah . ahhh sudah . merepek jelah ni . otak pun sewel dah HAHAA .


ehh kau patut bersyukur lah dina -.- sekurang kurangnya tahu jugak nak guna guna code untuk hias blog ni . cuba tengok orang yang tk tahu tu * aku tk maksudkan siapa siapa okay * lagi kesian tahu . haihh tk faham betul . manusia memang tk pernah puas . yeah, thats true. grr .


before that, pada semua yang bagi msg dekat shoutmix sorry sgt sgt okay . serious tk ada mood nak rep msg you all . nanti if mood ni datang balik aku rep lah ek . sorry guys -.- doesn't mean it to do like that . serious mmg tk ada mood .

29 November 2009

need someone

okayy, seriously aku memang need someone right now . tah tiba tiba je mood ni hilang terus . hati pulak sedih tak tentu pasal . mahu nak mengalir air mata aku ni :'( ehh kenapa dengan dina ni ? kenapa tiba tiba je jadi macam ni ? apa yang tk kena . huaahhh tension okay -.- ada tk siapa siapa boleh dengar luahan hati ni ?

wehh aku need someone lah . please :'( siapa sudi teman aku . why 'si dia' tidur awal sangat ? act aku memang perlukan dia sekarang . tapi apa hak aku kan nak halang dia dari tidur . biarlah aku pendam je apa yang aku rasa . mugkin tu lebih baik kan dan aku lebih senang macam tu -.-

kau pulak . aku harap kau berhenti untuk suka kat aku . aku memang tk ada niat nak buat kau kecewa . aku tk boleh terima kenyataan kau suka aku . aku just anggap kau KAWAN aku okay . tk lebih dari tu . even kau dah banyak tolong aku . aku hargai sangat semua tu okay . kau cari lah orang lain . lupakan jelah perasaan kau tu . kenyataannya kita hanya kawan dan tk lebih dari tu . aku senang dengan kau sebagai kawan . aku nak keadaan macam biasa . please .


dah lah tk ada mood aku nak tulis panjang panjang . * awak awak, saya memang perlukan awak sekarang :'(

28 November 2009

Tired -,-

Assalammualaikum . Okayy, hari ni pun post pukul dua pagi jugak . Haiyo macam tk ada time lain dah nak post -,- act tk ada masa nak post siang tadi . Tk sempat nak on . Tapi biar jelah .

Hm hari ni memang tersangat lah penat . Pagi tadi dalam pukul sebelas lebih lah kutt pergi rumah nenek . Alahh tk jauh mana pun . Tk sampai sejam pun kalau pergi . Dah sampai rumah nenek terus lah salam siapa yang patut . Then borak borak dengan sepupu dan dapat hadiah hari jadi . Even dah lepas HAHA ! Dorang kata tk sempat nak bagi sebab tk jumpa aku . Tk kisah lah kan . Lepastu makan makan kejap . Then lepas dah makan semua mana yang lelaki tu siap siap lah nak pergi solat jumaat . Manakala orang di rumah pulak menyiapkan makanan tengah hari . Act mak sedara aku je yang siapkan haha * kejam -,- Lepas dorang dah habis solat jumaat makan lah tengah hari sama sama .

Hari ni jugak aku dapat tahu yang aku dapat balik kampung . Yess, memang happy gila lah . Ye lah semalam dah touching touching dah tk dapat balik kampung . Tengok tengok dapat jugak . Memang dah terbayang dah suasana dekat kampung tu . Dengan adik adik sepupu aku lagi . Excited lah nak balik . Tapi tk tidur sana pun . Ni pun aku baru je sampai rumah dalam pukul satu pagi tadi . Tu yang penat sikit -,- gerak dari rumah nenek aku dalam pukul dua belas . Act mengecewakan je balik kampung . Sebab sepupu aku tk ada . Maybe dorang dah balik ke rumah dorang semula . Sedih je ;'( Punya lah berharap gila dapat jumpa dorang tapi tk dapat jumpa pun . Hm redha jelah -,- tapi tk apa sebab balik kampung pun still best jugak . Sebab tadi aku and adik aku kerja kan pokok jambu nenek aku haha ! Syok gila lah petik buah jambu . Yang petik adik aku sebab dia tinggi, siap panjat meja yang ada dekat situ lagi haha . Aku tukang bagitahu je jambu mana yang nak petik . Di sebab kan jambu jugak lah fon aku jatuh dekat atas tanah yang terdapat sedikit batu dan calar dengan begitu tragis sekali * padahal salah aku jugak . Gatal sangat nak baling baling buah jambu tu . Ha amek kau fon jatuh haha . Padan muka -,- . Then adik aku yang enam tahun , ibu aku , nenek sedara dan adik aku yang 2 tahun tu pergi tangkap tangkap ikan dekat belakang rumah nenek . Malas lah nak join . Dengar cerita siap jatuh jatuh lagi haha . Memang gempak lah ;D Btw, hari ni memang best lah dan sangat letih -,-

Ehh mata dah mengantuk lah . Maybe ' Si Dia ' pun dah tertidur . tk rep pun msg aku . Hm, tk apa lah . Good night . Nak tidur .


Sejak akhir akhir ni aku suka buat entri yang bercampur campur . Kenapa tah . Biar jelah -,-

27 November 2009

Assalammualaikum . Okay okay memang tk ada kerja sungguh post pagi pagi yang tk berapa nak pagi ni * ikut ayat adik haja haha . Sorry adik . heee . Tapi aku still nak post jugak . Lagipun dah lama dah tak post . Haihh kesian dekat blog ni . * Tah apa apa je dina ni, haiyo -,-

Okay okay . Act tk tahu nak post apa ni . Memang betul betul tk ada idea ni . Hm, cuma pagi yang tk berapa nak pagi ni aku rasa sunyi sikit . tk tahu lah sebab apa -,- sedih je.

Sekarang dah ramai yang balik kampung kan ? Aku je tk dapat balik ;'( Tk berkesempatan lah sebab ayah aku ada hal . Haihh, time time macam ni lah baru nak ada hal . Haiyo -,- sabar jelah . Esok ingat lepas korban dekat masjid nak balik kampung lah . Tengok tengok tk jadi nak balik . Raya dekat sini jugak lah nampaknya tahun ni . Bosan lah -,-

Ehh tadi jumpa my hunny bie kejap . Ye lah esok dia dah nak balik kampung . So tk dapat lah nak jumpa . Minggu depan dia SPM semula . Jadi tk nak lah kacau dia . Nak dia focus betul betul dekat SPM nanti . Hm, even dah jumpa tadi tk tahu lah kenapa still rasa rindu -,- tk apa lah . Nanti lepas dia habis exam kitorang hang out lah . Ouhh tk sabar nak tunggu saat tu heee ;) Tadi masa jumpa pun dia memang dah ada ajak nak keluar lepas dia habis exam . Dia ajak tengok wayang . Cerita apa tah tadi . Tk ingat HAHA ;P * dina memang pelupa, haiyo -,-

Hm tadi chat dengan amin dekat ym . Okayy dia kawan sekolah aku . Serious dia memang baik gila lah . Dekat sekolah and dekat luar memang different gila . Dekat sekolah dia tu sedikit anoyying HAHA ! * kejam sungguh dina ni -,- . Tapi bila dekat luar dia memang baik . Suka jugak lah cari jalan penyelesaian sesuatu masalah dengan dia . Di sebabkan dia jugak lah aku belajar untuk menjadi orang yang matang . Thanks sangat di atas semua nasihat kau heee ;)

Then tadi ym jugak dengan wani saaban * ehh kalau salah eja nama ayah kau ni sorry, heee . Okay okay dia pun kawan sekolah aku jugak ;) haihh, kalau chat dengan kau mesti gelak tk ingat dunia haha . Macam yang aku cakap tadi belum lagi kita berjumpa . Confirm gelak sampai pecah perut . Dua dua masuk hospital . Katil sebelah sebelah je HAHA ! Sengal je aku ;P Chat dengan kau memang gempak ;D Teringat pulak time yang aku sakit perut tu . Rasa macan nak m*** je haha . Ehh tadi kau cakap mak kau masak pedas kan ? Ha habis lah tengah tengah malam kang sakit perut macam aku . Padan muka ;P * kejam betul kawan kau ni wani . haihh -,-

Okayy sebelum aku lupa aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk korang semua ! ;D Selamat mengorban lembu dan kambing ye, HAHA ! * sengal je ucapan ;P Ikhlas dari Dina ;)


Entry yang agak serabut, haha . Biar jelah -,-

22 November 2009

keadaan kembali pulih ;)

Hello korang [peace]

Hari ni tk ada apa apa yang syok kut. Macam biasa je dari hari yang lain lain dan hari ni jugak aku dapat rasa yang masalah aku semakin menghilang. Entah macam mana lah masalah tu boleh nak pergi macam tu. Tapi tk sia sia jugak lah kesabaran aku selama menempuh masalah ni. Alhamdulillah. Jadi sekarang macam lapang sikit la kepala ni. Tk berapa banyak sangat fikir pasal masalah dan aku dah tk larat untuk menangis lagi. Cukup la hal yang lepas lepas tu aku jadikan pedoman untuk aku terus hidup di atas muka bumi ni.

Sekarang hati ni lapang sikit. Tk ada lah aku asyik tertekan je fikir pasal semua ni. Aku pun dah tk larat dah. Bersyukur sangat sebab semua ni semakin pulih macam biasa. Tk lupa jugak dekat my hunny bie yang selalu jadi mangsa aku. Hehe. Memang dia jelah yang selalu jadi mangsa. Tk ada orang lain dah sebab dia jelah yang selalu mesej aku. Dia jelah yang bersusah payah nak pujuk aku tapi aku buat tk tahu je. Kesian dia, huhu. Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mintak maaf sangat dekat my hunny bie sebab buat dia macam ni. I'm so sorry my dear. Selalu buat you macam ni. Tk fikir pun perasaan you. Dah lah you tengah SPM kan. Kesian you. Sorry ea sayang.

Hm, kepada kawan kawan pulak bila lah aku dapat jumpa korang kan? Rindu ouh dekat korang semua. Aku dapat tahu ramai yang pindah sekolah. Sedih lah tk dapat jumpa korang nanti. Mana member member aku yang dah pindah tu korang jangan lah lupa dekat aku ye. Aku dekat sini sentiasa ingat dekat korang. Semoga korang berjaya belajar dekat sekolah baru nanti. Biasa biasa kan lah diri tu ye. Hehe. Hm, bila ea result PMR nak keluar? Aku dah cuak gila dah ni HAHA! Tapi dalam cuak cuak tu jugak tk sabar nak jumpa korang semua. Tk sabar nak tunggu saat tu. HEHE sabar dina sabar. Jangan gopoh sangat tengok tengok result tk okay. Uishh! Harap harap tk lahh -,- Apa apa pun aku dah mula tenang sekarang. Tu yang penting. Alhamdulillah =)
------------------------------------------------------------------

Ohh ye sorry sangat sangat pada siapa siapa yang bagi mesej dekat shoutmix tu. Tk sempat nak balas lah. Thanks jugak dekat siapa siapa yang link blog ni okay. Insya-Allah ada masa lapang atau pun diri ni rajin akan di link balik pada siapa siapa yang link tu. * Kenapa macam pelik je ayat ni .



Kepala aku rasa ringan sikit HAHA xD From now think positif lah dina, okay? I know you can do it. * bagi semangat dekat diri sendiri. HAHA

15 November 2009

Jay Sean





Yeahh, Jay Sean. Dia cute ouw. Haha. Mula terminat dekat dia masa dengar lagu Stolen dekat Channel Hitz. Memang terpaku la time tu. Tak boleh gerak² dah. Haha. Masa tengok video clip dia tu aku tengok dengan adik aku. Kitorang cakap rambut dia salah potong time dalam video clip tu. Haha. Rambut dia pelik ouhh. But takpe² dia still cute. SUKA². Hikhik. Gatal sungguh mu ni Dina. Jealous 'Si Dia' nanti. Aku bila time ada jea lagu ni mesti terjerit-jerit macam org gila. Haha. Entah apa² je kau ni la Dina. Eh, dah la. Aku dah kebuntuan idea ni. Hikhik. Ok la byebye ~



Aku tau entri ni memang merapu habis O_O

14 November 2009

Aku dah 15?

Yaaa, sungguh tak ku percaya yang aku dah 15 years already. Hehe. Aku dah semakin tua laa. Haha. Tapi takde la tua sangat. Muda lagi apa. Hikhik. Pape pun thanks sesangat pada sape² yang dah wish. Tak ramai mane pun yang dah wish kat aku. Antara orang² yang dah wish adalah 'Si Dia', Syira (My Besties), Sofwan (Ex Boyf adek aku), Alep (Old Friend), Cik Imah kita yang cute sesangat and kawan² kat ms yang aku pun tak berapa kenal. Haha. Kejam². Pape pun Happy Birthday To Me laa. Haha. Tak malu betul wish kat diri sendiri. Tapi suka hati aku laa kan. Tak susahkan korang pun. Haha. Ni jela entri kali ni. Aku dah merepek tak tentu hala dah ni. Byebye ~





Lagi sekali Happy Birthday To Me. Haha. Tak habis² xD

09 November 2009

Miss You Friends


divider4

Dari kiri Syira , Dayang , and Dieyna


Korang mesti ingatkan entri aku yang sebelum ni? Entri yang aku mintak maaf kat cikgu² and kawan² aku tu. Ok masa kat entri tu kan aku ada mention kan 2 orang besties aku. So kat atas tu la 2 orang besties yang aku maksudkan tu. Dengan dorang la aku selalu habiskan masa kat sekolah. Kitorang kalau pergi mana² pun mesti bertiga. Kalau gaduh pun mesti bertiga jugak. Haha. Semua tu la yang buat kitorang rapat. Lagi-lagi kitorang semua sekepala and open minded. Kitorang boleh kongsi apa saje cerita yang kitorang nak . Tak payah la nak malu² kucing pulak. Kih³. Tapi kalau korang nak tau la , sape² yang tak nak tau tu suka hati korang la kan. Haha. Ok² sambung balik , kalau korang nak tau kawan aku yang duk tengah-tengah tu dia laen sikit dari aku and kawan yang lagi sorang tu. Sebab? Ok sebabnya ialah dia tu sensitif sikit. Dia cepat merajuk and cepat terasa. Bila nak pujuk punya la payah . Nak kena tunggu esok la baru ok. Hehe. Thats why aku cakap kitorang selalu gaduh . Yang lagi sorang tu jarang gaduh sebab dia tu jenis yang tak kesah. Tapi dia garang gila . Kalau dia marah aku pun takut dibuatnya . Hik³. Yang duk tengah² tu sedang dalam In Love dengan jejaka bernama A***. Haha, kebetulan nama buah hati kitorang tersama pulak. Mula dari huruf 'A'. Yang sorang lagi tu pulak single mingle saje. Tapi sekarang mana la tau dah ada buah hati ke . Hik³. Suka hati dia la kan. Asalkan dia bahagia dengan hidup dia. Aku pun tumpang happy jugak . Aku hope sangat kita akan berkawan sampai bila². Nanti kalau korang dah nak kawen jangan lupa jemput aku ye. Haha. Jauh betul menyimpang. Kih³. And aku nak korang tau yang aku sayang korang sangat² even aku tak pernah nak cakap depan². Korang tau sebab apa? Sebabnya aku malu. Aku memang pemalu. Korang sendiri pun tau. Hehe. Ok la walau apa pun aku harap persahabatan kita akan berkekalan. Even kita kena bawak haluan masing². Insya-Allah. Ok la , aku rasa sampai sini je dulu entri kali ni. Penat maa menaip. Haha . Ok laa , byebyee~



Korang kawan terhebat !

divider4

23 August 2009

John Cena




Ahha ! Terminat pulak ouw dekat dia ni . Ni semua gara-gara menengok cerita The Marine semalam dekat TV 2 . Mula-mula tengok tu macam tak best . Tapi layan jela dulu cerita tu . Dah lama sikit tiba-tiba rasa best pulak . Hehe . Actually ' Si Dia ' yang suruh tengok cerita ni . Tak rugi jugak la aku tengok cerita ni . Memang best . Haha ! Cerita ni mengisahkan sorang Ex tentera ni nak pergi bercuti dengan wife dia tapi wife dia kena culik . So husband dia tu sanggup buat apa saja untuk selamatkan wife dia . Tak ke sweet gitu . Hehe :) Walau apa pun cerita ni memang best . Tapi Titanic masih lagi menjadi tempat pertama dalam hati ni haa . Haha ! Actually aku tengok cerita ni time dekat tengah-tengah je . First-first cerita ni tak tengok pun :)

2 sebab kenapa aku minat dia ;
1. Muka dia not bad jugak la . Hehe
2. Sebab utama dia ialah badan dia yang tough tu . Uwhhh , tergoda ar . Haha ! ( Gatal ) :P

19 July 2009

Love This Movie Damn So Much

Titanic











Aku suka gila dekat movie ni . Ya , aku tau aku agak ketinggalan sebab movie ni memang dah lama . Actually dah banyak kali la jugak aku tengok tapi baru sekarang aku faham dengan jalan cerita dan lebih menghayati lagi movie ni . Part yang paling aku suka dalam movie ni ialah part di mana Jack telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya . Part tu memang paip air mata aku bocor . Pernah aku cuba nak tahan tapi masih tak boleh bila sampai dekat part tu . Tambah lagi dengan lagu dia yang agak sentimental tu . PEH ! Memang tak boleh tahan la air mata ni . Kalau tengok seratus kali pun dah tentu aku masih menangis lagi dekat part tu . Memang part tu yang best gila-gila aa . Susah macam mana nak gambarkan betapa bestnya . HEHE . So memang tak rugi la tengok cerita ni . The Best Movie Ever and Ever ! :D Sekarang movie ni la yang menjadi favourite movie aku . Satu ni je . Takde yang lain . :)



Actually ada banyak lagi gambar . Tapi malas nak upload . HEHE . Pstt , saya memang pemalas :P

10 June 2009

#137


Friend Itu Kawan

Emm , di sebabkan kebosanan yang melanda diri ni . Aku pun merajinkan diri untuk meng"upload" gambar rakan-rakan seperjuangan aku . Padahal tak ada lah ramai sangat . Yang lain-lain tk ada gambar . Malas nak ambil . HEHE . Aku saja nak cerita sikit tentang perihal mereka-mereka ni . Okay okay , jom tengok gambar-gambar yang dah di upload ni :D



Haa , yang ni nama dia Dayang atau nama sebenar dia Nur Hidayati . Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak kenapa panggil Dayang . Tapi bila dah tengok je muka dia mesti lupa nak tanya . Hehe . Entah apa-apa je kan XD . Aku dah kawan dengan dia sejak darjah 3 lagi . Sampai sekarang kitorang still sama class . Memang tk sangka . HEHE =)


Ok ok , yang tiga orang ni pulak dari kiri nama dia Farahin , Hazwani dan Azizah . Diorang ni budak-budak class Elit . Kira pandai lah jugak diorang-diorang ni . Walau apa pun diorang tk kedekut ilmu :D


Yang ni pulak kawan aku yang agak kegilaan sikit . HAHA . Nama dia Liyana atau di panggil Yana saja . Aku cakap macam tu sebab dia ni memang gila-gila . Kira sekepala jugak lah dengan aku . Best lah jugak kawan dengan dia . Dia ni terlalu berminat sangat dengan subject Math . Buku latihan Math dia tu tk pernah tinggal . Ada je sentiasa . Hehe . Dia lah yang selalu teman aku kalau aku stayback dekat sekolah C=


Baiklah , yang ayu berbaju hijau ni pulak nama dia Hazwani . Ya , aku tahu yang aku dah sebut nama dia tadi . Tapi tk apa lah kan kalau nak promote lagi . HEHE . Gaya dia ni macam ala-ala Ustazah sikit . Kalau dalam kelas agama memang dia jelah memanjang yang nak jawab . Al-maklumlah pandai Agama la katakan . Gaya pun dah ada dah tu , sesuai sangat lah tu . Lengkap satu package . Kihkihkih :]


Yang Si Manis ni pulak nama dia Arina Ika Safitri atau lebih di kenali sebagai Arina . Dia ni seorang yang lemah lembut , sopan santun dan hormat orang lain . Sesiapa yang tengah cari calon menantu ke memang sesuai lah ambil Arina ni sebagai menantu . HEHE . Kidding saje lol XP .



Yang ni pulak nama dia Amirah Junik . Actually Junik tu nama ayah dia . Tapi kawan-kawan yang lain memang dah terbiasa panggil dia dengan nama tu . Lagi pun kalau panggil Amirah je pun susah sebab dekat class aku tu ada sorang lagi nama Amirah . Tapi yang sorang lagi tu kitorang panggil Amirah Razak . Pernah sekali tu panggil Amirah dua-dua sekali pandang . HEHE . Kesian kesian :P


Lastly , yang ni nama dia Syahirah atau lebih di kenali dengan panggilan Syira . Dengan dia ni lah aku selalu pergi and balik sekolah sama-sama . Dia ni memang ramai pakwe lah jugak tapi . Ada tapi tu . HEHE . Okay okay . Tapi semua tu dulu lah . Sekarang dia cuba untuk Setia pada yang satu . Ececeh , ayat tk boleh belah . HAHA ! XP



Anyway

Kita Kawan sampai bila-bila ! Insya-Allah . Sayang korang okay ! :D